Sebenarnya terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk melakukan scan atau memilih kaunter saham untuk dibeli dalam waktu-waktu tertentu. Hari ini saya akan berkongsi cara saya melakukan scan. Memandangkan strategi saya buat masa ini adalah 50% invest dan 50% trading, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk kedua-dua strategi tersebut.
1. Scan Kaunter Saham untuk Invest
Dalam memilih kaunter saham berkualiti untuk saya invest, saya menggunakan Fundamental Analysis sebagai panduan. Saya telah kongsikan teknik yang saya gunapakai dalam entri ku khianati diri sendiri, namun hari ini saya kongsikan semula secara step by step supaya lebih mudah dijadikan panduan oleh pelabur baru.
1.1 Buka laman web iSaham Stock Screener
1.2 Klik pada Screeners dan kemudian klik List all screeners
1.3 Buat masa ini, anda dapat lihat 13 jenis screener di bawah kategori Fundamental termasuklah Value Screeners dan Dividend Screeners.
1.4 iSaham telah memberikan score dan melakukan ranking terhadap kaunter saham berdasarkan formula berkaitan untuk setiap kategori. Kebiasannya saya akan lihat setiap kategori untuk memilih saham yang menarik untuk saya invest. Memang banyak masa saya luangkan untuk memilih saham terbaik untuk saya invest. Disebabkan saya berniat untuk invest bagi tempoh masa yang panjang, tidak salah untuk luangkan lebih masa melakukan analisis secara Fundamental seperti ini.
1.5 Seterusnya saya check sama ada saham yang saya 'jumpa' melalui screening iSaham memenuhi 8 kriteria Fundamental yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini Sebagai contoh kita ikuti analisis untuk kaunter Jaycorp.
1.5.1 Harga saham Jaycorp RM1.05, Fair Value RM1.75, MOS = RM1.05/RM1.75 = 60% (kurang daripada 2/3 ataupun 66.67%) OK
1.5.2 PE Ratio 8 (kurang daripada 10) OK
1.5.3 PEG 0.42 (kurang daripada 1) OK
1.5.4 Harga saham RM1.05, NTA RM1.02 (harga saham melebihi NTA) NOT OK
1.5.5 DE Ratio 0.39 (kurang daripada 1) OK
1.5.6 Current Ratio 2.12 (lebih daripada 2) OK
1.5.7 Dividend Yield 4.07% (lebih daripada 3%) OK
1.5.8 EPS YOY 125.48% (tinggi berbanding tahun lepas) OK
1.6 Berdasarkan guideline di atas, Jarcorp memenuhi 7/8 kriteria, boleh ulang semula step tadi untuk mencari kaunter saham yang memenuhi 8/8 kriteria. Untuk contoh kali ini, kita teruskan ke langkah seterusnya. Secara peribadi 7/8 sudah cukup baik bagi saya.
Seterusnya saya akan buka ChartNexus dan lihat chart Jaycorp untuk membuat anggaran waktu terbaik untuk membeli saham ini
Jaycorp dilihat dalam keadaan sideways. Support pada RM1 dan resistance pada RM1.10. Dalam keadaan ini saya tidak perlu terburu-buru melakukan pembelian. Sekiranya harga Jaycop selepas ini turun, boleh tunggu di paras RM1 untuk lakukan pembelian. Pada harga ini juga, Jaycorp secara automatik akan memenuhi 8/8 kriteria yang disenaraikan tadi, kerana harga tersebut di bawah paras NTA iaitu RM1.02, maka kriteria 1.5.4 akan dipenuhi. Sekiranya Jaycorp terus menaik, harga di atas RM1.10 boleh dipertimbangkan.
1.7 Untuk menjual, terpulang kepada anda. Penjualan boleh dilakukan sekiranya harga saham tersebut mencecah paras keuntungan yang okay bagi anda. Bagi saya, saya gunakan Fair Price sebagai rujukan. Saya simpan saham telah dipilih sehingga saham tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai undervalued.
2. Scan Kaunter Saham Untuk Trading
Teknik untuk scan kaunter saham untuk tujuan trading sangat banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Bergantung kepada selera masing-masing. Setakat ini, teknik yang bakal saya kongsikan adalah yang paling sesuai bagi diri saya buat masa ini.
2.1 Buka trading platform masing-masing. Pada paparan Live Quotes, susun semula senarai kaunter saham mengikut turutan volume paling tinggi berada di atas sekali. Tujuannya adalah untuk memilih kaunter saham mempunyai volume yang tinggi ataupun aktif sebagai filtering criteria yang pertama. Kaunter-kaunter ini kebiasannya lebih liquid, mudah untuk kita lakukan belian dan jualan. Sesuai untuk tujuan trading.
2.2 Filter out kaunter saham yang mempunyai harga di bawah paras risk tolerance masing-masing. Sebagai contoh, saham yang berharga RM0.10 setiap kali bergerak satu bid/tick (RM0.005), harga akan berubah sebanyak (RM0.005/RM0.10) 5% untuk setiap bid/tick, dua bid/tick dah 10%. Kalau jantung anda bagaikan nak tercabut melihat pelaburan anda bergerak dengan julat sebesar ini setiap saat, tetapkan harga saham paling sesuai dengan risk tolerance anda berdasarkan formula ringkas tadi. Untuk contoh kali ini, kita ignore saham di bawah harga RM0.30.
Filter out juga kaunter call dan put warrant. Ini kerana pergerakan call/put warrant tidak bergantung kepada prinsip supply and demand semata-mata, tetapi juga berdasarkan pergerakan underlying asset call/put warrant tersebut. Kaunter saham yang 3 huruf terakhir bermula dengan C adalah call warrant (contoh FGV-C11), dan H adalah put warrant (contoh HSI-H39).
Dalam contoh kali ini, setelah kita filter out ataupun ignore kaunter-kaunter berdasarkan kriteria tadi, kaunter yang disenarai pendek adalah
- AAX (RM0.38)
- KNM (RM0.405)
- FGV (RM1.78)
- MYEG (RM1.87)
- ARMADA (RM0.76)
- GADANG (RM2.48)
- AIRASIA (RM2.85)
- AWC (RM0.865)
2.3 Klik pada setiap saham tersebut. Filter out pula saham-saham yang mempunyai buy rate kurang daripada 60%. Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek kaunter saham yang mempunyai buying interest yang tinggi. Secara teorinya apabila lebih banyak buyer yang sanggup membeli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa berbanding seller yang sanggup menjual pada harga lebih rendah daripada harga semasa, kaunter tersebut mempunyai upside momentum yang lebih tinggi.
Dalam contoh kali ini. Kaunter yang mempunyai buy rate 60% dan ke atas adalah
- MYEG (69%)
- AWC (70%)
2.4 Buka ChartNexus untuk melihat technical chart MYEG dan AWC untuk menentukan Cut Loss/Stop Loss sekiranya kaunter ini tidak meneruskan trend menaik pada hari Isnin nanti.
- MYEG
- Current Price: RM1.87
- Target Price 1: RM1.89 (1.1%)
- Target Price 2: RM2.00 (6.9%)
- Cut Loss: RM1.72 (-8%)
- AWC
- Current Price: RM0.865
- Target Price 1: RM0.89 (2.8%)
- Cut Loss: RM0.785 (-9%)
2.5 Boleh berhenti di langkah 2.4 ataupun tambah satu lagi kriteria untuk membuat keputusan. Langkah seterusnya adalah dengan menilai risk/reward ratio.
- MYEG risk/reward = 8%/1.1% = 7.2, 8%/6.9%
- AWC risk/reward = 9%/2.8% = 3.21
Dalam kes ini AWC dilihat lebih menarik kerana risiko yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding potensi keuntungan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda yakin MYEG boleh menaik terus ke Target Price 2 iaitu RM2.00, risk/reward ratio untuk MYEG dalam kes ini adalah 8%/6.9% = 1.16. Menjadikan MYEG lebih attractive berbanding AWC.
Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan, anda boleh terus melakukan scan untuk lebih banyak kaunter. Paling cantik sekiranya anda temui kaunter yang pempunyai risk/reward ratio kurang daripada 1. Bermaksud kaunter tersebut mempunyai potensi keuntungan lebih tinggi berbanding risiko yang perlu diambil.
Kesimpulan
Walaupun Fundamental Analysis dan Technical Analysis merupakan dua kaedah asas yang digunakan oleh investor mahupun trader, kebiasannya pada ketika pembelian nak dilakukan, tiba-tiba datang satu lagi analisis yang mengatasi kesemua analisis yang dilakukan sebelum ini. Analisis ini dinamakan GFA...ataupun Gut Feeling Analysis. Hasil analisis FA dan TA mengatakan tak sepatutnya beli, tiba-tiba GFA kata, boleh naik kot ni. Maka 'ter'beli lah kaunter tersebut.
Bagi saya tidak menjadi masalah sama ada FA, TA mahupun GFA yang menjadi pilihan anda semua. Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, perkara paling penting adalah untuk menjadi pelabur yang bertanggungjawab.
Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini
Thanks bro, tutorial yg amat membantu bg new USB.
ReplyDeleteSama2. Moga bermanfaat untuk semua
ReplyDeleteSekadar berkongsi format excel utk kaunter pilihan ringkasan dari post sebelumnya...https://drive.google.com/open?id=0B3542HarjI8dcnhRX3JWV1doa1E
ReplyDeletemaaf kalau ada yg silap pd failnya.
Wah. Terima kasih SebieKelatte. Lebih mudah untuk rakan-rakan lain buat tracking. Terbaikkk.
ReplyDeleteTerima kasih tuan atas perkongsian yang sangat bermanafaat. Minta halalkan ilmu tuan
ReplyDeleteSama2 Mhrmz. Ilmu yang sedikit dikongsi bersama. Moga membantu sedikit sebanyak
ReplyDeletetq bro banyak ilmu dapat dekat sini.semoga bro murah rezeki
ReplyDeleteU r welcome Syazwan Othman. Amiin. Moga murah rezeki kita semua
ReplyDeleteselepas saya baca post mengenai support group telegram saya telah jmpa sorg sifu saham yg tnggal berdekatan rumah saya.terima kasih admin
Deletewah. terbaik!
DeleteTerima kasih tuan atas tips dan ilmu yg sgt berguna ni. ��
ReplyDeleteSama-sama. Ilmu yang sedikit dikongsi bersama :)
ReplyDeletenice nice..
ReplyDeleteTq bro..ni ilmu lebih kurang beli pagi jual petang ke...nk belajar teknik rempit..bole x..
ReplyDeleteSalam..good info...
ReplyDeleteBerkenaan:
"2. Scan Kaunter Saham Untuk Trading"
Kebiasaannya scan pada waktu pagi atau petang? Utk melihat buy rate nya itu..
-am.i.rule-
Wsalam. Tekni scan buy rate >60% ni kebiasannya digunakan pada waktu petang. Selepas jam 3:30 petang macamtu. Untuk lihat stock dengan momentum yang boleh dijual pada esok pagi nya.
ReplyDeletekalau nak belajar teknik rempit kena cari guru yang betul2. saya hanya kongsi cara2 yang saya biasa guna sebagai pelabur amatur :D
Salam tuan.
ReplyDelete1. Teknik utk trade ni dilakukan pd waktu ptg.maksudnya kita buat pembelian pd waktu ptg dan jual pd pagi keesokannya.betul x pemahaman saya ni?
2. Semasa kita nak beli, kita perlu beli di timeframe mn? Perlu rujuk indikator lain tak sebelum buat pembelian spt indi macd n rsi bagi teknik ini?
Terima kasih
Hakim.
Wsalam hakim.
ReplyDelete1. ya betul pemahaman saudara tu
2. timeframe mengikut keselesaan saudara. macam saya selesa dengan daily chart. ya indikator lain juga perlu dilihat juga mengikut keselesaan masing2. saya selesa dengan EMA untuk tengok price trend dan juga macd untuk tengok momentum.
Salam tuan,
ReplyDeleteBagaimana tuan lukis S&R, contoh MYEG ada 2 Resistance.
Bagaimana tuan tentukan di mana nak letak garisan tu?
Salam mcm nak tau target price yew?
ReplyDeleteAnonymous. Berkenaan 2 Resistance MYEG, sekiranya tuan menggunakan ChartNexus, setiap hari tuan akan dapat 2 kali servis S&R percuma oleh ChartNexus. Tekan sahaja butang SR di bahagian bawah dan secara automatik garis SR akan dilukis oleh ChartNexus.
ReplyDeleteSekiranya ingin dibuat secara manual, sebenarnya tiada formula yang tepat. Tetapi panduan asas yang boleh digunakan adalah
1. Previous low/high sebagai Support atau Resistance. Sebagai contoh Resistance 1. Sebanyak 3 kali harga tersebut menjadi titik rebound. Jadi harga ini adalah kuat untuk dijadikan sebagai strong physological support ataupun dalam kes ini resistance
2. Harga bundar. Ini juga menjadi satu tanda yang kuat untuk dijadikan sebagai strong support atau resistance. Sebagai contoh paras RM1, paras RM2 dan sebagainya. Dalam kes MYEG ini, kalau tuan lihat previous high adalah sekitar RM2.08 dan sekiranya kita mengikut rule nombor 1 tadi sepatutnya harga ini dijadikan Resistance 2. Walaubagamanapun jika dilihat kepada titik tertinggi sebelum ini, banyak berlegar2 di sekitar RM2. Ini kerana secara psychology nya, pelabur2 lebih mudah dan tertarik menjadikan harga2 genap/bundar sebagai aras Support mahupun Resistance. Maka RM2 lebih kuat dijadikan sebagai support atau resistance berbanding RM2.08
Soalan berkenaan target price. Boleh jadikan Resistance sebagai target price. Ataupun tuan juga boleh tetapkan peratus keuntungan yang dirasai memadai, sebagai contoh selepas harga naik sebanyak 10%, tuan rasa sudah okay dan ambil keputusan untuk jual saham tersebut.
Salam tuan, boleh saya tanya teknik ni sesuai tak untuk intraday. Saya dah rugi banyak sebab banyak kali tersalah masuk kaunter, bile kluar barula kaunter naik. NTA tu ape ye?
ReplyDeleteWsalam. Untuk intraday memang saya tak pernah praktikkan kerana saya bekerja dan tidak mempunyai kemewahan masa untuk melakukan intraday. Sebelum tuan ambil keputusan untuk membeli apa2 kaunter saham bagi tujuan intraday, sangat penting untuk memahami perkara asas dari sudut teknikal analisis seperti mengetahui resistance/harga untuk ambil untung dan support/cut lose untuk jual saham tersebut sekiranya harga reverse turun ke bawah. sekiranya pembelian dibuat tanpa mengetahui cut lose point terutamanya, sangatlah bahaya. sebagai panduan tuan boleh rujuk page http://www.isaham.my/, cari stock yg tuan berminat, lihat harga ATR Trailing Stop utk saham tersebut. harga ini juga sesuai dijadikan panduan sebagai cut lose.
DeleteNTA adalah Net Tangible Asset, fair market value syarikat tersebut ditolakkan dengan liabiliti.
Salam tuan..macamana nak tahu NTA dan MOS ya tuan? Sy baru belajar...trime kasih share ilmu tuan..
ReplyDeleteNTA untuk sesuatu saham saya dapatkan di http://www.malaysiastock.biz/
DeleteMOS pula saya kira sendiri. formula nya adalah 2/3 x fair value saham tersebut.
salam...
ReplyDeleteuntuk check % buy rate guna platform @ apps apa ye... tq
salam,,
ReplyDeleteuntuk check % buy rate gunakan platform @ apps apa ye seperti dalam gambar di atas?
tq
salam... boleh saya tahu platform @ apps apa yang tuan guna ye seperti gambar di atas...
ReplyDeletesaya guna rhb tradesmart...tapi tiade % buy rate..tq
saya gunakan platform MplusOnline oleh Malacca Securities
Deletejika saya daftar di MplusOnline, adakah saya boleh buka akaun cds yang baru?
Deleteatau ada cara lain untuk dapatkan % buy rate..(saya berminat dgn cara tuan scan saham)
maaf saya newbie....hehe
setiap individu boleh buka lebih daripada satu CDS account. Konsep nya sama seperti buka saving account. setiap individu bebas membuka lebih daripada satu akaun di bank berlainan.
DeleteTerima kasih ilmu yg di kongsi.@ sedang baru belajar
ReplyDeleteTerima kasih ilmu yg di kongsi.@ sedang baru belajar
ReplyDeleteterima kasih tuan. moga bermanfaat
DeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeleteterima kasih share ilmu ini tuan harap di halalkan ilmu nyer.
tuan saya nk bertanya untuk risk / reward di mana kita boleh refer point ini.
terima kasih tuan.
Wa'alaikummussalam tuan. Risk/Reward boleh buat kiraan sendiri. Cara yang saya gunakan adalah (Harga sekarang - harga cut lose) / (harga jangkaan ataupun resistance / harga sekarang). Lebih kecil nilai risk/reward ratio, lebih bagus pilihan tersebut
DeleteTang FA n TA tuan kongsikan amat berguna.Tp GFA tu patut jauhkan sbb bole termasuk dalam unsur2 berjudi.Wallahu'alam
ReplyDeleteTang FA n TA tuan kongsikan amat berguna.Tp GFA tu patut jauhkan sbb bole termasuk dalam unsur2 berjudi.Wallahu'alam
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan tuan
Deleteterima kasih tuan bullish bursa..sharing yg bermanafaat,,
ReplyDeleteSama-sama tuan
DeleteBro...macamana nak dapatkan chartnexus atau dari mana?
ReplyDeleteBoleh download secara percuma tuan di
Deletehttp://www.chartnexus.com/software/software_cnx_download1.php
sangat menarik
ReplyDeleteterima kasih tuan. moga bermanfaat
Deletetuan..bagaimana dptkn fair value saham ni?
ReplyDeleteBuat masa ini, saya lebih selesa untuk rujuk Fair Value di page iSaham (http://www.isaham.my)
DeleteWalaupun tak berapa faham, tapi Cara penyampaian tuan sgt mudah difahami.
ReplyDeleteCuma Bagaimana nak tentukan buy rate >60% tu ya?
Buy rate tu tuan boleh tengok pada platform trading masing2. Macam saya trade guna Mplus memang boleh tengok buy rate tu. macam dalam gambar saya post tu
DeleteTerbaik Tuan
ReplyDeleteterima kasih tuan
DeleteTuan, adakah kriteria d bawah boleh dijadikan panduan dalam pemilihan saham jangka masa panjang
ReplyDeleteA) saham yang dimiliki oleh institusi seperti tabung haji & pnb.
B) Trend profit & revenue
Tuan, adakah saham yg d miliki oleh institusi (tabung haji & pnb) dan trend profit & revenue boleh dijadikan faktor pemilihan dalam saham
ReplyDeleteBoleh juga sekiranya ingin shortlist saham untuk dibeli. Walaubagaimanapun kaji dahulu saham-saham tersebut sebelum lakukan pembelian
DeleteAssalam tuan.. mcm mn nak kenai "jerung2" masuk sesuatu kuanter??
ReplyDeleteWsalam tuan. cara yang tepat memang saya tak dapat bagi cadangan. cara yang hampir adalah dengan melihat peningkatan volume terhadap sesuatu saham tersebut
DeleteAssalam.. sgt bermanfaat dan senang faham, jenuh sy cari explanation yg simple camni. tima kasih byk2. barakallahu feek
ReplyDeleteWsalam Tuan. Alhamdulillah. Moga membantu sedikit sebanyak
DeleteTerima kasih utk perkongsian ilmu dari tuan semoga ilmu yg dikongsikan menjadi saham akhirat yg jauh lebih menguntungkan buat tuan..
ReplyDeleteAmiin. Terima kasih Wan
Deletetuan,klu kita trading....beli = .10sen.....jual .05sen.....kita kena bayr broker fee dan harga perbezaan saham ya??
ReplyDeleteWsalam tuan. 1) Broker fee dikenakan sewaktu beli dan jual (mengikut nilai saham yang dibeli dan dijual 2) harga perbezaan saham tak perlu bayar. Tetapi mengikut contoh yang tuan bagi, beli 1,000 unit saham pada harga 0.10 = RM100, jual pada harga 0.05 = RM50. Dalam kes ini, jumlah kerugian adalah RM50 (tanpa mengambil kira brokerage fee)
Deletesalam tuan..dari mne nak dapatkan eps yoy?
ReplyDeleteSetakat ni kena kira sendiri nampaknya. Kalau rujuk di malaysiastock.biz pun boleh. Search mana2 stock. Scroll ke bawah ke bahagian Quarter Report History. Di situ ada tersenarai EPS untuk quarter2 terdahulu. Nak tahu EPS YOY kena kira manual ya
DeleteSalam tuan, blh tunjukkan example utk kira EPS YOY tu?
Deleteok saya rasa dah msg saya di FB kan. Sekarang dah mudah tak perlu kira. buka isaham.my, cari nama stock tersebut, pergi ke ruangan Fundamental, klik tab Financial Ratio, dah ada eps YOY
Deleteterbaiklah.... kalau kita beli saham... ada kemungkinan tak syarikat tu tutup atau bankrupt?
ReplyDeleteKemungkinan syarikat tutup atau bankrupt memang ada tuan. Jika itu berlaku, syarikat tersebut akan menjual aset2 yang ada, dan duit tersebut digunakan menyelesaikan hutang2 kemudian dibahagikan kepada pemegang saham.
DeleteSebelum kita membeli sesuatu saham, dan risau perkara ini berlaku, elok pilih saham2 yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Tuan boleh rujuk screener yang ada di www.isaham.my untuk mencari saham2 yang memiliki fundamental yang kukuh
Terima kasih atas perkongsian.Sangat bermanfaat.Moga Allah luaskan rezeki lagi.😀
ReplyDeleteAmiin. Terima kasih :)
ReplyDeleteassalamualaikum tn...selain dari blog ni ada ke platform lain untuk bertanya berkenaan saham pada tn
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Minta maaf blog lama sangat tak update. bersawang. Boleh ke facebook page saya juga Suddin Salleh di facebook.com/suddinpage. Di sana pun tak selalu post, cuma kalau message tu insyaAllah berjawab
DeleteTerbaik sangat. Semoga melimpah ruah rezeki tuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih. Sama2 lah kita ya. Teruskan berkongsi dengan rakan2 lain pula ya supaya sama2 dpt manfaat.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesaham memang menggiurkan ya. thanks ya gan.
ReplyDeleteya2. betul tu. sama2
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAs salam tuan, mcm mn nk filter out harga di live quotes tu..nk tekan ape?
ReplyDeleteBergantung pada platform masing2. Kalau sama seperti saya gunakan i.e Malacca Securities/Mplusonline boleh pilih butang Most Active Volume, akan disusun mengikut volume paling tinggi
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletejaycorp 1 saham 0.830, fair value 0.775.. bermaksud saham jaycorp overvalue ? betul tak ?
ReplyDeletesecara ringkasnya dalam kes ni betul. dianggap overvalue
Deletekalau tengok isaham, saya tengok terlalu rumit.. klse lebih mudah untuk baca FA.. apa pendapat tuan perbezaan antara isaham dengan klsescrenner ?
ReplyDeletebergantung kepada maklumat apa yang kita perlukan. secara peribadi saya lebih gemar iSaham kerana maklumat yang saya perlukan ada di sana. mungkin kelihatan rumit apabila banyak maklumat yang tersedia
DeleteAssalamualaikum tuan.nk tya berkenaan BR @ buy rate..filter utk melebihi BR 60% kn..tp andai jumpe yg 90++% dan volume tinggi,boleh masuk dlm senarai x? Mcm tggi plk klu BR90++%..maaf ikan bilis bertanya..terima kasih
ReplyDeleteDalam strategi sebegini, BR lebih tinggi dilihat lebih baik. Lebih ramai yang tak sabar beratur untuk membeli
DeleteAssalamualaikum tuan.lps pilih list buy rate 60++%,terdapat gk buy rate 90% ke atas..utk BR90% ke atas,perlu filter out ke? Terima kasih tuan
ReplyDelete90% lebih baik daripada 60%, jika ingin kepastian atau ingin filter out beberapa kaunter, saya cadangkan lihat juga kepada jumlah volume, adakah lebih tinggi daripada hari2 sebelum ini ataupun volume terlalu sikit. volume yang lebih tinggi adalah lebih baik
DeleteTerima kasih tuan kongsi ilmu..mintak halalkan..
ReplyDeletehttps://structuralofengineering.blogspot.com
semoga bermanfaat ya
DeleteSalam tuan. Bagaimana cara tuan tentukan target profit dan cut loss utk kedua2 saham myeg & awc tu?
ReplyDeleteuntuk menentukan target profit dan cut loss beberapa cara boleh digunakan. ikut selera masing2. boleh explore dengan lebih lanjut seperti menggunakan Support vs Resistance, Fibonacci, Moving Average dan sebagainya.
DeleteSaya kebiasannya tidak meletakkan target profit tertentu, lebih gemar untuk 'ride the profit' dan menaikkan cut loss andainya saham tersebut terus naik. Cut loss saya gunakan support
Tuan... macamana nak guna bollinger band dan nak tahu price stock dah nak breakout
ReplyDeleteBeberapa cara boleh digunakan kalau nak guna Bollinger Band. Antaranya gunakan band bawah dan atas untuk support dan resistance. Garisan dengan i.e. = MA20 juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Untuk breakout ada yang guna apa kedua garis upper dan lower band mengecut sebagai tanda breakout, ataupun harga cuba keluar daripada upper band sebagai breakout. Namun saya tak gunakan strategy sebegini
ReplyDeleteTuan.. terima kasih banyak.. saya amalkan ilmu tuan, kalau dapat rezeki lebih, saya dermakan , dan saya ajar juga orang2 lain.. berterusan tuan dapat pahala sampai kiamat.. terima kasih banyak2 ajar ilmu ni. Semoga rezeki tuan terus bertambah2.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. teruskan ya dan kongsi2 dengan yang lain
DeleteTerima kasih tuan kongsi ilmu..mintak halalkan..
ReplyDeleteSama2 tuan. moga bermanfaat
Deleteterima kasih atas ilmu yg dikongsi.
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu yg dikongsi.
ReplyDelete