Monday 12 June 2017

Video: Paper Trade dengan Portfolio Investing.com

Sejak akhir-akhir ini saya sering diajukan soalan mengenai apakah platform terbaik untuk pelabur baharu melakukan Paper Trade ataupun simulasi jual beli saham tanpa menggunakan duit sebenar. Secara peribadi saya suka dengan platform Investing.com. Saksikan video ringkas ini mengenai cara-cara untuk melakukan paper trade menggunakan Investing.com


Thursday 8 June 2017

Pengurusan Porftfolio Percuma di Investing.com

Bagaimanakah cara anda menilai prestasi pelaburan anda?

Kebanyakan platform pelaburan hanya menunjukkan prestasi semasa pelaburan. Portfolio di platform pelaburan saham juga kebiasannya hanya membandingkan prestasi harga saham semasa dan harga belian. Selepas saham itu dijual dan tiada dalam portfolio, maka hilanglah rekod tersebut dari pandangan.

Bagaimana pula jika kita ingin melihat prestasi pelaburan kita terdahulu?

Baru-baru ini saya telah mencuba fungsi Portfolio tracking di Investing.com sekaligus menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Namun ianya memerlukan sedikit kerja tambahan kerana anda perlu memasukkan maklumat seperti nama saham, tarikh belian, jumlah unit belian, harga belian dan sebagainya (add position). Maklumat yang sama juga perlu dilakukan selepas saham tersebut dijual (close position).

Kelebihan

Selepas maklumat-maklumat tersebut dimasukkan, apa yang menariknya adalah anda dapat melihat prestasi semasa pelaburan anda seperti Market Value, Open P/L (Open Positions) dan juga prestasi pelaburan anda setelah saham-saham tersebut dijual seperti Closed P/L dan Total P/L (Closed Positions).

Investing.com dapat digunakan untuk saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Cuma ketika melakukan carian, anda mungkin perlu mengetahui nama penuh syarikat tersebut.

Anda boleh terus melihat technical chart dan juga technical indicator saham dalam portfolio anda secara terus.


Apabila anda click ke butang Technical, anda akan dipaparkan prestasi secara teknikal saham tersebut. Boleh pilih untuk melihat prestasi 5 mins hinggalah monthly

Kekurangan

Bagaimanapun ada sedikit kekangan untuk kita pelabur di Malaysia. Kekangan yang pertama adalah data ini bukan live, tetapi ada sedikit delay. Bagi pelabur yang membuat penilaian secara harian atau mingguan mungkin tiada masalah. Contra trader mungkin merasakan ini sebagai masalah utama.

Sekiranya anda sering atau berminat untuk membeli warrant, sayang seribu kali sayang warrant tidak ada di Investing.com. Alternatif kepada masalah ini adalah selepas saham itu dijual, masukkan rekod belian dan jualan dengan menggunakan mother share (open and close position) selepas penjualan dilakukan. Sebagai contoh sekiranya anda membeli Gadang-Wb, daftarkan rekod dengan nama Gadang. Namun pastkan anda daftarkan selepas penjualan dilakukan, kalau tidak, rekod portfolio semasa anda tidak akan tepat. 

Secara peribadi, walaupun terdapat kekangan untuk kita pelabur di Malaysia, namun kelebihan-kelebihan yang ada di Investing.com jauh lebih baik. Tambahan pula kesemua fungsi yang ada di Investing.com disediakan percuma untuk anda.