Saturday 11 June 2016

Vivocom

Pagi tadi saya menghadiri Traders Travern (Spotting Bullish & Bearish Trading Opportunities in Ramadhan Month) @ Grand Hyatt Hotel anjuran MNS Global. Dalam sesi pertama Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) telah berkongsi tema pasaran sempena Hari Raya iaitu consumer market. Kaunter saham seperti Padini, Kanger, Sernkou dilihat sebagai saham bertemakan konsumer yang menunjukkan pergerakan positif menjelang Hari Raya. Walaubagaimanapun dalam sesi tadi DDNK memberi lebih tumpuan kepada saham-saham luar negara.

Sesi kedua lebih menarik minat saya. Mr. Choo Seng Choon, Pengarah Eksekutif Vivocom Intl Holdings Bhd (Vivocom) telah menerangkan perancangan dan strategi syarikat Vivocom. 

Screenshot maklumat fundamental Vivocom daripada laman web isaham.my
Fundamental

Vivocom pada Jumaat lepas ditutup pada harga 0.285. Saham tersebut telah naik dengan cemerlang daripada 0.082 sehingga mencecah 0.37 sebelum turun sedikit ke harga sekarang. Jika dilihat dari sudut fundamental, PE Ratio Vivocom agak tinggi, 22.0. Walaubagaimanapun apabila ditanya mengenai PE Ratio yang tinggi kepada Mr. Seng Choon, jawapan yang diberikan saya boleh terima. PE Ratio tersebut adalah berdasarkan laporan kewangan 2015. Untuk tahun kewangan 2016, dijangka berlaku perubahan mendadak terhadap revenue Vivocom seperti dapat dilihat pada laporan kewangan Q1 baru-baru ini. Jika prestasi diukur mengikut Q1 lepas (revenue RM141.5 juta), PE Ratio Vivocom terkini berada pada sekitar 9.

Souvenir oleh Vivocom
Vivocom yang dahulunya dikenali sebagai Instacom bermula sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara aktif dalam sektor insfrastruktur telekomunikasi seawal tahun 2002. Pada tahun 2013, berlaku perubahan dalam industri tersebut di mana syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan Capital Expenditure sekaligus memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat seperti Instacom. Apa yang menarik bagi saya, syarikat Instacom cepat bertindak dengan melakukan downsizing dan meluaskan skop perniagaan ke bidang construction. Instacom bermula dengan membeli saham syarikat Vivocom Enterprise dan telah mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut pada penghujung tahun 2015. Disebabkan pada masa hadapan punca pendapatan utama syarikat dijangkakan datang daripada sektor construction, Instacom juga telah melakukan rebranding kepada Vivocom Intl Holdings Bhd.

Prospek syarikat dilihat sangat positif. Setakat ini order book syarikat yang telah diumumkan mencecah RM 1.379 B. Bukan itu sahaja, terdapat juga RM3.798 B lagi order book yang masih belum diumumkan. Kerjasama dengan syarikat China Railway Construction Corp dan China Nuclear Huaxing menjadi kelebihan buat Vivocom. Vivocom juga dalam proses untuk disenaraikan di main market di bawah kategori construction

Dari segi perbelanjaaan syarikat, Vivocom lebih menumpukan ke arah projek-projek yang boleh meningkatkan nilai syarikat. Pemberian bonus dan dividen bukan keutamaan buat masa ini. 

Technical


Dari segi teknikal Vivocom kini berada pada kedudukan downtrend. Harga sekarang berada di bawah EMA 9, 20 dan 50. 

Kesimpulan 

Bagi saya, Vivocom adalah syarikat yang mempunyai potensi tinggi dari segi fundamental. Syarikat ini akan saya masukkan ke dalam watchlist saya. Namun saya tidak akan melakukan pembelian sekarang. Correction mungkin berterusan sehingga ke paras 0.26 - 0.27. Pada paras ini, Vivocom sememangnya memenuhi ciri-ciri saya untuk dimasukkan ke dalam portfolio saya untuk jangka masa panjang. 


No comments:

Post a Comment