Monday 10 July 2023

Lyndung Referral Code

Mungkin anda telah terbaca mengenai Lyndung dan beminat untuk mendaftar sebagai ahli Lyndung tetapi tidak mengenali seorang pun ahli Lyndung sedia ada. Jadi bagaimana caranya untuk anda dapatkan Referral Code Lyndung untuk melakukan pendaftaran? Jangan salah faham, anda masih boleh mendaftar sebagai ahli Lyndung walaupun tidak mengisi referral code tersebut. Tetapi sekiranya anda mendaftar menggunakan mod keahlian tahunan, anda layak menerima RM10 bonus dalam bentuk penambahan ke dalam baki Sumbangan Perkongsian (Pocket) anda. Menarik bukan!
Sekiranya anda tidak berjaya menjumpa referral code lain, anda boleh gunakan referral code Lyndung saya untuk melakukan pendaftaran. Isi sahaja shaleh859 di ruangan referral code (if there's any) atau kod referral (jika ada).
Selain daripada itu, anda juga boleh terus melakukan pendaftaran dengan menggunakan link ini, referral code tersebut akan diisi secara automatik. Saya pernah kongsikan mengenai Lyndung di dalam artikel Medical Card Murah Bawah RM100 Dengan Lyndung: Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

Friday 14 April 2023

Medical Card Murah Bawah RM100 Dengan Lyndung: Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

"Ada tak medical card yang murah, kalau boleh bawah RM100"

"Tau bagus, tapi tu la, tak mampu ni"

Ini adalah antara pandangan yang sering saya terima sewaktu menjalankan tugas sebagai perunding Takaful sekitar tahun 2015 hingga 2021 dahulu. Pada waktu itu, sebenarnya rasa agak buntu. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk membantu insan di sekeliling saya. Secara peribadi saya faham betapa pentingnya aspek perlindungan dalam perancangan kewangan yang menyeluruh. Rasa agak tertekan apabila tidak dapat membantu lebih ramai untuk sama-sama memahami kepentingan ini.

Sebagai seorang individu yang memiliki sijil Islamic Financial Planner, terasa pedih apabila ada ahli keluarga sendiri pun tidak mampu untuk memiliki apa jenis perlindungan pun. Kalau diikutkan ingin saja saya menaja atau sponsor ahli keluarga yang kurang berkemampuan, namun jumlah ratusan ringit untuk seorang setiap bulan, ataupun ribuan ringgit untuk seorang setiap tahun merupakan satu jumlah yang diluar keupayaan saya juga.


Bagaimana Lyndung Bermula?

Situasi ini menjadi pencetus kepada pelibatan saya secara serius dalam membangunkan Lyndung sejak penghujung tahun 2021 dahulu. Konsep yang berbeza dengan Insurans dan Takaful, Lyndung mengangkat model perkongsian komuniti sepenuhnya, bahagi sama rata yang lebih hampir dengan konsep khairat, seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita di kampung-kampung satu masa dahulu.

Hasil daripada R&D yang menyeluruh dan libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan, akhirnya Lyndung Sdn Bhd ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Namun ini hanya lah langkah permulaan. Banyak perkara yang harus diperhalusi sebelum Lyndung boleh dilancarkan kepada umum.

Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Alhamdulillah Lyndung berjaya dilancarkan pada 28 Februari 2023. Lyndung hadir sebagai sebuah program yang paling mampu milik di Malaysia. Berhasrat untuk membantu kira-kira 78% daripada rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki apa-apa jenis perlindungan, terutama sekali sekitar 43% daripada mereka yang menyatakan tidak mampu untuk melanggan perlindungan kesihatan.


Bagaimana Lyndung Berfungsi?

Lyndung bukan insurans ataupun takaful. Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan.

Untuk menyertai Komuniti Lyndung, kita hanya perlu membayar yuran keahlian (wakalah) sebanyak RM10 sebulan ataupun RM120 setahun. Yuran keahlian ini adalah yang termurah di pasaran. Dari awal perancangan, memang ini lah tujuan utama. Apabila kita ingin menyelesaikan masalah ketidakmampuan di kalangan masyarakat, penyelesaiannya mestilah mampu milik. 

Setelah menyertai Lyndung, antara manfaat yang boleh ahli perolehi adalah, sekiranya ada antara ahli komuniti yang sakit, bil perubatannya akan dibahagi sama rata dengan kesemua ahli. Mirip dengan konsep khairat yang kita bincangkan tadi.

Sebagai contoh jika bil perubatan adalah RM5,000 dan bilangan ahli adalah 1,000 orang, maka setiap seorang hanya perlu menyumbangkan RM5 sahaja pada bulan tersebut.

Sekiranya tiada siapa-siapa yang sakit pula, maka tiada perkongsian yang diperlukan pada bulan tersebut. Ya perkongsian pada bulan tersebut adalah RM0!.

Berkongsi Secara Sama-Rata


Bagaimana Jika Nilai Perkongsian Tinggi?

Sekiranya bil bulan tersebut tinggi, sebagai contoh bil RM150,000 dan ahli ada 1,000 orang, maka setiap ahli perlu sumbangkan RM150. Dalam kes sebegini, pada bulan tersebut setiap ahli hanya perlu sumbangkan RM50. Baki RM100 itu pula akan di bawa ke bulan-bulan seterusnya. Supaya aliran tunai setiap ahli tidak terganggu. Maksimum perkongsian bulanan dihadkan kepada RM50 sahaja.


Berapa Bayaran Ketika Pendaftaran

Lyndung ada dua jenis keahlian. 

1. Tahunan: RM120 setahun

2. Bulanan: RM10 sebulan


Sewaktu pendaftaran, jika anda memilih jenis keahlian Tahunan, jumlah yang perlu di bayar adalah seperti berikut

1. Yuran Keahlian Tahunan: RM120

2. Sumbangan Perkongsian Awal: RM100

3. Payment Gateway Fees: sekitar RM3-RM5.50


Sumbangan Perkongsian Awal berjumlah RM100 tersebut, boleh dianggap seperti kredit ataupun prepaid. Jika pada bulan seterunya setiap ahli perlu berkongsi RM5 seorang, RM5 ini akan ditolak daripada RM100 ini, dan baki akan menjadi RM95.

Demi menjaga ketelusan program, Sumbangan Perkongsian Awal ini tidak disimpan oleh Lyndung Sdn. Bhd., tetapi dijaga oleh Syarikat Amanah (Trustee) Islam iaitu Amanah Warisan Berhad (AWARIS).

Yuran Keahlian Lyndung Adalah Yang Termurah di Malaysia


Apakah Manfaat Yang Layak Dikongsi?

Antara manfaat utama Lyndung adalah

  • Perkongsian Bil Perubatan sehingga RM1,000,000 setahun
  • Khairat kematian RM5,000
  • Rawatan pesakit luar kanser dan dialisis buah pinggang sehingga RM200,000 sepanjang hayat
  • Bilik rawatan hospital sehigga RM150 sehari
  • Ambulans untuk kecemasan sehingga RM250

Ringkasan Manfaat Program Lyndung


Manfaat penuh yang layak dikongsi dan perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi ada di dalam perkara 7 hingga 8 di dalam Manual Ahli Lyndung.


Siapa Yang Layak Untuk Menyertai Lyndung

Setakat ini, Lyndung terbuka kepada Warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan tiada penyakit sedia ada. Ini hanya syarat sewaktu pendaftaran sahaja. Setelah menjadi ahli dan selagi kita aktif berkongsi, manfaat perkongsian masih boleh dinikmati walaupun umur melebihi 40 tahun.

Syarat Penyertaan Lyndung


Mendemokrasikan Industri Penjagaan Kesihatan di Malaysia

Pelaburan wang, masa dan tenaga yang saya laburkan di Lyndung Sdn. Bhd. ini, tidak sama seperti pelaburan-pelaburan saham lain yang pernah saya lakukan. Kajian fundamental tentang perniagaan ini mengambil masa bertahun sebelum ia boleh dilaksanakan. Pelibatan saya pula sememangnya secara aktif. 

Ini kerana pelaburan kali ini, bukan ingin mencapai keuntungan dalam bentuk wang ringgit. Tetapi ingin mencapai perkara yang lebih besar, menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang. Usaha ini dilakukan untuk mendemokrasikan industri penjagaan kesihatan di Malaysia.

Mari sertai usaha murni ini dengan menyertai Komuniti Lyndung. Jika tidak melepasi syarat penyertaan, kongsikan tentang Lyndung kepada mereka yang memerlukan. Layari laman web Lyndung di lyndung.my










Friday 14 August 2020

Cara Menggunakan BTST Screener iSaham untuk Teknik Buy Today Sell Tomorrow

Sejak blog ini mula ditulis sekitar 5 tahun lepas, entri yang mendapat bacaan tertinggi masih lagi entri bertajuk Cara Scan Kaunter Saham untuk Dibeli. Dalam entri tersebut ada saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk mencari saham-saham yang berpotensi untuk meneruskan momentum kenaikan pada hari berikutnya.

Namun pada ketika ini, saya tidak lagi menggunakan cara manual tersebut. Sekiranya saya berminat untuk menggunakan strategi Buy Today Sell Tomorrow, atau lebih dikenali sebagai BTST, saya terus menggunakan BTST Screener yang ada di iSaham.my

BTST seperti namanya dianggap sebagai satu teknik yang pantas. Beli hari ni (petang) jual esok (pagi). Sepenuhnya melihat kriteria teknikal, tidak mengambil kira fundamental syarikat. Teknik pantas seperti ini semestinya risiko kerugian juga pantas seandainya pada waktu penggunaan ianya tidak menjadi.

Cara Menggunakan BTST Screener

Cara menggunakannya screener ini sebenarnya sangat mudah

1. Buka BTST Screener sekitar jam 4 petang.

2. Boleh pilih saham yang mempunyai track record BTST yang baik i.e. Previous Accuracy yang tertinggi

3. EntryPrice (EP) atau beli 1 bid di bawah intraday high, atau jangan lebih daripada harga Max Entry

5. Target Price (TP) atau jual 2 bid lebih tinggi daripada EP, ataupun sekitar 2.5% lebih tinggi daripada EP.

6. Sekiranya tidak menjadi Cut Loss pada 2 bid lebih rendah daripada EP, ataupun 2.5% lebih rendah daripada EP


Senario Tambahan

Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku beberapa senario tambahan seperti berikut

1. Lepas beli guna BTST, saham tersebut terus hilang daripada screener.

Boleh terus ikut rule asal BTST untuk jual pada hari esoknya, atau cut loss sekiranya jatuh lebih 2.5% daripada EP

2. Theoretical Open (TO) price esok harga terus gap up lebih daripada TP (2.5%)

Boleh set Stop Limit pada harga TO, dan terus ride kenaikan sekiranya saham tersebut terus terbang tinggi. Dalam situasi saham terbang tinggi, boleh sekiranya kita ingin tukar strategi daripada Super Short Term kepada Short Term atau Mid Term.

3. Harga tak bergerak naik melepasi TP, dan tak juga turun melepasi CL

Ini juga dianggap tidak berapa menjadi, boleh tunggu hingga sekitar 10:30 pagi, dan lepaskan pegangan pada harga pada waktu itu. Sekiranya strategi tak menjadi, jangan sekali-kali kita ubah strategi daripada Super Short Term kepada Mid Term. Tukar strategi hanya ketika kita berada dalam keuntungan.

BTST merupakan screener premium iSaham. Jangan risau walaupun premium, anda masih boleh mendapat akses kepada premium screener ini secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham. Boleh buka akaun tersebut dengan klik link ini.

Jom tonton video tutorial di bawah untuk mendengar penearangan lanjut mengenai screener ini... dan jangan lupa Subscribe ya.


 

Monday 10 August 2020

Bagaimana Nak Scan Kaunter Saham Menggunakan Teori The Wyckoff Method?

Richard Wyckoff adalah antara ikon awal dalam bidang Technical Analysis. Terkenal dengan teori Wyckoff Price Cycle merangkumi Accumulation, Mark up, Distribution dan Mark Down, Wyckoff Method juga cukup diminati oleh trader yang sofistikated. 

Mendalami ilmu Wyckoff Method ni memang seronok. Cuma cabaran utama bagi mereka yang khatam ilmu Wyckoff ini adalah untuk mencari saham-saham yang memenuhi kriteria fasa-fasa menarik seperti penghujung Accumulation

Smart Money Screener 

Smart Money Screener di adaptasi daripada teori Wyckoff Method ataupun menepati juga teori Volume Spread Analysis. Sekiranya anda inginkan cara mudah untuk scan atau filter saham-saham yang memenuhi kriteria teori yang disebutkan tadi, boleh terokai screener yang dipanggil Smart Money Screener ini. Boleh juga tonton video tutorial penggunaan iSaham Smart Money Screener di bawah.



Wednesday 22 July 2020

Apa Nak Buat Kalau Saham Yang Pernah Dibeli Jatuh Banyak Sangat?

Baru-baru ada kawan yang bertanya, dia pernah beli saham SAPNRG dulu, tapi sekarang dah rugi 90%. Walaupun jumlah yang dibeli tidak terlalu banyak, pedihnya masih terasa kerana sehingga kini beliau sekali-sekala termenung tengok satu-satunya saham yang dipegang. Tak tahu apa nak buat.

Janganlah kita tanya kenapa jadi macamtu, kenapa tak cut loss dulu?, kenapa simpan lagi?. Mungkin semakin kita tanya semakin pedih ulu hati beliau mengenangkan apa yang telah terjadi. Mungkin pembelian dahulu dilakukan tanpa mengikut apa-apa strategi saham. Mungkin pembelian dilakukan berpandukan khabar angin yang indah-indah. Mungkin beliau tak pernah tahu tentang Cut Loss. Mungkin beliau percaya saham ini pasti akan kembali bangkit satu hari nanti, mungkin lagi setahun, mungkin lagi 10 tahun, ataupun 100 tahun lagi.

Persoalan yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah 

Soalan 1. Apa yang kita boleh buat sekarang? 
Soalan 2. Bagaimana untuk elakkan sejarah seperti ini berulang kembali?


Untuk menjawab soalan pertama, ada 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan.

Cadangan 1. Jual dan Mulakan Hidup Baharu

Cadangan ni memang susah untuk dilaksanakan. Tak ramai orang boleh akui kesilapan dan terima kekalahan walaupun silapnya mungkin disebabkan oleh diri sendiri. Bagi yang boleh terima kekalahan, cadangan ini boleh dipertimbangkan.

Cadangan 2: Gunakan Technical Analysis untuk Jual Pada Harga Lebih Baik

Untuk jual dengan keuntungan mungkin hampir mustahil untuk contoh saham yang sedang kita bincangkan. Namun bagi mereka yang telah belajar sedikit ilmu Technical Analysis, boleh aplikasikan ilmu tersebut untuk menjual saham ini pada harga yang lebih baik daripada harga sekarang. Boleh pertimbangkan untuk lakukan penjualan apabila saham ini rebound ke paras resistance terhampir. Ataupun simpan sahaja selagi saham ini tidak pecah menembusi harga support semasa.

Cadangan 3: Cari Modal Tambahan Dan Bina Portfolio Baharu Dengan Strategi Yang Betul

Yang dulu biarlah berlalu, sediakan sedikit modal lain untuk bina portfolio yang baharu. Kali ini lakukan pembelian saham dengan strategi yang betul. Selain daripada membeli dengan strategi yang betul, paling penting adalah untuk kita kawal risiko kerugian dengan menetapkan cut loss yang boleh kita terima sebelum pembelian dilakukan. Seandainya masih lagi tersilap pilih, kita masih ada modal yang baik untuk lakukan pembelian yang lain. Dalam saham memang niat kita untuk mencari keuntungan, namun sebenarnya ada perkara yang jauh lebih penting daripada itu, protect modal kita dengan disiplin menjaga cut loss. Gunakan langkah ini untuk elakkan sejarah buruk seperti ini berulang kembali.






Wednesday 15 July 2020

Bagaimana Cara Untuk Melabur Dengan Modal Hanya RM100? atau RM10?

Modal RM10: BEST by BIMB Investment

Sebelum ni saya kurang gemar melabur dalam unit trust menggunakan duit tunai. Antara punca utamanya adalah kerana sales charge yang dikenakan agak tinggi, mencecah 5.5% untuk setiap pelaburan. Rupanya sekarang ini BIMB Investment mengorak langkah luar biasa, memperkenalkan pelaburan unit trust menggukan aplikasi yang dinamakan BEST. Ye install dekat phone je. Senang kan?

Mula-mula macam tak percaya, bila dah cuba memang betul zero sales charge, dan boleh mulakan pelaburan dengan hanya RM10. Hanya install apps, daftar, dan boleh terus invest. Masukkan duit pun macam order makanan dekat Foodpanda je. Add to cart dan proceed untuk bayar menggunakan FPX (online banking).

Saya rasa BEST ni kepada yang ingin diversify pelaburan mereka. Macam saya, disebabkan saya melabur terus di Bursa Malaysia, jadi saya gunakan BEST untuk melabur dalam dana Sukuk. Ekuiti tu takpelah sebab saya labur sendiri je di Bursa Malaysia.

Selain daripada itu, saya juga rasa BEST ni sesuai untuk mereka yang dah lamaaaa berniat nak 'menyimpan' atau melabur, tetapi asyik bertangguh atas alasan modal masih belum cukup. Nah dengan BEST ni RM10 pun dah boleh mulakan pelaburan. Tak seperti unit trust lain yang kebanyakannya memerlukan modal permulaan RM1,000.

Modal RM100: Wahed Invest

Wahed Invest ni mungkin dah ramai yang tahu. Konsep Wahed Invest lebih kurang macam unit trust, cuma Wahed Invest ni laburkan duit kita dengan membeli ETF. Walaupun kita boleh beli ETF secara terus di Bursa Malaysia, kelebihan Wahed Invest adalah kita boleh lakukan transaksi dengan hanya RM100, tanpa brokerage fee. Sekiranya anda ingin membeli dengan jumlah yang kecil seperti RM100, Wahed Invest dilihat lebih praktikal. Yuran tahunan sekitar 0.79% juga dilihat munasabah. Terutama sekali bagi mereka yang melakukan banyak transaksi selama setahun, melabur secara bulanan misalnya.

Wahed Invest juga sudah membenarkan kita untuk memiliki 2 portfolio berbeza (menggunakan 2 email berbeza). Sekiranya anda ingin mendapat exposure dalam pelaburan emas, tetapi dengan modal yang kecil, boleh juga pilih portolio Gold. Maka pelaburan anda hanya dilaburkan dalam ETF Gold. Konsep diversification juga boleh dicapai dengan Wahed Invest.

Kepada yang baru nak buka akaun Wahed Invest, boleh install sahaja aplikasi Wahed Invest di phone masing-masing. Waktu pendaftaran (buka akaun), boleh masukkan referral code SHASAL22 untuk anda mendapat bonus RM10 setelah anda memasukkan deposit RM100 ke dalam akaun Wahed Invest anda nanti.


Cadangan untuk diversify pelaburan anda

Labur saham di Bursa Malaysia (buka akaun CDS)

Labur sukuk di BEST

Labur ETF US Stocks di Wahed Invest

Labur ETF Gold di Wahed Invest


Monday 13 July 2020

Cara Menggunakan KLSE Journal, Online Trading Journal Pelaburan Saham

Bulan lepas saya ada kongsikan cara untuk membina trading journal sendiri dengan menggunakan Microsoft Excel. Mungkin ada yang bertanya, ada tak cari yang lebih mudah untuk rekodkan trading yang kita buat? Sekarang dah ada jawapannya. Anda boleh explore klsejournal.com 

Trading Journal ini sesuai untuk pelabur baharu ataupun bakal pelabur yang masih belum mempunyai akaun CDS, ataupun masih belum berani trade menggunakan duit sebenar. Pada yang sedang menunggu akaun CDS siap juga, boleh gunakan trading journal ini untuk mengasah skil memilih saham sebelum akaun CDS sebenar anda siap.

Jom tonton video tutorial ini