Sunday 26 April 2015

Review Tool Pelaburan Saham Bahagian 2

Sebagai pelabur baru, saya masih mencari-cari gaya pelaburan paling baik untuk diri saya. Buat masa ini saya menggabungkan maklumat daripada rumours (khabar angin), Fundamental Analysis dan Technical Analysis untuk membuat keputusan pelaburan. Setakat ini, bolehlah saya simpulkan nisbah pengaruh ketiga-tiga perkara tersebut terhadap portfolio pelaburan saya adalah pada kadar 10 (rumors):30 (Fundamental):60 (Technical). Berikut saya kongsikan tools/platform yang saya gunakan untuk ketiga-tiga perkara tersebut.


1. Rumors / Khabar Angin

(a) i3investor
 
i3investor adalah forum bebas yang menyediakan platform perkongsian mengenai pelaburan saham Bursa Malaysia. Sangat tidak digalakkan untuk pelabur menggunakan maklumat daripada forum untuk membuat keputusan pelaburan. Bagi saya, cukup sekadar menggunakan maklumat dikongsikan untuk mendapat trading idea atau mengetahui kaunter saham yang sedang trending. Setiap idea yang diperoleh wajib diikuti dengan analisa sendiri (fundamental & technical analysis). Secara mudah, adat untuk berforum adalah "baca boleh, percaya jangan". Risiko membuat pelaburan menggunakan khabar angin adalah sangat tinggi. Begitu juga dengan potensi keuntungan sekiranya khabar angin tersebut adalah tepat.
 
Sebagai contoh, AZRB (7078), Ahmad Zaki Resources Berhad dikhabarkan bakal mendapat manfaat daripada projek mega Rancangan Malaysia ke 11 yang bakal diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada minggu ketiga Mei 2015. Sekiranya khabar angin ini tepat, potensi untuk AZRB melonjak lebih tinggi daripada harga sekarang (RM0.71) adalah sangat tinggi.
 
(b) Research Report from Investment Banking / Broker
 
Saya merupakan pelanggan untuk RHB Investment dan M+ (Malacca Securities). Setiap hari saya akan mendapat email beserta Research Insight daripada RHB Investment. Untuk M+ pula,
saya boleh dapatkan Research Report secara terus daripada M+ online website. Begitu juga dengan investment/broker house yang lain, Research Report boleh didapatkan secara terus melalui email, website, facebook, dan juga di akhbar utama tempatan. Buy/Sell call daripada investment/broker house adalah lebih selamat berbanding forum. Walaupun target price yang dinyatakan tidak semestinya tepat, sekurang-kurangnya Buy/Sell call tersebut dibuat oleh Certified Analyst dan lebih selamat berbanding khabar angin daripada forum.


2. Fundamental Analysis
 
Fundamental Analysis lebih sesuai untuk pelabur jangka masa sederhana atau panjang. Keputusan untuk melabur di sesuatu syarikat dibuat berdasarkan kekukuhan revenue (pendapatan), profit (keuntungan), keupayaan syarikat untuk membayar hutang, potensi pasaran akan datang dan banyak lagi. Secara ringkas, bolehlah disimpulkan Fundamental Analysis boleh digunakan untuk mengetahui instrinsic value ataupun nilai sebenar sesatu kaunter saham. Kebiasaannya, adalah selamat sekiranya kita melabur di kaunter saham yang undervalued (harga semasa lebih rendah daripada nilai sebenar). Dalam entri akan datang saya akan kongsikan secara lebih lanjut mengenai cara yang saya gunakan untuk mengetahui intrinsic value sesuatu saham. Platform yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai status kewangan sesebuah syarikat adalah
 
(a) INSAGE by M+ Online
 
Platform ini diberikan secara percuma kepada pelanggan M+. Kepada pelanggan broker house lain, sila rujuk dengan broker anda mengenai platform yang disediakan untuk membuat kajian mengenai fundamental sesebuah syarikat.
 
 
Dengan menggunakan INSAGE, saya boleh memperoleh maklumat seperti
  • Snapshot ataupun overview syarikat
  • Financials: Income Statement, Balance Sheet, Shareholder's Equity, Cashflow Statement
  • Ratio Analysis: ROE, DPS, EPS etc.
  • Share Buy Back
  • etc
(b) KLSE Screener
 
Sekiranya anda hanya ingin mengetahui maklumat asas, KLSE Screener adalah apps yang saya gemari. Apps ini boleh anda install dan gunakan secara percuma di smartphone anda (Apple dan Android). Maklumat seperti EPS, NTA, DPS, PE, ROE, DY boleh didapati dengan mudah di KLSE Screener.
 

Cara *mudah dan ringkas untuk menilai undervalued stocks yang memiliki fundamental yang bagus adalah
  • Revenue dan Profit yang meningkat secara konsisten setiap tahun
  • PE (Price over earning ratio) yang rendah berbanding kaunter dalam kategori yang sama
  • ROE (Return of Equity) yang tinggi
  • EPS meningkat secara konsisten setiap tahun
*cara yang lebih kompleks akan saya kongsikan dalam entri akan datang
 
3. Technical Analysis
 
Technical Analysis lebih sesuai untuk pelabur jangka masa pendek. Keputusan dibuat berdasarkan pergerakan price dan volume sesuatu saham. Technical Analysis biasanya digunakan untuk mengetahui
  • Trend pergerakan saham - Uptrend, Downtrend ataupun Sideways.
  • Entry Price - harga paling sesuai untuk membeli sesuatu saham
  • Support ataupun Cut Lose (CL) price - sekiranya keputusan belian adalah salah, penting untuk mengetahui CL price supaya boleh menjual saham dengan kerugian yang minimum
  • Resistance ataupun Target Price - harga jualan yang sesuai untuk mendapat keuntungan maksimum
  • Stock Momentum - Volume analysis memberi gambaran mengenai kekuatan momentum pergerakan sesuatu kaunter saham. Juga boleh memberi gambaran sama ada kaunter saham tersebut berada dalam keadaan Overbought ataupun Oversold
(a) Interactive Chart by M+ Online
 
Buat masa ini Interactive Chart diberikan secara percuma kepada pelanggan M+ yang melakukan transaksi sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Setiap broker house juga menyediakan platform masing-masing untuk pelabur melakukan technical analysis.

(b) Tradesignum
 
Sekiranya anda masih belum membuka akaun CDS dengan mana-mana investment/broker house, anda boleh melayari Tradesignum TA Chart. Tradesignum menyediakan platform Technical Analysis secara percuma. Walaupun tiada indicator yang compleks, indicator asas seperti Simple Moving Average, Exponential Moving Average, Bollinger Band, MACD, RSI masih boleh didapati ti Tradesignum.

(c) ChartNexus
 
Kedua pilihan yang saya nyatakan tadi memerlukan internet connection untuk anda membuat analisis. Sekiranya anda ingin melakukan Technical Analysis secara offline, saya cadangkan untuk anda menggunakan ChartNexus. Platform ini anda boleh download dan guna secara percuma. Walaubagaimanapun, ChartNexus tidak menyediakan real-time data. Setiap hari anda perlu online sekitar pukul 5:40pm hingga 6:00pm untuk anda download End of Day (EOD) data supaya anda boleh update harga terkini untuk hari tersebut. Untuk chartist yang melakukan analisis menggunakan Daily Chart, ChartNexus adalah adalah platform yang sesuai kerana boleh digunakan secara offline.



  p/s: terkini saya menggunakan screener percuma yang disediakan oleh iSaham. Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini



Sunday 19 April 2015

Review Tool Pelaburan Bahagian 1

Entri kali ini saya ingin kongsikan applikasi ataupun tool pelaburan yang sering saya gunakan. Untuk memudahkan bacaan, review ini saya bahagikan mengikut kategori.
 
1. Global Market News
 
Merujuk kepada entri KLCI vs Dow Jones, sangat penting bagi pelabur untuk mengetahui situasi terkini pasaran Dow Jones. Setiap pagi saya akan luangkan masa sekitar 10 hingga 20minit untuk mengetahui status pasaran semasa. Applikasi kegemaran saya untuk kategori ini adalah Market Watch.
 
Market Watch (MW) memaparkan berita terkini mengenai pasaran dunia, namun lebih khusus kepada pasaran USA. Anda boleh melihat index terkini untuk Dow Jones, Nasdaq, S&P 500, Global Dow, Gold, dan Oil. MW turut memaparkan berita pasaran terkini. Paparan MW sangat ringkas dan padat, mudah untuk dibaca.
 
 
Sebelum ini saya menggunakan applikasi Bloomberg Business (BB). Berita pasaran yang dipaparkan memang banyak, mungkin terlalu banyak bagi saya. Salah satu sebab lain mengapa saya beralih ke MW mungkin juga BB menggunakan warna gelap sebagai asas. Tidak sedap mata memandang.
 

 
2. Local Market News
 
The Star Mobile (Business) memamaparkan berita pasaran antarabangsa dan tempatan. Berita yang dipaparkan ringkas dan padat. Anda juga boleh melihat status indeks tempatan terkini. Daripada FBMKLCI, FBMSCAP, FBMACE hinggalah indeks mengikut kategori.


 
Sejak kebelakangan ini, saya lebih gemar membacaThe Edge Financial Daily untuk mendapatkan berita pasaran tempatan. Setiap hari Isnin hingga Jumaat sekitar jam 12 malam hingga 5 pagi saya akan mendapat email link untuk salinan PDF Financial Daily. PDF ini saya download dan saya menggunakan applikasi iBooks untuk membaca salinan Financial Daily ini di Ipad Mini. Anda boleh melanggan secara Financial Daily secara percuma di www.theedgemarkets.com Buat masa ini langganan ini ditaja oleh S P Setia Bhd Group.
 

 
 
p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini
 
 

Monday 6 April 2015

GST Bahagian 2

Kalau sebelum ini trend kebanyakan rakyat Malaysia adalah memaparkan gambar makanan di Twitter, Facebook mahupun Instagram, sejak 1 April timeline saya lebih dipenuhi gambar resit makanan yang dimakan. Hingga hari ni kebanyakan rakan-rakan masih hangat membicarakan tentang GST. Mungkin ada baiknya jika saya berkongsi sedikit sebanyak tentang kesan GST terhadap pasaran saham Bursa Malaysia.
 
Pada 1 April saya juga sempat menambah sedikit saham dalam portfolio peribadi saya. Seperti orang lain, saya juga terpanggil untuk merasai sendiri kesan GST terhadap proses jual beli saham. Disebabkan proses jual beli saham juga merupakan satu perkhidmatan, GST tetap dikenakan. Dua servis tersebut adalah

1. Brokerage Fee, RM8 + 6% (RM0.48)
2. Clearance Fee, RM0.48 + 6% (RM0.03)



Secara peribadi, saya rasakan kesan ini tidaklah begitu ketara. Saya rasa pelabur-pelabur lain juga berpendapat sedemikian. Pada 1 April, FBMKLCI turun sebanyak 4.47 mata (-0.2%) dengan jumlah jualan mengatasi belian. Volume juga tidak begitu tinggi. Mungkin pada hari pertama GST dilaksanakan, ramai pelabur lebih bersifat berhati-hati dengan mengambil langkah tunggu dan lihat. Pada hari kedua, ketiga, dan keempat, KLCI berada dalam trending menaik. Walaupun peningkatan volume tidak begitu ketara, namun jumlah belian mengatasi jualan, pasaran dilihat lebih positif. Life as usual dan pasaran kembali normal.

 
Semoga pasaran terus bullish untuk dua tiga minggu ini. Strategi saya, secara perlahan jual saham yang untung ketika pasaran masih bullish. Beli semula ketika correction di penghujung April hingga Jun. Go Bull!