Friday 14 August 2020

Cara Menggunakan BTST Screener iSaham untuk Teknik Buy Today Sell Tomorrow

Sejak blog ini mula ditulis sekitar 5 tahun lepas, entri yang mendapat bacaan tertinggi masih lagi entri bertajuk Cara Scan Kaunter Saham untuk Dibeli. Dalam entri tersebut ada saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk mencari saham-saham yang berpotensi untuk meneruskan momentum kenaikan pada hari berikutnya.

Namun pada ketika ini, saya tidak lagi menggunakan cara manual tersebut. Sekiranya saya berminat untuk menggunakan strategi Buy Today Sell Tomorrow, atau lebih dikenali sebagai BTST, saya terus menggunakan BTST Screener yang ada di iSaham.my

BTST seperti namanya dianggap sebagai satu teknik yang pantas. Beli hari ni (petang) jual esok (pagi). Sepenuhnya melihat kriteria teknikal, tidak mengambil kira fundamental syarikat. Teknik pantas seperti ini semestinya risiko kerugian juga pantas seandainya pada waktu penggunaan ianya tidak menjadi.

Cara Menggunakan BTST Screener

Cara menggunakannya screener ini sebenarnya sangat mudah

1. Buka BTST Screener sekitar jam 4 petang.

2. Boleh pilih saham yang mempunyai track record BTST yang baik i.e. Previous Accuracy yang tertinggi

3. EntryPrice (EP) atau beli 1 bid di bawah intraday high, atau jangan lebih daripada harga Max Entry

5. Target Price (TP) atau jual 2 bid lebih tinggi daripada EP, ataupun sekitar 2.5% lebih tinggi daripada EP.

6. Sekiranya tidak menjadi Cut Loss pada 2 bid lebih rendah daripada EP, ataupun 2.5% lebih rendah daripada EP


Senario Tambahan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku beberapa senario tambahan seperti berikut

1. Lepas beli guna BTST, saham tersebut terus hilang daripada screener.

Boleh terus ikut rule asal BTST untuk jual pada hari esoknya, atau cut loss sekiranya jatuh lebih 2.5% daripada EP

2. Theoretical Open (TO) price esok harga terus gap up lebih daripada TP (2.5%)

Boleh set Stop Limit pada harga TO, dan terus ride kenaikan sekiranya saham tersebut terus terbang tinggi. Dalam situasi saham terbang tinggi, boleh sekiranya kita ingin tukar strategi daripada Super Short Term kepada Short Term atau Mid Term.

3. Harga tak bergerak naik melepasi TP, dan tak juga turun melepasi CL

Ini juga dianggap tidak berapa menjadi, boleh tunggu hingga sekitar 10:30 pagi, dan lepaskan pegangan pada harga pada waktu itu. Sekiranya strategi tak menjadi, jangan sekali-kali kita ubah strategi daripada Super Short Term kepada Mid Term. Tukar strategi hanya ketika kita berada dalam keuntungan.

BTST merupakan screener premium iSaham. Jangan risau walaupun premium, anda masih boleh mendapat akses kepada premium screener ini secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham. Boleh buka akaun tersebut dengan klik link ini.

Jom tonton video tutorial di bawah untuk mendengar penearangan lanjut mengenai screener ini... dan jangan lupa Subscribe ya.


 

Monday 10 August 2020

Bagaimana Nak Scan Kaunter Saham Menggunakan Teori The Wyckoff Method?

Richard Wyckoff adalah antara ikon awal dalam bidang Technical Analysis. Terkenal dengan teori Wyckoff Price Cycle merangkumi Accumulation, Mark up, Distribution dan Mark Down, Wyckoff Method juga cukup diminati oleh trader yang sofistikated. 

Mendalami ilmu Wyckoff Method ni memang seronok. Cuma cabaran utama bagi mereka yang khatam ilmu Wyckoff ini adalah untuk mencari saham-saham yang memenuhi kriteria fasa-fasa menarik seperti penghujung Accumulation

Smart Money Screener 

Smart Money Screener di adaptasi daripada teori Wyckoff Method ataupun menepati juga teori Volume Spread Analysis. Sekiranya anda inginkan cara mudah untuk scan atau filter saham-saham yang memenuhi kriteria teori yang disebutkan tadi, boleh terokai screener yang dipanggil Smart Money Screener ini. Boleh juga tonton video tutorial penggunaan iSaham Smart Money Screener di bawah.



Wednesday 22 July 2020

Apa Nak Buat Kalau Saham Yang Pernah Dibeli Jatuh Banyak Sangat?

Baru-baru ada kawan yang bertanya, dia pernah beli saham SAPNRG dulu, tapi sekarang dah rugi 90%. Walaupun jumlah yang dibeli tidak terlalu banyak, pedihnya masih terasa kerana sehingga kini beliau sekali-sekala termenung tengok satu-satunya saham yang dipegang. Tak tahu apa nak buat.

Janganlah kita tanya kenapa jadi macamtu, kenapa tak cut loss dulu?, kenapa simpan lagi?. Mungkin semakin kita tanya semakin pedih ulu hati beliau mengenangkan apa yang telah terjadi. Mungkin pembelian dahulu dilakukan tanpa mengikut apa-apa strategi saham. Mungkin pembelian dilakukan berpandukan khabar angin yang indah-indah. Mungkin beliau tak pernah tahu tentang Cut Loss. Mungkin beliau percaya saham ini pasti akan kembali bangkit satu hari nanti, mungkin lagi setahun, mungkin lagi 10 tahun, ataupun 100 tahun lagi.

Persoalan yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah 

Soalan 1. Apa yang kita boleh buat sekarang? 
Soalan 2. Bagaimana untuk elakkan sejarah seperti ini berulang kembali?


Untuk menjawab soalan pertama, ada 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan.

Cadangan 1. Jual dan Mulakan Hidup Baharu

Cadangan ni memang susah untuk dilaksanakan. Tak ramai orang boleh akui kesilapan dan terima kekalahan walaupun silapnya mungkin disebabkan oleh diri sendiri. Bagi yang boleh terima kekalahan, cadangan ini boleh dipertimbangkan.

Cadangan 2: Gunakan Technical Analysis untuk Jual Pada Harga Lebih Baik

Untuk jual dengan keuntungan mungkin hampir mustahil untuk contoh saham yang sedang kita bincangkan. Namun bagi mereka yang telah belajar sedikit ilmu Technical Analysis, boleh aplikasikan ilmu tersebut untuk menjual saham ini pada harga yang lebih baik daripada harga sekarang. Boleh pertimbangkan untuk lakukan penjualan apabila saham ini rebound ke paras resistance terhampir. Ataupun simpan sahaja selagi saham ini tidak pecah menembusi harga support semasa.

Cadangan 3: Cari Modal Tambahan Dan Bina Portfolio Baharu Dengan Strategi Yang Betul

Yang dulu biarlah berlalu, sediakan sedikit modal lain untuk bina portfolio yang baharu. Kali ini lakukan pembelian saham dengan strategi yang betul. Selain daripada membeli dengan strategi yang betul, paling penting adalah untuk kita kawal risiko kerugian dengan menetapkan cut loss yang boleh kita terima sebelum pembelian dilakukan. Seandainya masih lagi tersilap pilih, kita masih ada modal yang baik untuk lakukan pembelian yang lain. Dalam saham memang niat kita untuk mencari keuntungan, namun sebenarnya ada perkara yang jauh lebih penting daripada itu, protect modal kita dengan disiplin menjaga cut loss. Gunakan langkah ini untuk elakkan sejarah buruk seperti ini berulang kembali.






Wednesday 15 July 2020

Bagaimana Cara Untuk Melabur Dengan Modal Hanya RM100? atau RM10?

Modal RM10: BEST by BIMB Investment

Sebelum ni saya kurang gemar melabur dalam unit trust menggunakan duit tunai. Antara punca utamanya adalah kerana sales charge yang dikenakan agak tinggi, mencecah 5.5% untuk setiap pelaburan. Rupanya sekarang ini BIMB Investment mengorak langkah luar biasa, memperkenalkan pelaburan unit trust menggukan aplikasi yang dinamakan BEST. Ye install dekat phone je. Senang kan?

Mula-mula macam tak percaya, bila dah cuba memang betul zero sales charge, dan boleh mulakan pelaburan dengan hanya RM10. Hanya install apps, daftar, dan boleh terus invest. Masukkan duit pun macam order makanan dekat Foodpanda je. Add to cart dan proceed untuk bayar menggunakan FPX (online banking).

Saya rasa BEST ni kepada yang ingin diversify pelaburan mereka. Macam saya, disebabkan saya melabur terus di Bursa Malaysia, jadi saya gunakan BEST untuk melabur dalam dana Sukuk. Ekuiti tu takpelah sebab saya labur sendiri je di Bursa Malaysia.

Selain daripada itu, saya juga rasa BEST ni sesuai untuk mereka yang dah lamaaaa berniat nak 'menyimpan' atau melabur, tetapi asyik bertangguh atas alasan modal masih belum cukup. Nah dengan BEST ni RM10 pun dah boleh mulakan pelaburan. Tak seperti unit trust lain yang kebanyakannya memerlukan modal permulaan RM1,000.

Modal RM100: Wahed Invest

Wahed Invest ni mungkin dah ramai yang tahu. Konsep Wahed Invest lebih kurang macam unit trust, cuma Wahed Invest ni laburkan duit kita dengan membeli ETF. Walaupun kita boleh beli ETF secara terus di Bursa Malaysia, kelebihan Wahed Invest adalah kita boleh lakukan transaksi dengan hanya RM100, tanpa brokerage fee. Sekiranya anda ingin membeli dengan jumlah yang kecil seperti RM100, Wahed Invest dilihat lebih praktikal. Yuran tahunan sekitar 0.79% juga dilihat munasabah. Terutama sekali bagi mereka yang melakukan banyak transaksi selama setahun, melabur secara bulanan misalnya.

Wahed Invest juga sudah membenarkan kita untuk memiliki 2 portfolio berbeza (menggunakan 2 email berbeza). Sekiranya anda ingin mendapat exposure dalam pelaburan emas, tetapi dengan modal yang kecil, boleh juga pilih portolio Gold. Maka pelaburan anda hanya dilaburkan dalam ETF Gold. Konsep diversification juga boleh dicapai dengan Wahed Invest.

Kepada yang baru nak buka akaun Wahed Invest, boleh install sahaja aplikasi Wahed Invest di phone masing-masing. Waktu pendaftaran (buka akaun), boleh masukkan referral code SHASAL22 untuk anda mendapat bonus RM10 setelah anda memasukkan deposit RM100 ke dalam akaun Wahed Invest anda nanti.


Cadangan untuk diversify pelaburan anda

Labur saham di Bursa Malaysia (buka akaun CDS)

Labur sukuk di BEST

Labur ETF US Stocks di Wahed Invest

Labur ETF Gold di Wahed Invest


Monday 13 July 2020

Cara Menggunakan KLSE Journal, Online Trading Journal Pelaburan Saham

Bulan lepas saya ada kongsikan cara untuk membina trading journal sendiri dengan menggunakan Microsoft Excel. Mungkin ada yang bertanya, ada tak cari yang lebih mudah untuk rekodkan trading yang kita buat? Sekarang dah ada jawapannya. Anda boleh explore klsejournal.com 

Trading Journal ini sesuai untuk pelabur baharu ataupun bakal pelabur yang masih belum mempunyai akaun CDS, ataupun masih belum berani trade menggunakan duit sebenar. Pada yang sedang menunggu akaun CDS siap juga, boleh gunakan trading journal ini untuk mengasah skil memilih saham sebelum akaun CDS sebenar anda siap.

Jom tonton video tutorial ini


Sunday 5 July 2020

Cara Nak Buat Paper Trade Menggunakan BursaMKTPLC


Mungkin ada di sini yang telah pun menghadiri mana-mana kelas pelaburan saham dan seterusnya bersemangat untuk buka akaun CDS. Tetapi, lambat pula akaun CDS nak siap. Maka semangat yang berkobar-kobar tadi pun semakin sejuk.

Sebenarnya walaupun akaun CDS masih belum siap, anda dah boleh mulakan langkah untuk mengasah skil memilih saham. Biasanya dipanggil Paper Trade, ataupun trade olok-olok, ataupun trade menggunakan demo account. Sementara semangat masih membara, strategi yang dikongsikan dalam kelas saham tersebut masih segar dalam ingatan, jangan sia-siakan ilmu yang telah kita pelajari. Boleh teruskan dengan paper trade dahulu.

Sebelum ni saya pernah buat video tutorial paper trade menggunakan investing.com dan cara old school menggunakan Microsoft Excel. Kali ini saya kongsikan tutorial untuk paper trade menggunakan BursaMKTPLC ataupun Bursamarketplace.

Boleh saksikan video ini. Jangan lupa subscribe ya!


Monday 1 June 2020

Kalau...

Pendahuluan

Hari ini saya kembali bertugas di pejabat seperti biasa setelah dua bulan setengah mengamalkan Work From Home dan kemudiannya disusuli dengan berselang-seli hadir ke pejabat.  Masih dalam proses transisi perasaan perasan daripada Full Time Trader kembali ke Part Time Investor/Trader.  

Niat sebelum tidur malam tadi, ok esok (hari ini) nak buat 2 perkara je

Expectation

1. Pagi-pagi nak layan merempit BOSO (Buy Open Sell Open) kejap
2. lepastu switch ke kaunter Mid Term dan teruskan kehidupan dengan penuh ketenangan. Masa weekend dah shortlist dah beberapa kaunter Mid Term yang menarik minat supaya tetap pendirian dan tidak goyang walau apa pun dugaan yang bakal melanda.

Mudah kan? Dua langkah sahaja. Dan masa yang diperlukan pun hanya beberapa minit.

Reality

1. Sampai pejabat buka screener BOSO kejap, ok nampak kaunter K1. Cantik. Memang ini lah kaunter yang diidamkan. Ranking No 1 pulak tu dalam BOSO hari ni. Mata tak berkedip tengok T-O price, 0.33, 0.335, leka sekejap bila tengok balik eh 0.355. Cantik ni.

Bila tengok anaknya si K1-WC, alahai yang ni lagi cantik. Maknya nampak mengorak langkah nak Gap Up jauh, anaknya pulak baru bertatih-tatih. 0.15...0.155. Check premium nampak ok, expiry date pun ok. Okeh set. Pagi ni BOSO anak. Potong que 08:59am, match 0.155. 

Tengok mak 5 minit buka pun dah terus memecut ke 0.40, kemudian 0.405, u-turn 0.40, 0.395, 0.39, 0.385. Ok boleh dah jual anak ni, supaya boleh teruskan kehidupan dengan tenang. Maka dilepaskan K1-WC pada 0.17. Syukur alhamdulillah 9.7% untuk beberapa minit. Step 1 selesai dengan jayanya.

2. Baru nak buka watchlist Mid Term untuk disauk, terrrnampak pulak kekasih lama (bulan lepas) si HLT. Gap up jugak rupanya. Laju pulak naik ke 0.73. Laju sangat ni. Bukan dalam shortlist Mid Term yang kaji semalam ni. Cuba untuk kuatkan iman menahan godaan. Terrrrrtoleh pula tengok anaknya HLT-WA. Eh. Kenapa jauh sangat beza ni. Kenapa mak dah 0.73 anak baru 0.42? Kalau exercise price 0.20 patut anaknya beza 20 sen je, patut anaknya 0.53. Jauh sangat ni. Check iSaham kejap eh betul la, premium negative ni. Jauh ni. Selamat ni. Ok ni. Boleh sauk ni. Baru siap tekan calculator, tengok-tengok harga dah 0.445. Ok masih jauh lagi. Baru je nak tekan buy sekarang......tiba-tiba telefon berdering pula...

Settle jawab telefon tengok balik harga dah 0.475. Ok maknya dah 0.83. Masih beza banyak. Bismillah dan terus sauk.

Maka Step 2 tak jadi lah macam yang dirancang semalam. Menjelang tengahari HLT-WA berlegar-legar atas 0.60. Alhamdulillah syukur. Rezeki ni. Esok-esoklah kembali ke Mid Term ya.

Isi

Panjang pula pendahuluan untuk entri kali ini.

Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan 'KALAU' membawa dua maksud

1. kata yang menyatakan syarat dan lain-lain
2. sekiranya; seandainya; umpamanya


Hari ni kita nak bincang sikit mengenai 'KALAU' berasaskan definisi No 2. 

Dalam kegembiraan melihat saham HLT-WA limit up pada paras 0.655 petang tadi, 37% di atas harga yang saya beli pada waktu pagi, terpalit sedikit penyesalan apabila tercheck harga K1-WC yang dilepaskan sebelumnya. 

KALAU lah tak jual K1-WC tadi, dah 90% profit dah ni...

Tengok pula ADVENTA, aduh yang ni pun dah tengok dah haritu, dah que dah minggu lepas 1.07 tapi tak match, naik pulak tiga hari dah lebih 100% ni KALAU beli jugak atas sikit.

Aduh CAREPLS pun, dah jual semua haritu 0.915 memang la untung 169% dah, tapi KALAU simpan ni dah 435% dah ni.

Walaupun dalam entri yang lepas saya ada tulis tentang rezeki, bisikan-bisikan KALAU ni tetap jugak hadir. Dengan seronoknya berkongsi dengan kawan-kawan kisah KALAU saya tadi, ada juga hadir sekelumit rasa bersalah. Rasa macam perasaan macam ni salah. Walaupun seronok bercerita tapi rasa macam salah. 

Bila check balik. Memang salah. Macam ada teringat perkataan kalau ni ada kaitan dengan bisikan syaitan. Check punya check jumpa potongan ayat Al Quran dan hadith ni.



Hukum asal menggunakan perkataan “kalau” dan seumpamanya adalah harus. Namun demikian, jika penggunaannya merujuk kepada kekecewaan kerana tidak dapat menerima taqdir Allah SWT, maka ia adalah ungkapan yang dilarang. Ia sebagaimana firman Allah SWT:


أَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَقَالُواْ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ إِذَا ضَرَبُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَوۡ كَانُواْ غُزّى لَّوۡ كَانُواْ عِندَنَا مَا مَاتُواْ وَمَا قُتِلُواْ لِيَجۡعَلَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ حَسۡرَة فِي قُلُوبِهِمۡۗ

 

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. 

(Surah Ali Imran : 156)

 

Baginda SAW turut menjelaskan larangan tersebut menerusi sabdanya:

 

وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

 

Maksudnya: "Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata "kalau" itu membuka pintu amalan syaitan.

(Riwayat Muslim, no. 22664)


Boleh tengok ulasan penuh di sini.

Insaf

Dengan harapan perasaan insaf ini kekal lama, saya nukilkan entri KALAU kali ni. Mungkin ada rakan-rakan pelabur yang tersilap seperti saya. Terutama sekali di waktu sekarang, di waktu saham bersusun-susun mengejar limit up setiap hari. 

Mungkin sesuai digantikan dengan perkataan syukur. Ingat kembali keuntungan-keuntungan yang pernah kita peroleh. Fokus kepada rezeki yang tidak disangka-sangka pernah kita dapat. Anda masih baharu dan belum merasai keuntungan dalam saham sekalipun, sekurang-kurangnya kita diberikan juga sedikit rezeki mengenali dunia saham. 

p/s: Buka akaun CDS saham patuh syariah di sini



Friday 29 May 2020

Cara Membuat Trading Journal Menggunakan Microsoft Excel (Video)

Sebulan ni dua ni femomena luar biasa berlaku dalam bidang saham. Jumlah dagangan di Bursa Malaysia pun dah memecahkan all time high baru-baru ni melebihi 11 bilion dagangan. Ramai juga yang dapat untung luar biasa dan screenshot keuntungan masing-masing menyebabkan ramai juga yang berminat untuk menceburi bidang pelaburan saham. Kesannya, Youtube Channel saya yang dah 3 tahun bersawang pun ada juga yang subscribe

Sebagai menghargai subcriber baharu ni, saya upload satu video. Cara membuat trading journal menggunakan Microsoft Excel. Satu perkara yang mudah nak buat tetapi tak ramai yang rajin untuk buat. Topik yang tak sempat juga saya kupas dalam Kelas Asas Saham dengan panjang lebar. Mungkin video ringkas ini boleh membantu.

Kalau Google template trading journal, memang boleh jumpa, namun mungkin ada yang confuse sebab kebanyakannya berasaskan pasaran di Amerika Syarikat. Jadi kita buat sendiri la ye. Resepi simple beberapa minit je dah siap.


Wednesday 13 May 2020

Bagaimana Nak Cari Kaunter Saham yang Boleh Untung Hingga 200%

Dua hari ni kaunter saham yang termasuk di dalam sektor Coronavirus naik secara mendadak. Sehinggakan salah satu daripadanya, CAREPLS naik secara maksimum (limit up) pada 12 May 2020. Pada 13 May 2020 kenaikan berterusan sehingga mengampiri paras limit up untuk dua hari berturut-turut sebelum kembali turun pada sesi petang. Dengan ini bertebaran lah screenshot keuntungan masing-masing di group saham mahupun di media sosial yang lain berkongsi kegembiraan keuntungan yang banyak.

CAREPLS 13 May 2020

"Boleh masuk lagi ke?" 
"Boleh naik lagi ke?" 
"Macamana nak detect kaunter yang boleh naik macamni?"

Situasi begini kadang-kadang tanpa disedari menimbulkan perasaan FOMO ataupun Fear of Missing Out terutama pada pelabur baharu. Mula tak tentu arah. Habis hilang segala teknik dan strategi yang dipelajari. Gangguan teknikal di beberapa platform saham petang tadi menambah-nambah rasa tak keruan sehingga ada yang tidak dapat memendam lagi rasa marah di hati.

Ada Teknik Rahsia?

Percayalah sebenarnya tidak ada teknik rahsia untuk memilih kaunter yang naik sehingga 100% 200% mahupun sehingga 600%. Caranya tetap sama. Ya sama seperti teknik yang anda biasa gunakan. Tak kira lah sama ada anda gunakan Chart Pattern, MA, RSI, MACD, Ichimoku, Buy on Dip, Buy on Breakout dan lain-lain, saya percaya saham ini pernah trigger apa sahaja signal mengikut strategi yang anda pelajari atau gunakan.

"Tapi saham yang saya pilih tak naik macam ni" "Dah beli tapi tula rugi jual awal sangat" "Dah tengok dah tapi tula tak tekan buy pulak"

Percaya Pada Rezeki

Di bulan Ramadhan ini saya ingatkan diri saya sendiri untuk yakin dengan rezeki. Kalau dapat untung sedikit, bersyukurlah kerana itulah rezeki yang dah ditetapkan untuk kita. Kalau kita mengalami kerugian, yakinlah ada hikmah yang boleh kita pelajari. 

Kekal tenang. 

p/s: saya beli masa saham ini keluar dalam screener BTST, sepatutnya Buy Today Sell Tomorrow, tergerak hati untuk terus simpan dan convert ke Mid Term setelah harga terus naik. memang dah rezeki agaknya. syukur Alhamdulillah.

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini