Saturday 18 June 2016

Value Investing

Value Investing merupakan satu strategi memilih kaunter saham yang berada di dalam kategori undervalued, ataupun harga semasa saham tersebut lebih rendah daripada intrinsic value.

Ramai pelabur-pelabur baru yang salah faham dalam menilai mahal atau murahnya harga sesuatu saham. Kesilapan paling umum adalah dengan hanya melihat kepada harga saham tersebut. Sebagai contoh saham SYF yang berharga RM0.575 berbanding SHH yang berharga RM1.91, mana satu lebih 'murah'?

Harga vs Nilai

Sebagai pelabur kita tidak boleh melihat kepada harga semata-mata. Sebaliknya apa yang perlu kita ambil kira adalah nilai sebenar saham tersebut. Matlamat utama dalam value investing adalah mencari saham-saham yang mempunyai harga terkini jauh lebih rendah daripada nilai sebenar saham tersebut. Dan saham-saham inilah yang sebenarnya dikatakan 'murah'. Di sinilah perlunya sedikit ilmu mengenai Fundamental Analysis.

Dalam menentukan nilai sebenar sesuatu saham, banyak cara ataupun teknik yang boleh digunapakai. Antara cara yang terkenal adalah Discounted Cashflow Method (DCF) and Discounted Dividend Model (DDM).

Saya akui formula dan pengiraan untuk mementukan nilai sebenar saham melalui teknik-teknik yang disebutkan tadi agak kompleks. Namun sekarang kita tak perlu bersusah payah untuk melakukan kiraan sendiri, sudah ada pakar yang membuat coding berdasarkan fomula-formula tersebut, dan berkongsi hasil formula tersebut di laman web beliau.

iSaham Stock Screener



Saya cadangkan anda layari sendiri laman web iSaham.my. Yang paling saya suka mengenai iSaham adalah ranking  yang disusun mengikut keputusan analisis fundamental dan juga teknikal. Konsep ini sememangnya memudahkan pelabur untuk membuat pilihan saham mana yang sesuai dibeli mengikut selera masing-masing.

Khamis lepas saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Anas, pengasas laman web iSaham ini. Sempat juga kami berbincang mengenai cadangan saya supaya iSaham menambahkan ranking untuk undervalued warrant dan juga maklumat mengenai Enterprise Multiple (=Enterprise Value/EBITDA).

Berbalik kepada soalan mengenai SYF dan SHH tadi, di bawah ini saya kongsikan screenshot mengenai Fair Value untuk kedua-dua stock ini yang saya peroleh melalui iSaham.

SYF

SHH
Melalui perbandingan di atas, harga kedua-dua SYF dan SHH sememangnya lebih rendah daripada Fair Value masing-masing. RM0.575 vs RM0.645 dan RM1.91 vs RM2.70. Kedua-duanya masih 'murah'. Namun sekiranya saya perlu memilih antara dua, sedikit analisis tambahan diperlukan.

Fundamental Analisis Pilihan Saya

SYF SHH
Price 0.575 1.91
PE Ratio 9 6
Debt/Equity Ratio 0.79 0.21
Earning Yield 11.96% 15.35%
FCF Yield -10.85% 17.07%
ROE 14.42% 17.04%
ROIC 10.45% 17%

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunapakai untuk menilai murah atau mahalnya sesuatu saham tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat kepada PE Ratio ataupun Price/Earning ratio. Dalam kes ini, walaupun SHH kini berharga RM1.91, namun jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat (menggunakan PE ratio), sebenarnya jauh lebih rendah berbanding SYF. 

Jadual di atas merupakan beberapa ratio yang saya gunakan untuk memilih saham-saham yang undervalued. Secara ringkasnya saya selalu melihat kepada saham-saham yang mempunyai
  • PE Ratio yang rendah (bawah 10)
  • Debt/Equity yang rendah (bawah 1.0)
  • Earning Yield yang tinggi
  • FCF Yield yang tinggi
  • Return of Equity, ROE yang tinggi
  • Return on Invested Capital, ROIC, ratio keuntungan yang tinggi
Teruskan belajar. Saya pasti anda juga akan memiliki teknik memilih kaunter saham tersendiri. 

p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini

No comments:

Post a Comment