Wednesday 8 June 2016

Projek RM100K Dalam Masa 20 Bulan Melalui Pasaran Saham

Bagi memastikan saya terus serius dalam pelaburan di pasaran saham, saya bertekad untuk meletakkan satu sasaran yang mengiurkan untuk saya capai. RM100K dalam masa 20 bulan, ataupun sehingga penghujung tahun 2017 merupakan sasaran baru yang saya tetapkan. Memandangkan modal permulaan saya kecil dan saya juga tidak setuju dengan konsep meminjam untuk melabur, cara terbaik yang dapat saya fikirkan buat masa ini adalah dengan mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan saya untuk dilaburkan secara konsisten. 

Saya bermula dengan RM1,000 pada bulan pertama (penghujung bulan Mei lepas) dan setiap bulan berikutnya saya akan menambah pelaburan sebanyak RM1,500- RM3,500 setiap bulan secara konsisten.


Sekiranya saya hanya menyimpan dengan penuh disiplin mengikut perancangan di atas, sehingga penghujung 2017 saya akan dapat mengumpul simpanan sebanyak RM48,000 (column D). Untuk mencapai sasaran RM100K pada Disember 2017, portfolio pelaburan saya perlu berkembang sebanyak sekurang-kurangnya 8% setiap bulan. Sekiranya situasi ini berlaku, saya akan dapat mengumpul sebanyak RM104,034 dalam tempoh waktu yang sama (column E). Ya saya setuju. Sasaran 8% setiap bulan ini adalah sangat ambitious. Namun secara peribadi sasaran mengiurkan sebegini akan menjadikan saya lebih teruja untuk mencapainya. 

Column H saya sediakan khusus untuk menilai prestasi peribadi saya. Seandainya nilai portfolio semasa saya melebih ataupun sama dengan sasaran (column E), kotak tersebut akan berwarna hijau. Jika sebaliknya berlaku kotak tersebut akan berwarna merah.

Jumlah tambahan bulanan (column C) dibuat berdasarkan kira-kira kasar yang mampu saya asingkan untuk pelaburan sepanjang 20 bulan mendatang. Disebabkan situasi sebenar setiap bulan tidak dapat saya jangkakan, jumlah sebenar yang saya masukkan ke dalam trust account untuk dilaburkan akan saya rekodkan di column F. Sebagai contoh pada bulan pertama, sepatutnya saya masukkan RM1,000 tetapi saya mengelat sedikit dengan memasukkan lebih RM100 untuk memberi motivasi tambahan kepada diri.



Kaunter pertama saya beli untuk projek ini adalah Acostec pada harga 0.825 dan jual semula pada harga 0.805 pada hari yang sama, 27.5 dengan kerugian RM43.59. Kemudian saya membeli Dufu pada harga 0.525 pada 31.5 dan masih memegang saham tersebut sehingga hari ini (harga terkini 0.590).

Perjalanan masih jauh. Harapan saya semoga pasaran semakin cantik untuk tempoh yang mendatang. Best case scenario, saya akan berjaya mencapai sasaran RM100K. Dari segi risk tolerance pula, saya masih tersenyum seandainya pada penghujung 2017 saya masih dapat selamatkan sekitar 80% daripada jumlah capital yang dilaburkan. Memandangkan risk tolerance saya tidak begitu tinggi, strategi saya pastinya lebih berhati-hati. 



3 comments:

  1. Tuan ada fb, or wadah lain untuk diikuti... saya pun baru sgt blajar ..

    ReplyDelete
  2. Tuan ada fb, or wadah lain untuk diikuti... saya pun baru sgt blajar ..

    ReplyDelete
  3. dian radzi boleh add saya di fb Bullish Bursa

    ReplyDelete