Saturday 25 March 2017

Digital Free Trade Zone dan Jack Ma: Takkan nak tengok je?

YAB PM dan Jack Ma
Sepanjang minggu lepas pasaran saham Bursa Malaysia begitu aktif dengan pelibatan dana pelaburan asing. Pelabur asing telah menjadi net buyer sepanjang 6 minggu berturut-turut dan mencatat jumlah tertinggi pada 17 Mac lepas dengan dana melebihi RM5 bilion.


Sentimen positif ini ditambah lagi dengan berita pada hari Rabu lepas (22 Mac 2017) apabila Digital Free Trade Zone telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bukan itu sahaja, Alibaba turut mengumumkan akan membuka e-hub yang pertama di luar China dan pilihan nya adalah Malaysia. Berita ini mengejutkan banyak pihak dan dilihat sebagai perkembangan yang sangat positif untuk Malaysia.

Good news ke ni?

Namun bagi saya positif, hebat, besar, mega ataupun tidak sesuatu pengumuman itu, bergantung kepada siapa yang mendengarnya. Peniaga-peniaga online merasakan berita ini pasti bagus untuk mereka. Ye la Jack Ma buka perniagaan di Malaysia kot, takkan lah tak bagus. Disebabkan ini bukan kepakaran saya, saya tinggalkan sahaja perkara ini untuk difikir dan dibahaskan oleh rakan-rakan yang aktif dalam perniagaan secara online.

Sebagai pelabur saham, sepanjang minggu lepas pelbagai khabar angin keluar mengenai syarikat-syarikat yang akan mendapat faedah secara langsung melalui pengumuman ini. Saham-saham bertemakan teknologi, kurier dan logistik mendapat tumpuan yang hebat.

Kurier

Kerana berdasarkan logik akal sekiranya e-commerce berkembang pesat di Malaysia, syarikat kurier pasti tak menang tangan untuk menghantar barang-barang terus kepada pengguna dan semestinya meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat tersebut. Cuba lihat POS

Pos: Uptrend sejak setahun yang lepas

Teknologi

Semakin rancak dunia e-commerce, semakin banyak juga transaksi atas talian dilakukan. Mungkin ada baiknya jika anda kaji syarikat-syarikat yang terlibat dengan sistem e-payment. GHLSYS misalnya.

GHLSYS
Logistik

Disebabkan e-commerce dan logistik hub ini akan dibina di Aeropolis Malaysia, juga menarik untuk kita kaji kesannya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (non-shariah).

Airport

Contoh-contoh yang saya berikan tadi bukanlah bermaksud ianya sebagai satu buy call untuk anda terus membeli saham-saham tersebut. Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, pelaburan saham itu sebenarnya sangat mudah. Berdasarkan pemerhatian anda juga, boleh tahu industri atau syrikat mana yang akan berkembang dengan pesat.

Monday 6 March 2017

Minyak dan Dialog

Crude oil menunjukkan trend sedikit menaik sepanjang tiga bulan lepas dan sekaligus menarik minat saya untuk mendekati saham-saham di dalam kategori minyak dan gas. Skpetro pastinya yang pertama terlintas difikiran. Skpetro telahpun naik dengan mantap dari RM1.40 pada penghujung Disember 2016 ke RM1.99 pada hari ini, membuatkan saya mencari alternatif lain.

Crude Oil

Dalam mencari alternatif, saya diperkenalkan dengan saham Dialog dalam seminar iSaham yang berlangsung baru-baru ini. Apa yang menarik minat saya adalah Dialog pada ketika ini mengalami sedikit retracement/correction daripada harga RM1.70 yang dicatat pada 27 Februari 2017. Saya lihat ini sebagai satu peluang untuk membeli saham ini untuk pegangan mid-term sekiranya trend crude oil terus menaik selepas ini.

Fundamental Analysis

Fundamental Overview untuk Dialog

Minus point: Fair Value jauh lebih rendah berbanding harga terkini

Plus point: Profit dan Revenue dalam trend menaik


Secara umumnya fundamental Dialog tidaklah begitu cemerlang. Minus point untuk Dialog adalah PE ratio yang agak tinggi. Plus point pula adalah DE ratio kurang daripada 1 dan ROE & ROIC yang lebih daripada 10%. EPS juga lebih baik berbanding tahun lepas. Kemungkinan disebabkan oleh harga crude oil yang berada dalam trend menaik sepanjang tahun lepas.


Technical Analysis

Retracement ke paras support RM1.65
Bagi mereka yang menggunapakai strategi buy on dips, Dialog dilihat berada pada posisi terbaik pada hari ini. Harga RM1.65/RM1.66 dilihat sebagai support yang agak kukuh sekiranya Dialog membuat keputusan untuk meneruskan wave menaik untuk kembali ke paras RM1.70 ataupun lebih.

Seandainya percaturan ini silap, RM1.61 adalah support yang seterusnya.

Adakah Dialog boleh meroket selepas T+7 pada Rabu ini? Sama-sama kita nantikan.