Tuesday 27 March 2018

Tips Kumpulkan Modal Untuk Mula Melabur

Ramai yang mula menunjukkan minat untuk menceburi dunia pelaburan untuk berusaha mencapai apa sahaja impian kewangan mereka. Antara soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah modal minimum untuk mula melabur dalam saham. Kalau ikutkan boss iSaham, RM3k, kalau tanya saya pula, nak try-try test tengok ok ke tidak, RM1k pun boleh juga.

Ok macam mana pula dengan kawan-kawan yang bukan kata RM3k, nak mula melabur RM1k pun tak ada. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh dicadangkan untuk kawan-kawan kita ni cukupkan modal untuk mula melabur dalam saham.

Aliran Tunai Selesaikan Dulu

Kejap. Kalau RM1k pun tiada untuk mulakan pelaburan, kemungkinan besar pengurusan kewangan kawan-kawan kita ni pun mungkin sedang koyak. Jadi perkara ini perlu diselesaikan dahulu. Aliran tunai boleh dikatakan sihat jika

1. Pendapatan setiap bulan lebih daripada perbelanjaan (gaji lebih dari belanja)
2. Maksimum 60% daripada pendapatan tu digunakan untuk komitmen bulanan
3. 30% daripada pendapatan tersebut disimpan atau dilaburkan
4. Maksimum 10% ni kita jadikan sebagai buffer.

Tips Kumpulkan Modal = Tips Betulkan Aliran Tunai



Secara asasnya nak kumpulkan modal ataupun nak betulkan aliran tunai memang mudah. Hanya ada 2 cara utama

1. Tambahkan Pendapatan

Untuk tambah pendapatan ni rasanya di Malaysia ni memang banyak pilihan. Kalau ada peluang di tempat kerja, boleh buat overtime. Boleh juga berniaga kecil-kecilan. Kalau modal agak tipis, jadi agent takaful pun boleh juga. Kalau modal langsung tiada pun boleh. Boleh sertai dropship ataupun affiliate

2. Kurangkan Perbelanjaan

Saya faham, bukan semua yang sanggup nak usaha lebih untuk lakukan perkara-perkara yang dicadangkan untuk tambahkan pendapatan tadi. Kalau tak sanggup, ini bermakna pilihan kedua ini lebih sesuai untuk anda.

Antara contoh perbelanjaan yang boleh dikurangkan adalah

a. Pindah ke tempat tinggal yang lebih murah
b. Tukar kenderaan yang bayaran bulanan lebih murah
c. Kurangkan perbelanjaan social seperti shopping, menonton wayang dan sebagainya
d. Pada yang merokok, boleh kurangkan atau tinggalkan tabiat merokok tersebut. (boleh cuba Nomosmo jika serius nak tinggalkan rokok)

Jika anda kurangkan RM15 sehari, sebulan dah RM450 berjaya dikurangkan. Tiga bulan dah RM1,350. Boleh dah tu nak mula melabur kan. Sementara menunggu cukup tiga bulan tu, boleh gunakan masa sebaiknya untuk mendalami ilmu saham. Boleh juga lakukan paper trade untuk menguji skil pemilihan saham anda.

Lebih baik jika anda sanggup lakukan kedua-dua perkara ni. Tambahkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan dalam masa yang sama. Saya pasti lebih cepat modal tersebut dapat dikumpulkan.

Pandangan anda macam mana? Tambahkan Pendapatan atau Kurangkan Perbelanjaan yang lebih mudah?

Monday 12 March 2018

Boleh Untung Ke Beli IPO?

Dalam Kelas Asas Saham semalam sempat juga bersembang sedikit sebanyak mengenai IPO. Saya juga ada kongsikan analisa ringkas yang telah saya buat mengenai prestasi beberapa IPO yang terkini dan salah seorang peserta memohon untuk saya kongsikan analisa tersebut.

Alang-alang blog pun dah bersawang, mungkin ada baiknya saya kongsikan analisa tersebut di sini. Sedikit disclaimer, analisa ini mungkin tidak boleh dipanggil sabagai analisa pun, kerana tidak melibatkan kajian dari segi fundamental dan sebagainya. Tetapi hanya melihat kepada trend prestasi beberapa IPO yang terdahulu.

Apa Itu IPO

Sedikit penerangan pada yang tak tahu mengenai IPO. IPO sebenarnya ringkasan kepada Initial Public Offering. Bagi sesebuah syarikat yang berminat menerbitkan saham dan menjualnya kepada pelabur lain, terbitan pertama tersebut digelarkan sebagai IPO.

Untuk membeli IPO, sama seperti membeli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia anda perlu membuka CDS akaun dengan mana-mana broker yang berlesen di Malaysia. Pembelian IPO pula boleh dilakukan secara online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain, ataupun juga melalui ATM.

Untung Ke Tak Untung Beli IPO Ni?

Walaupun setiap individu melabur dalam saham dengan niat untuk membuat untung, kita perlu terima hakikat tidak ada jaminan keuntungan dalam pelaburan saham. Itu adalah perkara asas yang tidak boleh kita nafikan. Untuk membuat prediction untung atau rugi sesuatu pelaburan, penilaian yang boleh dilakukan adalah dengan melihat trend prestasi terdahulu sesuatu saham tersebut. Walaupun prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang, sekurang-kurangnya takde la main tembak je kan.

Prestasi IPO Terdahulu


Prestasi IPO

Jadual di atas saya kemaskini pada hari Jumaat lepas (9 Mac 2018). Jika dilihat pada 16 IPO yang terdahulu, kebetulan 50% daripada IPO tersebut berada pada kedudukan lebih baik dan separuh lagi berada pada kedudukan lebih rendah berbanding harga IPO. SERBADK sebagai contoh paling cemerlang yang berada pada paras 119% berbanding harga IPO. Jika anda berminat untuk membeli IPO dan terus memegang saham tersebut pada jangka masa yang panjang, memang boleh untung dan kadangkala boleh pula rugi.

Apa yang lebih menarik minat saya adalah kebetulan kesemua 16 IPO ini, disenaraikan pada harga lebih tinggi pada detik pertama ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Maksudnya adalah, jika anda membeli IPO dan terus menjual pada pukul 9 pagi hari pertama IPO tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia, peluang untuk anda mendapat keuntungan adalah tinggi.

Berdasarkan 16 IPO terdahulu ni, prestasi yang paling buruk pada detik pertama disenaraikan adalah LCTITAN yang dibuka pada harga RM6.50, sama seperti harga IPO. Ya betul tu, paling buruk pun tak untung dan tak rugi (ok rugi sikit la yuran transaksi). Malah 9 daripada 16 IPO tersebut mencatat keuntungan lebih daripada 10% jika dijual pada detik pertama ia disenaraikan. Seperti INTA, 32% tu.

Jom Melabur

Pelaburan ni sebenarnya sangat mudah. Sesuai untuk semua orang. Hukum alam dalam pelaburan masih kekal. High Risk, High Return. Sekali lagi ingin saya ingatkan, prestasi terdahulu tidak menjamin keuntungan akan datang. Risiko juga memang tetap akan wujud. Cuma risiko ini boleh diuruskan. Uruskan dengan apa? Pastinya dengan ilmu. Jadi rajin-rajinlah belajar.

p/s: Kalau minat nak hadir Kelas Asas Saham yang seterusnya, rajin-rajinlah lawat facebook iSaham ataupun Suddin Salleh supaya tak terlepas kapal. Kelas kitorang setakat ni yang termurah di alaf ini. Waktu artikel ini ditulis Kelas Asas Saham masih lagi pada harga RM39 seorang, dan RM30 seorang jika daftar berdua atau lebih.


Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini