Wednesday 22 July 2020

Apa Nak Buat Kalau Saham Yang Pernah Dibeli Jatuh Banyak Sangat?

Baru-baru ada kawan yang bertanya, dia pernah beli saham SAPNRG dulu, tapi sekarang dah rugi 90%. Walaupun jumlah yang dibeli tidak terlalu banyak, pedihnya masih terasa kerana sehingga kini beliau sekali-sekala termenung tengok satu-satunya saham yang dipegang. Tak tahu apa nak buat.

Janganlah kita tanya kenapa jadi macamtu, kenapa tak cut loss dulu?, kenapa simpan lagi?. Mungkin semakin kita tanya semakin pedih ulu hati beliau mengenangkan apa yang telah terjadi. Mungkin pembelian dahulu dilakukan tanpa mengikut apa-apa strategi saham. Mungkin pembelian dilakukan berpandukan khabar angin yang indah-indah. Mungkin beliau tak pernah tahu tentang Cut Loss. Mungkin beliau percaya saham ini pasti akan kembali bangkit satu hari nanti, mungkin lagi setahun, mungkin lagi 10 tahun, ataupun 100 tahun lagi.

Persoalan yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah 

Soalan 1. Apa yang kita boleh buat sekarang? 
Soalan 2. Bagaimana untuk elakkan sejarah seperti ini berulang kembali?


Untuk menjawab soalan pertama, ada 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan.

Cadangan 1. Jual dan Mulakan Hidup Baharu

Cadangan ni memang susah untuk dilaksanakan. Tak ramai orang boleh akui kesilapan dan terima kekalahan walaupun silapnya mungkin disebabkan oleh diri sendiri. Bagi yang boleh terima kekalahan, cadangan ini boleh dipertimbangkan.

Cadangan 2: Gunakan Technical Analysis untuk Jual Pada Harga Lebih Baik

Untuk jual dengan keuntungan mungkin hampir mustahil untuk contoh saham yang sedang kita bincangkan. Namun bagi mereka yang telah belajar sedikit ilmu Technical Analysis, boleh aplikasikan ilmu tersebut untuk menjual saham ini pada harga yang lebih baik daripada harga sekarang. Boleh pertimbangkan untuk lakukan penjualan apabila saham ini rebound ke paras resistance terhampir. Ataupun simpan sahaja selagi saham ini tidak pecah menembusi harga support semasa.

Cadangan 3: Cari Modal Tambahan Dan Bina Portfolio Baharu Dengan Strategi Yang Betul

Yang dulu biarlah berlalu, sediakan sedikit modal lain untuk bina portfolio yang baharu. Kali ini lakukan pembelian saham dengan strategi yang betul. Selain daripada membeli dengan strategi yang betul, paling penting adalah untuk kita kawal risiko kerugian dengan menetapkan cut loss yang boleh kita terima sebelum pembelian dilakukan. Seandainya masih lagi tersilap pilih, kita masih ada modal yang baik untuk lakukan pembelian yang lain. Dalam saham memang niat kita untuk mencari keuntungan, namun sebenarnya ada perkara yang jauh lebih penting daripada itu, protect modal kita dengan disiplin menjaga cut loss. Gunakan langkah ini untuk elakkan sejarah buruk seperti ini berulang kembali.






Wednesday 15 July 2020

Bagaimana Cara Untuk Melabur Dengan Modal Hanya RM100? atau RM10?

Modal RM10: BEST by BIMB Investment

Sebelum ni saya kurang gemar melabur dalam unit trust menggunakan duit tunai. Antara punca utamanya adalah kerana sales charge yang dikenakan agak tinggi, mencecah 5.5% untuk setiap pelaburan. Rupanya sekarang ini BIMB Investment mengorak langkah luar biasa, memperkenalkan pelaburan unit trust menggukan aplikasi yang dinamakan BEST. Ye install dekat phone je. Senang kan?

Mula-mula macam tak percaya, bila dah cuba memang betul zero sales charge, dan boleh mulakan pelaburan dengan hanya RM10. Hanya install apps, daftar, dan boleh terus invest. Masukkan duit pun macam order makanan dekat Foodpanda je. Add to cart dan proceed untuk bayar menggunakan FPX (online banking).

Saya rasa BEST ni kepada yang ingin diversify pelaburan mereka. Macam saya, disebabkan saya melabur terus di Bursa Malaysia, jadi saya gunakan BEST untuk melabur dalam dana Sukuk. Ekuiti tu takpelah sebab saya labur sendiri je di Bursa Malaysia.

Selain daripada itu, saya juga rasa BEST ni sesuai untuk mereka yang dah lamaaaa berniat nak 'menyimpan' atau melabur, tetapi asyik bertangguh atas alasan modal masih belum cukup. Nah dengan BEST ni RM10 pun dah boleh mulakan pelaburan. Tak seperti unit trust lain yang kebanyakannya memerlukan modal permulaan RM1,000.

Modal RM100: Wahed Invest

Wahed Invest ni mungkin dah ramai yang tahu. Konsep Wahed Invest lebih kurang macam unit trust, cuma Wahed Invest ni laburkan duit kita dengan membeli ETF. Walaupun kita boleh beli ETF secara terus di Bursa Malaysia, kelebihan Wahed Invest adalah kita boleh lakukan transaksi dengan hanya RM100, tanpa brokerage fee. Sekiranya anda ingin membeli dengan jumlah yang kecil seperti RM100, Wahed Invest dilihat lebih praktikal. Yuran tahunan sekitar 0.79% juga dilihat munasabah. Terutama sekali bagi mereka yang melakukan banyak transaksi selama setahun, melabur secara bulanan misalnya.

Wahed Invest juga sudah membenarkan kita untuk memiliki 2 portfolio berbeza (menggunakan 2 email berbeza). Sekiranya anda ingin mendapat exposure dalam pelaburan emas, tetapi dengan modal yang kecil, boleh juga pilih portolio Gold. Maka pelaburan anda hanya dilaburkan dalam ETF Gold. Konsep diversification juga boleh dicapai dengan Wahed Invest.

Kepada yang baru nak buka akaun Wahed Invest, boleh install sahaja aplikasi Wahed Invest di phone masing-masing. Waktu pendaftaran (buka akaun), boleh masukkan referral code SHASAL22 untuk anda mendapat bonus RM10 setelah anda memasukkan deposit RM100 ke dalam akaun Wahed Invest anda nanti.


Cadangan untuk diversify pelaburan anda

Labur saham di Bursa Malaysia (buka akaun CDS)

Labur sukuk di BEST

Labur ETF US Stocks di Wahed Invest

Labur ETF Gold di Wahed Invest


Monday 13 July 2020

Cara Menggunakan KLSE Journal, Online Trading Journal Pelaburan Saham

Bulan lepas saya ada kongsikan cara untuk membina trading journal sendiri dengan menggunakan Microsoft Excel. Mungkin ada yang bertanya, ada tak cari yang lebih mudah untuk rekodkan trading yang kita buat? Sekarang dah ada jawapannya. Anda boleh explore klsejournal.com 

Trading Journal ini sesuai untuk pelabur baharu ataupun bakal pelabur yang masih belum mempunyai akaun CDS, ataupun masih belum berani trade menggunakan duit sebenar. Pada yang sedang menunggu akaun CDS siap juga, boleh gunakan trading journal ini untuk mengasah skil memilih saham sebelum akaun CDS sebenar anda siap.

Jom tonton video tutorial ini


Sunday 5 July 2020

Cara Nak Buat Paper Trade Menggunakan BursaMKTPLC


Mungkin ada di sini yang telah pun menghadiri mana-mana kelas pelaburan saham dan seterusnya bersemangat untuk buka akaun CDS. Tetapi, lambat pula akaun CDS nak siap. Maka semangat yang berkobar-kobar tadi pun semakin sejuk.

Sebenarnya walaupun akaun CDS masih belum siap, anda dah boleh mulakan langkah untuk mengasah skil memilih saham. Biasanya dipanggil Paper Trade, ataupun trade olok-olok, ataupun trade menggunakan demo account. Sementara semangat masih membara, strategi yang dikongsikan dalam kelas saham tersebut masih segar dalam ingatan, jangan sia-siakan ilmu yang telah kita pelajari. Boleh teruskan dengan paper trade dahulu.

Sebelum ni saya pernah buat video tutorial paper trade menggunakan investing.com dan cara old school menggunakan Microsoft Excel. Kali ini saya kongsikan tutorial untuk paper trade menggunakan BursaMKTPLC ataupun Bursamarketplace.

Boleh saksikan video ini. Jangan lupa subscribe ya!