Tuesday 11 April 2017

Real Steel: Keluli Malaysia vs Keluli China

Atom of Real Steel
Walaupun movie Real Steel ni memang best, tetapi hari ini saya tidak berniat untuk bercerita tentang movie tersebut. Apa yang lebih menarik minat saya adalah  berkenaan lambakan keluli dari China yang menyebabkan ketidakseimbangan harga keluli di negara-negara lain termasuklah di Malaysia..

Ketajuhan teruk pada tahun 2015 menyebabkan beberapa negara seperti India dan USA mengambil langkah menetapkan duti import untuk keluli bagi menangani masalah ini.


Sekitar September 2016, Malaysia juga mengambil langkah yang serupa. Pada 26 September 2016, "preliminary safeguard duties" telah dilaksanakan dan sekaligus memberikan impak positif kepada saham syarikat-syarikat berkaitan keluli di Malaysia. Walaubagaimanapun, "preliminary safeguard duties" ini hanya valid untuk tempoh 200 hari dan sepatutnya berakhir pada 10 April (semalam).


The Star 28 Mac 2017

Sehingga hari ini, masih tiada keputusan diumumkan sama ada safeguard duties ini akan diteruskan ataupun tdihentikan. Seandainya diteruskan, kemungkinan ada kesan positif kepada saham-saham berkaitan, seandainya dihentikan, sebaliknya pula mungkin berlaku.

Bersempena dengan tema ini, mungkin menarik jika saya kongsikan dua kaunter saham berkaitan keluli yang menarik minat saya.

MASTEEL (5098)


Masteel dilihat berada di posisi yang agak baik. Long term trend masih lagi uptrend, walaupun short term dilihat agak sideways. Harga hari ini ditutup pada 0.795. Support dilihat pada paras 0.76 (-4.4%) dan resistance pertama pada 0.825 (+3.8%). Sekiranya breakout berlaku, resistance seterusnya adalah pada paras 0.91 (14.5%).

Masteel: Fundamental yang baik (info from iSaham)


LIONIND (4275)


Lionind pula mempunyai paras support yang lebih rendah berbanding harga terikini, 0.665 (-8.9%) berbanding harga tutup hari ini 0.73. Namun begitu, resistance pula agak tinggi pada paras 0.86 (17.8%)

Lionind: Fundamental kurang cantik (info from iSaham)

Kaunter mana agaknya yang betul-betul kental macam Atom Real Steel?