Thursday 15 December 2016

Makcik Yellen, Market Crash dan Anda

Setelah sekian lama berbolak-balik mengenai keputusan menaikkan interest, akhirnya semalam (Rabu) US Federal Reserve telah mengumumkan interest rate dinaikkan buat pertama kalinya dalam tempoh setahun sebanyak 25 basis point ke antara 0.5% hingga 0.75%. Janet Yellen (US Fed Chairwoman)  turut memberi bayangan bahawa tiga lagi kenaikan dijangka akan berlaku pada tahun 2017.



Merujuk kepada entri saya sebelum ini, Prediction: Bilakah Market Crash Akan Berlaku?, pengumuman ini seakan selari dengan jangkaan bahawa market crash akan berlaku setelah interest rate mencapai kadar sekitar 1%-1.25%, sekitar pertengahan tahun 2018.

Superbull Run Before the Crash

Sekiranya benar jangkaan ini, kemungkinan besar kita akan dapat melihat Super Bull Run akan berterusan selepas proses correction disebabkan pengumuman kenaikan interest rate ini. President Trump mungkin memperkenalkan polisi-polisi mesra pelabur untuk merancakkan ekonomi dan pasaran saham pasti merasa tempiasnya.

Saya tidak sabar untuk melihat Dow Jones melepasi paras 20,000 dan KLCI melepasi paras 2,000 dan besar kemungkinan, 2017 adalah tahunnya. Ditambah dengan ura-ura pilihanraya umum juga akan berlangsung tahun hadapan, seperti kebiasaan election rally boleh menjadi booster yang kuat untuk super bull turut beraksi di pasaran Malaysia.

Apa yang perlu saya lakukan?

Sebagai pelabur, teruskan melabur dengan langkah berhati-hati. Pastikan disiplin cut lose sangat kuat supaya tidak terjerumus dalam lembah kerugian yang maksimum. Dalam menyelusuri gelombang super bull pula, teknik moving support boleh digunakan supaya kita berpeluang menikmati keuntungan yang maksimum.

Bagi yang masih belum melabur, hadamkan ilmu pelaburan sedalam-dalamnya.

Sediakan payung, baldi dan tempayan sebelum hujan

Sebelum hujan (market crash) sediakan payung sebesar-besarnya. Cash yang cukup andainya terputus income dan perlindungan insurans/takaful untuk mengelakkan risiko sudah jatuh ditimpa tangga. Sekiranya berpeluang, cash berlebihan berbaldi dan bertempayan perlu disediakan. Tujuannya mudah, untuk merebut peluang terhidang andainya market crash berlaku. Saham yang bagus pada harga diskaun, rumah cantik pada harga lelong, bisnes berpotensi pada harga murah yang tak munasabah dan lain-lain.



Saturday 3 September 2016

Prediction: Bilakah Market Crash Akan Berlaku?

Pagi tadi saya berkesempatan menghadiri Financial Growth Summit KL 2016 anjuran Summit Capital yang berlangsung di Pusat Dagangan Phileo Damansara 1. Dalam entri kali ini mungkin bermanfaat sekiranya saya kongsikan prediction yang telah dilakukan oleh penceramah pertama iaitu Mr. Daniel Loh, investment coach (equities & derivatives trading) dari Singapura berkenaan the next Market Crash yang akan berlaku.

US Fed Interest Rates vs Market Crash

Setiap kali US Federal Reserve dan Federal Open Market Committe (FOMC) bermesyuarat, pengumuman yang dinanti-nantikan adalah sama ada akan berlaku kenaikan pada US Fed Interest Rate. Walaupun secara hakikatnya tiada siapa yang dapat menjangkakan bila dan kenapa market crash akan berlaku, ramai beranggapan kenaikan interest rate ini menjadi salah satu daripada tanda-tanda besar yang akan menyebabkan berlakunya market crash tersebut.

Bear Market = Low Liquidity + High Interest Rate

Berdasarkan kajian oleh Mr. Daniel Loh mengenai market crash yang telah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, beliau mendapat wujud correlation yang menarik antara interest rate dan stock market crash. Menurut pemerhatian beliau, market crash hanya akan berlaku apabila interest rate naik pada kadar sekitar 4-5 kali ganda daripada tahap terendah sebelumnya.


Jika kita lihat kembali kepada dua market crash yang berlaku sebelum ini, The Dot-com Bubble (sekitar tahun 2000-2002) dan Subprime Crisis (sekitar tahun 2007-2008), stock market mula turun secara mendadak setelah interest rate berada pada tahap tertinggi berbanding tahap paling rendah sebelum itu. Situasi lebih jelas dilihat pada Subprime Crisis.


Setelah hampir 10 tahun US Fed tidak menaikkan interest rate, kenaikan pertama dilakukan pada Disember 2015 daripada 0.25% ke 0.5%. Pada ketika itu berlaku correction pada DJIA namun tidak cukup untuk menyebabkan berlakunya market crash.

Interest Rate Hike vs US Presidential Election

Terdapat dua lagi mesyuarat US Federal Reserve dan FOMC pada tahun ini, iaitu pada penghujung September dan awal November. Menurut jangkaan Mr. Daniel Loh, kenaikan akan berlaku pada bulan September dengan mengambil kira faktor US Presidential Election yang akan berlangsung pada bulan November. Menurut beliau, apabila berlakunya kenaikan interest rate pada bulan September, akan berlaku correction pada DJIA dan market akan rebound semula menjelang November untuk memberikan keyakinan kepada calon US President pada kali ini.

Sekiranya benar perkara ini berlaku, penghujung September ini adalah waktu terbaik untuk melakukan pembelian setelah correction terjadi.

Berhati-hati ketika Interest Rate mencecah paras 1%-1.25%

Menurut beliau lagi, interest rate akan terus dinaikkan secara berperingkat dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika interest rate mencecah paras 1%. Ketika interest rate naik 5 kali ganda daripada paras terendah sebelum ini (0.25% ke 1.25%), kemungkinan besar market crash akan berlaku. Beliau juga menjangkakan ia akan berlaku sekitar pertengahan tahun 2018.







Sunday 7 August 2016

Secrets To Achieve Consistent Profits in Stock Market - Even In An Uncertain Global Economy

Semalam saya menghadiri 4 Hours Workshop by Adam Khoo: Secrets To Achieve Consistent Profits in Stock Market - Even In An Uncertain Global Economy yang telah berlangsung di Armada Hotel, Petaling Jaya. Workshop ini adalah percuma. Lebih menarik apabila workhop ini disampaikan sendiri oleh Adam Khoo, warga Singapura yang mencapai status millionaire pada usia 26 tahun. Saya juga pernah membaca buku yang ditulis oleh beliau, Secrets of Self-Made Millionaires. Pastinya saya tidak mahu melepaskan peluang mendengar sendiri perkongsian yang dilakukan oleh Adam Khoo.



4 Perkara Utama Dalam Pelaburan

Adam Khoo telah menggariskan 4 perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pelaburan. Walaupun perkongsian ini tidak dilakukan secara terperinci (workshop percuma), namun masih bermanfaat untuk dijadikan sebagai panduan.

1. What to Buy? 

  • Strongest 3% companies - Fokus kepada kaunter saham yang mempunyai fundamental yang kukuh. Dalam perkara ini, saya berpendapat konsep pemilihan melalui Fundamental Analysis yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini boleh digunapakai. 
2.  How Much to Buy?
  • Risk Management/Money Management - Perkara ini tidak diterangkan dengan jelas. Disebabkan risk tolerance setiap pelabur adalah berbeza, sangat penting untuk pelabur menentukan strategi dalam money management. Secara peribadi, saya menetapkan  20% kerugian maksimum yang saya boleh terima daripada keseluruhan modal pelaburan. Jadi saya perlu sesuaikan berapa jumlah kaunter yang saya akan pegang pada satu-satu masa, dan juga jumlah modal yang saya allocate untuk kaunter tersebut.
3. When to Buy?
  • When explosive uptrend start - Dalam perkara ini ilmu Technical Analysis perlu digunapakai. Paling penting adalah sentiasa melabur dalam saham yang berada di dalam uptrend. Antara trend following indicator yang boleh dipertimbangkan adalah harga berada di atas MA atau EMA, harga di atas paras 'awan' Ichimoku, harga di atas paras Parabolic SAR dan banyak lagi.
4. When to Sell?
  • When the uptrend ends - Bergantung kepada trend following indicator yang anda gunapakai, sekiranya harga cross di bawah paras indicator yang anda gunakan, waktu untuk jual telahpun tiba. 

Disiplin, disiplin, disiplin

Secara teori memang kelihatan mudah untuk dilaksanakan. Namun secara realiti, sukar untuk dilaksanakan. Halangan paling utama adalah diri sendiri. Sangat sukar untuk membentuk disiplin yang tinggi dalam pelaburan. Sebagai contoh, kaunter OKA dan Chinwel telahpun saya jual hari Khamis lepas walaupun kedua-dua kaunter tersebut masih dalam trend menaik dan tiada tanda-tanda reversal akan berlaku. Kedua-duanya saya jual dengan keuntungan (OKA beli 1.15 jual 1.32 untung 14%, Chinwel beli 1.41 jual 1.53 untung 8%), namun sekali lagi saya melanggar rules yang saya sendiri tetapkan. Tidak dinafikan, bukan sahaja ilmu Fundamental Analysis ataupun Technical Analysis yang perlu saya tajamkan, pembentukan disiplin dalam pelaburan juga perlu saya beri keutamaan.



p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini



Saturday 23 July 2016

Cara Scan Kaunter Saham Untuk Dibeli

Terdapat lebih 1700 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekiranya ingin membeli kesemua saham yang disenaraikan, memang hilang akal namanya. Bagaimana agaknya teknik ataupun cara yang boleh digunakan untuk memilih beberapa kaunter saham yang berpotensi memberikan keuntungan?



Sebenarnya terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk melakukan scan atau memilih kaunter saham untuk dibeli dalam waktu-waktu tertentu. Hari ini saya akan berkongsi cara saya melakukan scan. Memandangkan strategi saya buat masa ini adalah 50% invest dan 50% trading, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk kedua-dua strategi tersebut.

1. Scan Kaunter Saham untuk Invest

Dalam memilih kaunter saham berkualiti untuk saya invest, saya menggunakan Fundamental Analysis sebagai panduan. Saya telah kongsikan teknik yang saya gunapakai dalam entri ku khianati diri sendiri, namun hari ini saya kongsikan semula secara step by step supaya lebih mudah dijadikan panduan oleh pelabur baru.

1.1 Buka laman web iSaham Stock Screener

1.2 Klik pada Screeners dan kemudian klik List all screeners

1.3 Buat masa ini, anda dapat lihat 13 jenis screener di bawah kategori Fundamental termasuklah Value Screeners dan Dividend Screeners.

1.4 iSaham telah memberikan score dan melakukan ranking terhadap kaunter saham berdasarkan formula berkaitan untuk setiap kategori. Kebiasannya saya akan lihat setiap kategori untuk memilih saham yang menarik untuk saya invest. Memang banyak masa saya luangkan untuk memilih saham terbaik untuk saya invest. Disebabkan saya berniat untuk invest bagi tempoh masa yang panjang, tidak salah untuk luangkan lebih masa melakukan analisis secara Fundamental seperti ini.

1.5 Seterusnya saya check sama ada saham yang saya 'jumpa' melalui screening iSaham memenuhi 8 kriteria Fundamental yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini Sebagai contoh kita ikuti analisis untuk kaunter Jaycorp.

    1.5.1 Harga saham Jaycorp RM1.05, Fair Value RM1.75, MOS = RM1.05/RM1.75 = 60% (kurang     daripada 2/3 ataupun 66.67%) OK
    1.5.2 PE Ratio 8 (kurang daripada 10) OK
    1.5.3 PEG 0.42 (kurang daripada 1) OK
    1.5.4 Harga saham RM1.05, NTA RM1.02 (harga saham melebihi NTA) NOT OK
    1.5.5 DE Ratio 0.39 (kurang daripada 1) OK
    1.5.6 Current Ratio 2.12 (lebih daripada 2) OK
    1.5.7 Dividend Yield 4.07% (lebih daripada 3%) OK
    1.5.8 EPS YOY 125.48% (tinggi berbanding tahun lepas) OK

1.6 Berdasarkan guideline di atas, Jarcorp memenuhi 7/8 kriteria, boleh ulang semula step tadi untuk mencari kaunter saham yang memenuhi 8/8 kriteria. Untuk contoh kali ini, kita teruskan ke langkah seterusnya. Secara peribadi 7/8 sudah cukup baik bagi saya.

Seterusnya saya akan buka ChartNexus dan lihat chart Jaycorp untuk membuat anggaran waktu terbaik untuk membeli saham ini


Jaycorp dilihat dalam keadaan sideways. Support pada RM1 dan resistance pada RM1.10. Dalam keadaan ini saya tidak perlu terburu-buru melakukan pembelian. Sekiranya harga Jaycop selepas ini turun, boleh tunggu di paras RM1 untuk lakukan pembelian. Pada harga ini juga, Jaycorp secara automatik akan memenuhi 8/8 kriteria yang disenaraikan tadi, kerana harga tersebut di bawah paras NTA iaitu RM1.02, maka kriteria 1.5.4 akan dipenuhi. Sekiranya Jaycorp terus menaik, harga di atas RM1.10 boleh dipertimbangkan.

1.7 Untuk menjual, terpulang kepada anda. Penjualan boleh dilakukan sekiranya harga saham tersebut mencecah paras keuntungan yang okay bagi anda. Bagi saya, saya gunakan Fair Price sebagai rujukan. Saya simpan saham telah dipilih sehingga saham tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai undervalued.

2. Scan Kaunter Saham Untuk Trading

Teknik untuk scan kaunter saham untuk tujuan trading sangat banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Bergantung kepada selera masing-masing. Setakat ini, teknik yang bakal saya kongsikan adalah yang paling sesuai bagi diri saya buat masa ini.

2.1 Buka trading platform masing-masing. Pada paparan Live Quotes, susun semula senarai kaunter saham mengikut turutan volume paling tinggi berada di atas sekali. Tujuannya adalah untuk memilih kaunter saham mempunyai volume yang tinggi ataupun aktif sebagai filtering criteria yang pertama. Kaunter-kaunter ini kebiasannya lebih liquid, mudah untuk kita lakukan belian dan jualan. Sesuai untuk tujuan trading.

2.2 Filter out kaunter saham yang mempunyai harga di bawah paras risk tolerance masing-masing. Sebagai contoh, saham yang berharga RM0.10 setiap kali bergerak satu bid/tick (RM0.005), harga akan berubah sebanyak (RM0.005/RM0.10) 5% untuk setiap bid/tick, dua bid/tick dah 10%. Kalau jantung anda bagaikan nak tercabut melihat pelaburan anda bergerak dengan julat sebesar ini setiap saat, tetapkan harga saham paling sesuai dengan risk tolerance anda berdasarkan formula ringkas tadi. Untuk contoh kali ini, kita ignore saham di bawah harga RM0.30.

Filter out juga kaunter call dan put warrant. Ini kerana pergerakan call/put warrant tidak bergantung kepada prinsip supply and demand semata-mata, tetapi juga berdasarkan pergerakan underlying asset call/put warrant tersebut. Kaunter saham yang 3 huruf terakhir bermula dengan C adalah call warrant (contoh FGV-C11), dan H adalah put warrant (contoh HSI-H39).

Dalam contoh kali ini, setelah kita filter out ataupun ignore kaunter-kaunter berdasarkan kriteria tadi, kaunter yang disenarai pendek adalah

  • AAX (RM0.38)
  • KNM (RM0.405)
  • FGV (RM1.78)
  • MYEG (RM1.87)
  • ARMADA (RM0.76)
  • GADANG (RM2.48)
  • AIRASIA (RM2.85)
  • AWC (RM0.865)
2.3 Klik pada setiap saham tersebut. Filter out pula saham-saham yang mempunyai buy rate kurang daripada 60%. Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek kaunter saham yang mempunyai buying interest yang tinggi. Secara teorinya apabila lebih banyak buyer yang sanggup membeli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa berbanding seller yang sanggup menjual pada harga lebih rendah daripada harga semasa, kaunter tersebut mempunyai upside momentum yang lebih tinggi. 


Dalam contoh kali ini. Kaunter yang mempunyai buy rate 60% dan ke atas adalah 
  • MYEG (69%)
  • AWC (70%)
2.4 Buka ChartNexus untuk melihat technical chart MYEG dan AWC untuk menentukan Cut Loss/Stop Loss sekiranya kaunter ini tidak meneruskan trend menaik pada hari Isnin nanti. 



  • MYEG 
    • Current Price: RM1.87
    • Target Price 1: RM1.89 (1.1%)
    • Target Price 2: RM2.00 (6.9%)
    • Cut Loss: RM1.72 (-8%)
  • AWC
    • Current Price: RM0.865
    • Target Price 1: RM0.89 (2.8%)
    • Cut Loss: RM0.785 (-9%)
2.5 Boleh berhenti di langkah 2.4 ataupun tambah satu lagi kriteria untuk membuat keputusan. Langkah seterusnya adalah dengan menilai risk/reward ratio.
  • MYEG risk/reward = 8%/1.1% = 7.2, 8%/6.9%
  • AWC risk/reward = 9%/2.8% = 3.21
Dalam kes ini AWC dilihat lebih menarik kerana risiko yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding potensi keuntungan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda yakin MYEG boleh menaik terus ke Target Price 2 iaitu RM2.00, risk/reward ratio untuk MYEG dalam kes ini adalah 8%/6.9% = 1.16. Menjadikan MYEG lebih attractive berbanding AWC.

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan, anda boleh terus melakukan scan untuk lebih banyak kaunter. Paling cantik sekiranya anda temui kaunter yang pempunyai risk/reward ratio kurang daripada 1. Bermaksud kaunter tersebut mempunyai potensi keuntungan lebih tinggi berbanding risiko yang perlu diambil.

Kesimpulan

Walaupun Fundamental Analysis dan Technical Analysis merupakan dua kaedah asas yang digunakan oleh investor mahupun trader, kebiasannya pada ketika pembelian nak dilakukan, tiba-tiba datang satu lagi analisis yang mengatasi kesemua analisis yang dilakukan sebelum ini. Analisis ini dinamakan GFA...ataupun Gut Feeling Analysis. Hasil analisis FA dan TA mengatakan tak sepatutnya beli, tiba-tiba GFA kata, boleh naik kot ni. Maka 'ter'beli lah kaunter tersebut. 

Bagi saya tidak menjadi masalah sama ada FA, TA mahupun GFA yang menjadi pilihan anda semua. Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, perkara paling penting adalah untuk menjadi pelabur yang bertanggungjawab. 

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini

Monday 18 July 2016

Telegram Messenger: Fenomena Baharu Perkongsian Tips Saham


Sejak kebelakangan ini saya banyak menyertai group perkongsian tips saham melalui aplikasi Telegram Messenger. Berbanding WhatsApp group, Telegram kini lebih popular kerana boleh memuatkan sehingga 5000 ahli berbanding hanya 256 untuk Whatsapp.



Antara group yang saya sertai adalah

  1. MATA Technical Division (https://telegram.me/matatechdiv)
  2. SMG @ Short-Medium-Growth (https://telegram.me/smgpub)
  3. Kyaputen (https://telegram.me/kyaputen)
  4. Itchy Itchy Trader Club (https://telegram.me/itchyitchytraderclub)
  5. Anonymous TRADERS (https://telegram.me/AnonymousTRADERS)
Kebanyakan stock picks ataupun tips yang dikongsikan melalui Telegram group ini kebiasannya menyertakan 
  • Nama Saham 
  • Entry Price (harga sesuai untuk dibeli) 
  • Target Price (harga sesuai untuk dijual) 
  • CL/Cut Loss/SL/Stop Loss (harga sesuai untuk dijual sekiranya stock pick tidak menjadi)
Positif
  • Perkongsian yang diberikan dalam Telegram group ini dapat dijadikan sebagai trading idea kepada pelabur. 
  • Perkongsian berlaku dengan pantas dan secara live
Negatif
  • Ada stock pick yang tidak genuine. Stock pick dilakukan untuk mewujudkan buying interest supaya penyebar tips dapat menjual saham tersebut yang kemungkinan telah dibeli lebih awal dengan harga yang jauh lebih rendah
  • Tips disebarkan berdasarkan maklumat palsu untuk memerangkap pelabur

Jadilah Pelabur Bertanggungjawab

Saya secara peribadi menerima dengan positif kewujudan telegram group ini. Cuma nasihat saya, jangan bergantung 100% terhadap stock pick yang diberikan. Cukup sekadar menjadikannya sebagai trading idea untuk kita masukkan ke dalam personal watchlist. Sebelum pembelian/jualan dilakukan, pastikan kita lakukan analisis sendiri. Mengikut cara sendiri. Tidak kiralah Fundamental Analysis mahupun Technical Analysis. Dan lakukan pembelian/jualan atas keputusan kita sendiri. 

Selepas pembelian/jualan dilakukan, paling penting adalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah dilakukan. Ada 50% kemungkinan anda betul dan ada 50% kemungkinan anda salah. Sekiranya anda betul, tahniah (untung itu milik anda), jika sebaliknya berlaku, tahniah (anda telah pelajari sesuatu yang baru). 

OKA dan Chinwel

Dalam entri sebelum ini saya kongsikan 9 kaunter saham yang saya lihat sebagai saham yang mempunyai Fundamental yang baik. OKA masih saya simpan (setelah berperang dengan emosi ketika harga jatuh ke RM1.12). Hari ini OKA ditutup pada RM1.19.

Nampak ok. Support 1.15. Masih uptrend.
Sekitar jam 4 petang tadi koleksi dengan membeli Chinwel pada harga RM1.41. Dengan bergaya Chinwel ditutup pada harga RM1.44.

Downtrend. Saya beli sebab FA bagus. Mungkin ada sinar untuk trend reversal
Niatnya memang nak simpan lama OKA dan Chinwel ni. Tengoklah selama mana saya boleh bertahan.

Bornoil-wc

Pada 11.7 lepas saya membeli Bornoil-wc dengan harga RM0.11. Ya betul bornoil bukanlah satu saham yang mempunyai fundamental yang bagus. Saya beli dengan tujuan trading. Justifikasi yang saya buat pada waktu itu, bornoil memiliki gold inventory lebih 600kg. Saya jangkakan harga emas akan meneruskan trend menaik (ketika itu USD1370), dan sekiranya jangkaan saya tepat, bornoil juga berkemungkinan akan terus naik. Tetapi sayangnya saya silap. Harga terus menurun ke USD1331 hingga ke hari ini. Dan saya ambil keputusan untuk menjual bornoil-wc dengan harga RM0.105 dan beralih ke Chinwel.


p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma beserta support group telegram percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini

Tuesday 5 July 2016

Ku Khianati Diri Sendiri

Kesalahan Pertama

Entri sebelum ini saya telah nyatakan strategi saya dalam menghadapi Brexit. Berkenaan Dufu, telah saya nyatakan bahawa saya tidak akan menjual selagi Dufu tidak jatuh melepasi paras RM0.585.
Walaubagaimanapun pada petang 27 Jun terlintas ketakutan dalam diri setelah melihat Dow Jones jatuh lagi sebanyak lebih 300 mata. Lantas saya pun menjual Dufu pada harga RM0.595 walaupun tiada tanda-tanda massive selling berlaku pada Dufu mahupun KLCI. Keesokan harinya pada 28 Jun, Dufu akhirnya melepasi resistance RM0.615 dan terus ditutup pada harga RM0.63 pada hari tersebut. Maka pengajaran yang berharga buat diri saya. Walaupun masih untung sekitar 13% (saya beli pada harga RM0.525), tetapi saya sendiri telah menghalang diri ini untuk mendapat keuntungan yang lebih. Saya telah mengkhianati analisis yang saya lakukan sendiri. Saham yang pada awalnya saya beli untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang, saya jual dengan sebab yang tidak munasabah.

Kesalahan Kedua

Pada petang 2 Julai pula, saya dengan tergesa-gesa telah membeli OKA pada harga RM1.15. Support berada pada paras RM1.12, manakala resistance pada paras RM1.15 dan seterusnya RM1.20. Namun kesilapan ini mungkin tidak begitu besar. Setelah dikaji semula, OKA juga memiliki fundamental yang agak baik. Fair Price berada pada sekitar RM1.32. Masih terdapat potential upside dalam 15%. OKA juga akan memberikan dividend tidak lama lagi (telah diumumkan namun masih memerlukan kelulusan di AGM).

Value Investing Bahagian 2

Saya baru selesai khatam buku The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham. Buku ini boleh dikatakan 'kitab' yang menjadi rujukan kepada pelabur-pelabur jangka masa panjang. Tambahan pula pelabur terkenal seperti Warren Buffett juga menjadikan buku ini sebagai rujukan. Sejujurnya agak sukar untuk saya fahami kerana contoh-contoh yang diberikan kesemuanya berkaitan pasaran di USA termasuklah bond. Walaubagaimanapun message yang saya dapat tetap jelas. Value investing adalah konsep pelaburan yang terbukti berkesan untuk jangka masa panjang. Boring tetapi berkesan.



Berikut adalah 8 kriteria yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat screening saham-saham yang berpotensi dijadikan lubuk untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang.

1. Harga saham tidak lebih daripada 2/3 nilai saham (MOS - Margin of Safety)
2. PE Ratio rendah berbanding PE Ratio purata industri (saya mengunakan PE Ratio bawah 10)
3. PEG bawah 1
4. Harga saham tidak melebihi tangible book value (saya hanya peroleh maklumat NTA, jadi saya gunakan harga saham tidak melebihi NTA)
5. DE Ratio bawah 1
6. Current ratio lebih 2
7. Dividend Yield tinggi (bagi saya sekitar 3% ke atas sudah ok, lebih baik daripada simpanan di bank)
8. Compounded earning growth melebihi 7% setahun (sukar saya peroleh, saya menggunakan maklumat EPS YOY sebagai ganti)

Saya merujuk kepada laman web http://www.isaham.my/ dan http://www.malaysiastock.biz untuk mendapatkan maklumat mengenai ratio disebutkan tadi.

Hasil kajian singkat, berikut adalah saham-saham pilihan yang saya senarai pendek untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang


Chinwel, Suria, Dufu memiliki dividend policy yang akan membayar dividend setiap tahun kepada pelabur. UMS dan OKA tiada dividend policy, namun telah memberi dividend setiap tahun kepada pelabur.

Berurusniaga dengan Mr. Market

Menurut Benjamin Graham, setelah anda mengenalpasti saham-saham yang mempunyai fundamental yang kukuh, berurusniaga lah dengan Mr. Market (pasaran saham). Sekiranya berlaku panic selling, Mr. Market akan menawarkan harga diskaun kepada anda, itulah waktu terbaik untuk membeli. Sekiranya pasaran saham terlebih bullish, ada potensi harga-harga saham anda melepasi paras intrinsic/fair value, itulah waktu terbaik untuk menjual saham anda kepada Mr. Market.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini

Sunday 26 June 2016

BREXIT: Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia, keputusan undian Brexit (UK keluar daripada EU) vs Bremain (UK kekal bersama EU) telahpun secara rasminya diumumkan. Saya secara peribadi mengharapkan keputusan berpihak kepada Bremain kerana bagi saya kestabilan adalah penting untuk pasaran saham kekal positif. Namun apakan daya, majoriti pengundi memilih Brexit.

Kesan terhadap KLCI

KLCI 24.6.2016

KLCI mengalami penurunan sehingga ke paras 1611.88 sebelum ditutup pada 1634.05 (0.36%). Sekilas pandang, kesan Brexit tidak begitu ketara kepada KLCI. Walaubagaimanapun jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Ini kerana pada petang jumaat apabila KLCI ditutup, pasaran US masih belum dibuka dan reaksi pasaran US masih belum dapat dilihat. Perkara ini penting kerana KLCI kebiasaannya mempunyai correlation yang tinggi dengan pasaran US.

Lautan Merah di Seluruh Dunia

Index utama dunia selepas Brexit

Dow Jones turun sebanyak lebih 600 mata. Pasaran-pasaran lain juga kebanyakannya jatuh sekitar 3% dalam masa satu hari dagangan. Penurusan pasaran dunia dilihat jauh lebih tinggi berbanding KLCI yang turun sebanyak 0.36%. Esok (Isnin) adalah hari yang sangat penting untuk melihat kesan sebenar Brexit terhadap KLCI. 

Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada ketika ini saya ada memegang satu saham iaitu DUFU. Tujuan asal saya adalah melabur di dalam DUFU untuk jangka masa yang panjang. Namun kehadiran Brexit memerlukan saya untuk membuat strategi baru. Esok saya akan memerhatikan pergerakan DUFU secara fokus. Sekiranya berlaku sell down dengan volume yang tinggi, dan harga DUFU turun melepasi paras RM0.585 dan seterusnya RM0.560, saya akan menjual dahulu saham ini. Ini kerana saya tidak pasti sebesar masa kesan sebenar Brexit. Adakah ia bersifat sementara ataupun ianya menjadi punca kepada berlakunya market crash? Kelebihan buat saya kerana harga belian saya adalah RM0.525. Sekiranya harga kekal di atas paras support RM0.56 saya akan terus memegang saham ini.

DUFU 24.6.2016

Untuk pembelian saham baru, saya masih belum membuat keputusan. Pegangan yang saya ambil buat masa ini adalah tunggu dan lihat. Sekiranya benar market crash berlaku, sememangnya masa terbaik untuk membeli saham-saham yang memiliki fundamental yang kukuh pada harga diskaun. Saham-saham seperi SHH, HARTA dan ARANK berada dalam pemerhatian saya.




Saturday 18 June 2016

Value Investing

Value Investing merupakan satu strategi memilih kaunter saham yang berada di dalam kategori undervalued, ataupun harga semasa saham tersebut lebih rendah daripada intrinsic value.

Ramai pelabur-pelabur baru yang salah faham dalam menilai mahal atau murahnya harga sesuatu saham. Kesilapan paling umum adalah dengan hanya melihat kepada harga saham tersebut. Sebagai contoh saham SYF yang berharga RM0.575 berbanding SHH yang berharga RM1.91, mana satu lebih 'murah'?

Harga vs Nilai

Sebagai pelabur kita tidak boleh melihat kepada harga semata-mata. Sebaliknya apa yang perlu kita ambil kira adalah nilai sebenar saham tersebut. Matlamat utama dalam value investing adalah mencari saham-saham yang mempunyai harga terkini jauh lebih rendah daripada nilai sebenar saham tersebut. Dan saham-saham inilah yang sebenarnya dikatakan 'murah'. Di sinilah perlunya sedikit ilmu mengenai Fundamental Analysis.

Dalam menentukan nilai sebenar sesuatu saham, banyak cara ataupun teknik yang boleh digunapakai. Antara cara yang terkenal adalah Discounted Cashflow Method (DCF) and Discounted Dividend Model (DDM).

Saya akui formula dan pengiraan untuk mementukan nilai sebenar saham melalui teknik-teknik yang disebutkan tadi agak kompleks. Namun sekarang kita tak perlu bersusah payah untuk melakukan kiraan sendiri, sudah ada pakar yang membuat coding berdasarkan fomula-formula tersebut, dan berkongsi hasil formula tersebut di laman web beliau.

iSaham Stock Screener



Saya cadangkan anda layari sendiri laman web iSaham.my. Yang paling saya suka mengenai iSaham adalah ranking  yang disusun mengikut keputusan analisis fundamental dan juga teknikal. Konsep ini sememangnya memudahkan pelabur untuk membuat pilihan saham mana yang sesuai dibeli mengikut selera masing-masing.

Khamis lepas saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Anas, pengasas laman web iSaham ini. Sempat juga kami berbincang mengenai cadangan saya supaya iSaham menambahkan ranking untuk undervalued warrant dan juga maklumat mengenai Enterprise Multiple (=Enterprise Value/EBITDA).

Berbalik kepada soalan mengenai SYF dan SHH tadi, di bawah ini saya kongsikan screenshot mengenai Fair Value untuk kedua-dua stock ini yang saya peroleh melalui iSaham.

SYF

SHH
Melalui perbandingan di atas, harga kedua-dua SYF dan SHH sememangnya lebih rendah daripada Fair Value masing-masing. RM0.575 vs RM0.645 dan RM1.91 vs RM2.70. Kedua-duanya masih 'murah'. Namun sekiranya saya perlu memilih antara dua, sedikit analisis tambahan diperlukan.

Fundamental Analisis Pilihan Saya

SYF SHH
Price 0.575 1.91
PE Ratio 9 6
Debt/Equity Ratio 0.79 0.21
Earning Yield 11.96% 15.35%
FCF Yield -10.85% 17.07%
ROE 14.42% 17.04%
ROIC 10.45% 17%

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunapakai untuk menilai murah atau mahalnya sesuatu saham tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat kepada PE Ratio ataupun Price/Earning ratio. Dalam kes ini, walaupun SHH kini berharga RM1.91, namun jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat (menggunakan PE ratio), sebenarnya jauh lebih rendah berbanding SYF. 

Jadual di atas merupakan beberapa ratio yang saya gunakan untuk memilih saham-saham yang undervalued. Secara ringkasnya saya selalu melihat kepada saham-saham yang mempunyai
  • PE Ratio yang rendah (bawah 10)
  • Debt/Equity yang rendah (bawah 1.0)
  • Earning Yield yang tinggi
  • FCF Yield yang tinggi
  • Return of Equity, ROE yang tinggi
  • Return on Invested Capital, ROIC, ratio keuntungan yang tinggi
Teruskan belajar. Saya pasti anda juga akan memiliki teknik memilih kaunter saham tersendiri. 

p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini

Tuesday 14 June 2016

Man vs Machine

Hari ini saya mungkin menyimpang sedikit daripada topik bursa saham. Minggu lepas saya buat keputusan untuk menyemak semula jumlah wang terkumpul dalam akaun 1 KWSP, niat dihati nak laburkan sedikit wang akaun 1 KWSP ke dalam unit trust. Kira punya kira alhamdulillah cukup. Tetapi saya tidak melakukan pelaburan melalui unit trust consultant. Saya melakukan pelaburan melalui Fundsupermart

Unit Trust Consultant vs Fundsupermart

Sebabnya hanya satu, jimat. Melalui Fundsupermart fees yang dikenakaan tidak lebih daripada 2%. Dan sebagai pelanggan baru, sekiranya saya melakukan apa-apa pelaburan dalam masa 30 hari selepas membuka akaun, fees yang dikenakan pada bulan tersebut hanyalah 1%. Ini jauh lebih rendah sekiranya saya melakukan pelaburan melalui unit trust consultant yang kebiasaannya mengenakan fees sehingga mencecah 6% (cash investment) dan 3% (KWSP). Perbezaan peratus mungkin kelihatan tidak begitu tinggi, namun saya berpendapat sebaliknya. 

1% setiap transaksi x 4 transaksi setahun x 20 tahun pengeluaran konsisten = 80% penjimatan

Bagi saya penjimatan yang hebat. Tambahan pula untuk pelaburan berisiko rendah dan potensi pulangan yang rendah seperti unit trust.

Selain berasa gembira dengan penjimatan yang bakal dilakukan, saya juga terfikir mengenai evolusi yang berlaku disekeling kita sejak akhir-akhir ini. Setiap kerja yang kita lakukan, tidak kiralah sehebat mana kita rasa diri ini, satu hari nanti mungkin akan digantikan oleh robot/machine/internet application.

Remisier vs Online Trading

Situasi yang sama juga telah lama berlaku untuk platform pelaburan saham. Dahulunya trading dilakukan melalui remisier dengan fees sekitar 0.42%, minimum RM28 kini digantikan dengan online trading yang mengenakan fees sekitar 0.05% - 1% , minimum RM8-RM12.


Robotrader?

Evolusi ini tidak akan terhenti di tahap Online Trading. Untuk pasaran saham luar negara sudah ada Robotrader yang boleh menggantikan manusia untuk membuat buy/sell call. Dalam bidang lain juga sudah wujud tanda-tanda bahawa machine akan menggantikan manusia dalam membuat keputusan yang lebih tepat, tanpa faktor human error. PillTracker yang dikatakan bakal menggugat kerjaya pharmacist, Ross oleh IBM yang berpotensi memberi nasihat guaman lebih tepat berbanding peguam, Google self driving car, Da Vinci Surgical System berkemungkinan menggantikan jurubedah merupakan antara contoh kemajuan teknologi yang telah berlaku. Terima kasih kepada Machine Learning, Artificial Intelligent dan Big Data Analytics. 

Nasihat saya kepada diri sendiri, change or you'll be changed






Saturday 11 June 2016

Vivocom

Pagi tadi saya menghadiri Traders Travern (Spotting Bullish & Bearish Trading Opportunities in Ramadhan Month) @ Grand Hyatt Hotel anjuran MNS Global. Dalam sesi pertama Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) telah berkongsi tema pasaran sempena Hari Raya iaitu consumer market. Kaunter saham seperti Padini, Kanger, Sernkou dilihat sebagai saham bertemakan konsumer yang menunjukkan pergerakan positif menjelang Hari Raya. Walaubagaimanapun dalam sesi tadi DDNK memberi lebih tumpuan kepada saham-saham luar negara.

Sesi kedua lebih menarik minat saya. Mr. Choo Seng Choon, Pengarah Eksekutif Vivocom Intl Holdings Bhd (Vivocom) telah menerangkan perancangan dan strategi syarikat Vivocom. 

Screenshot maklumat fundamental Vivocom daripada laman web isaham.my
Fundamental

Vivocom pada Jumaat lepas ditutup pada harga 0.285. Saham tersebut telah naik dengan cemerlang daripada 0.082 sehingga mencecah 0.37 sebelum turun sedikit ke harga sekarang. Jika dilihat dari sudut fundamental, PE Ratio Vivocom agak tinggi, 22.0. Walaubagaimanapun apabila ditanya mengenai PE Ratio yang tinggi kepada Mr. Seng Choon, jawapan yang diberikan saya boleh terima. PE Ratio tersebut adalah berdasarkan laporan kewangan 2015. Untuk tahun kewangan 2016, dijangka berlaku perubahan mendadak terhadap revenue Vivocom seperti dapat dilihat pada laporan kewangan Q1 baru-baru ini. Jika prestasi diukur mengikut Q1 lepas (revenue RM141.5 juta), PE Ratio Vivocom terkini berada pada sekitar 9.

Souvenir oleh Vivocom
Vivocom yang dahulunya dikenali sebagai Instacom bermula sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara aktif dalam sektor insfrastruktur telekomunikasi seawal tahun 2002. Pada tahun 2013, berlaku perubahan dalam industri tersebut di mana syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan Capital Expenditure sekaligus memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat seperti Instacom. Apa yang menarik bagi saya, syarikat Instacom cepat bertindak dengan melakukan downsizing dan meluaskan skop perniagaan ke bidang construction. Instacom bermula dengan membeli saham syarikat Vivocom Enterprise dan telah mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut pada penghujung tahun 2015. Disebabkan pada masa hadapan punca pendapatan utama syarikat dijangkakan datang daripada sektor construction, Instacom juga telah melakukan rebranding kepada Vivocom Intl Holdings Bhd.

Prospek syarikat dilihat sangat positif. Setakat ini order book syarikat yang telah diumumkan mencecah RM 1.379 B. Bukan itu sahaja, terdapat juga RM3.798 B lagi order book yang masih belum diumumkan. Kerjasama dengan syarikat China Railway Construction Corp dan China Nuclear Huaxing menjadi kelebihan buat Vivocom. Vivocom juga dalam proses untuk disenaraikan di main market di bawah kategori construction

Dari segi perbelanjaaan syarikat, Vivocom lebih menumpukan ke arah projek-projek yang boleh meningkatkan nilai syarikat. Pemberian bonus dan dividen bukan keutamaan buat masa ini. 

Technical


Dari segi teknikal Vivocom kini berada pada kedudukan downtrend. Harga sekarang berada di bawah EMA 9, 20 dan 50. 

Kesimpulan 

Bagi saya, Vivocom adalah syarikat yang mempunyai potensi tinggi dari segi fundamental. Syarikat ini akan saya masukkan ke dalam watchlist saya. Namun saya tidak akan melakukan pembelian sekarang. Correction mungkin berterusan sehingga ke paras 0.26 - 0.27. Pada paras ini, Vivocom sememangnya memenuhi ciri-ciri saya untuk dimasukkan ke dalam portfolio saya untuk jangka masa panjang. 


Wednesday 8 June 2016

Projek RM100K Dalam Masa 20 Bulan Melalui Pasaran Saham

Bagi memastikan saya terus serius dalam pelaburan di pasaran saham, saya bertekad untuk meletakkan satu sasaran yang mengiurkan untuk saya capai. RM100K dalam masa 20 bulan, ataupun sehingga penghujung tahun 2017 merupakan sasaran baru yang saya tetapkan. Memandangkan modal permulaan saya kecil dan saya juga tidak setuju dengan konsep meminjam untuk melabur, cara terbaik yang dapat saya fikirkan buat masa ini adalah dengan mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan saya untuk dilaburkan secara konsisten. 

Saya bermula dengan RM1,000 pada bulan pertama (penghujung bulan Mei lepas) dan setiap bulan berikutnya saya akan menambah pelaburan sebanyak RM1,500- RM3,500 setiap bulan secara konsisten.


Sekiranya saya hanya menyimpan dengan penuh disiplin mengikut perancangan di atas, sehingga penghujung 2017 saya akan dapat mengumpul simpanan sebanyak RM48,000 (column D). Untuk mencapai sasaran RM100K pada Disember 2017, portfolio pelaburan saya perlu berkembang sebanyak sekurang-kurangnya 8% setiap bulan. Sekiranya situasi ini berlaku, saya akan dapat mengumpul sebanyak RM104,034 dalam tempoh waktu yang sama (column E). Ya saya setuju. Sasaran 8% setiap bulan ini adalah sangat ambitious. Namun secara peribadi sasaran mengiurkan sebegini akan menjadikan saya lebih teruja untuk mencapainya. 

Column H saya sediakan khusus untuk menilai prestasi peribadi saya. Seandainya nilai portfolio semasa saya melebih ataupun sama dengan sasaran (column E), kotak tersebut akan berwarna hijau. Jika sebaliknya berlaku kotak tersebut akan berwarna merah.

Jumlah tambahan bulanan (column C) dibuat berdasarkan kira-kira kasar yang mampu saya asingkan untuk pelaburan sepanjang 20 bulan mendatang. Disebabkan situasi sebenar setiap bulan tidak dapat saya jangkakan, jumlah sebenar yang saya masukkan ke dalam trust account untuk dilaburkan akan saya rekodkan di column F. Sebagai contoh pada bulan pertama, sepatutnya saya masukkan RM1,000 tetapi saya mengelat sedikit dengan memasukkan lebih RM100 untuk memberi motivasi tambahan kepada diri.



Kaunter pertama saya beli untuk projek ini adalah Acostec pada harga 0.825 dan jual semula pada harga 0.805 pada hari yang sama, 27.5 dengan kerugian RM43.59. Kemudian saya membeli Dufu pada harga 0.525 pada 31.5 dan masih memegang saham tersebut sehingga hari ini (harga terkini 0.590).

Perjalanan masih jauh. Harapan saya semoga pasaran semakin cantik untuk tempoh yang mendatang. Best case scenario, saya akan berjaya mencapai sasaran RM100K. Dari segi risk tolerance pula, saya masih tersenyum seandainya pada penghujung 2017 saya masih dapat selamatkan sekitar 80% daripada jumlah capital yang dilaburkan. Memandangkan risk tolerance saya tidak begitu tinggi, strategi saya pastinya lebih berhati-hati. 



Tuesday 7 June 2016

Setahun Berlalu

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca yang mengunjungi blog ini sepanjang setahun yang lepas kerana blog ini bagaikan tidak bertuan yang dibiarkan begitu sahaja. Berhijrah kerana menerima tawaran kerja baharu dan menceburkan diri dengan hobi baharu antara sebab blog ini diabaikan. Maaf sekali lagi.

Baru-baru ini beberapa orang rakan menghubungi saya untuk bertanya mengenai pelaburan saham. Tujuan asal mereka adalah untuk memberikan saya sejumlah wang untuk saya laburkan bagi pihak mereka. Permintaan mereka saya tolak. Salah dari segi undang-undang kerana saya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk laburkan duit orang lain. Namun saya memohon rakan-rakan tersebut datang berjumpa saya di sebuah kedai kopi. Tujuan saya cuma satu. Adalah lebih baik saya kongsi ilmu pelaburan supaya mereka boleh membina empayar kewangan dengan tangan mereka sendiri. Lalu blog ini saya buka semula sebagai rujukan. Tutorial, perbincangan dan soal-jawab berlaku di kedai kopi tersebut. Hasilnya rakan-rakan saya kini menjadi pelabur aktif di Bursa Malaysia.

Jangan Mudah Percaya

Sekadar ingatan. Jangan, jangan, dan jangan walau sekalipun mempercayai rakan, saudara-mara mahupun adik-beradik dengan menyerahkan wang anda untuk dilaburkan. Buka minda, rajinkan membaca dan laburlah sendiri. Kerana caranya sangat mudah.

Keratan akhbar hari ini mengenai syarikat menipu pelabur

Imbasan Selepas Setahun Berlalu: Roller Coaster

Supaya tidak berasa begitu bersalah setelah membiarkan blog ini selama setahun, mungkin ada baiknya jika dalam entri ini saya kongsikan recap ataupun imbasan mengenai apa yang berlaku terhadap beberapa indicator utama sepanjang setahun lepas.


FBMKLCI

Indeks utama negara mencecah paras 1504 sekitar Ogos 2015 namun kembali rebound ke paras 1600 - 1730 dan pada hari ini indeks ditutup di atas paras EMA 9, 20 dan 50 pada kedudukan 1660.62. Secara teknikal saya melihat indeks berada dalam trend yang positif untuk jangka masa terdekat.

FBMKLCI belum menunjukkan arah yang jelas untuk jangka masa panjang

Crude Oil

Crude Oil juga telah mencecah paras terendah sekitar USD 26.05 pada awal tahun ini. Kejatuhan harga minyak dunia dan pengukuhan USD antara punca memberi kesan terhadap prestasi FBMKLCI sepanjang setahun lepas. Jika melihat kepada carta Crude Oil di bawah, Trend menurun (downtrend) telahpun berganti dengan trend menaik (uptrend). Secara jangka pendek, outlook untuk Crude Oil juga dilihat positif. Pengesahan lebih jelas dapat dilihat sekiranya Crude Oil berjaya mengekalkan harga di atas paras USD 50.

Crude Oil perlu bertahan atas paras USD 50 untuk kekal positif

Secara peribadi saya melihat pasaran berada dalam keadaan positif untuk jangkamasa terdekat. Walaubagaimanapun langkah berhati-hati tetap saya ambil. Sejak kebelakangan ini, Fundamental Analysis lebih banyak mempengaruhi keputusan saya dalam memilih saham untuk dibeli, dan saya juga memegang saham dengan lebih lama berbanding tahun lepas. Kekangan masa untuk melihat carta dan melakukan Technical Analysis mungkin menjadi faktor utama membuatkan saya lebih cenderung ke arah Fundamental Analysis.

Tak kisah lah cara apa pun. Yang penting untung!