Sunday 26 June 2016

BREXIT: Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia, keputusan undian Brexit (UK keluar daripada EU) vs Bremain (UK kekal bersama EU) telahpun secara rasminya diumumkan. Saya secara peribadi mengharapkan keputusan berpihak kepada Bremain kerana bagi saya kestabilan adalah penting untuk pasaran saham kekal positif. Namun apakan daya, majoriti pengundi memilih Brexit.

Kesan terhadap KLCI

KLCI 24.6.2016

KLCI mengalami penurunan sehingga ke paras 1611.88 sebelum ditutup pada 1634.05 (0.36%). Sekilas pandang, kesan Brexit tidak begitu ketara kepada KLCI. Walaubagaimanapun jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Ini kerana pada petang jumaat apabila KLCI ditutup, pasaran US masih belum dibuka dan reaksi pasaran US masih belum dapat dilihat. Perkara ini penting kerana KLCI kebiasaannya mempunyai correlation yang tinggi dengan pasaran US.

Lautan Merah di Seluruh Dunia

Index utama dunia selepas Brexit

Dow Jones turun sebanyak lebih 600 mata. Pasaran-pasaran lain juga kebanyakannya jatuh sekitar 3% dalam masa satu hari dagangan. Penurusan pasaran dunia dilihat jauh lebih tinggi berbanding KLCI yang turun sebanyak 0.36%. Esok (Isnin) adalah hari yang sangat penting untuk melihat kesan sebenar Brexit terhadap KLCI. 

Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada ketika ini saya ada memegang satu saham iaitu DUFU. Tujuan asal saya adalah melabur di dalam DUFU untuk jangka masa yang panjang. Namun kehadiran Brexit memerlukan saya untuk membuat strategi baru. Esok saya akan memerhatikan pergerakan DUFU secara fokus. Sekiranya berlaku sell down dengan volume yang tinggi, dan harga DUFU turun melepasi paras RM0.585 dan seterusnya RM0.560, saya akan menjual dahulu saham ini. Ini kerana saya tidak pasti sebesar masa kesan sebenar Brexit. Adakah ia bersifat sementara ataupun ianya menjadi punca kepada berlakunya market crash? Kelebihan buat saya kerana harga belian saya adalah RM0.525. Sekiranya harga kekal di atas paras support RM0.56 saya akan terus memegang saham ini.

DUFU 24.6.2016

Untuk pembelian saham baru, saya masih belum membuat keputusan. Pegangan yang saya ambil buat masa ini adalah tunggu dan lihat. Sekiranya benar market crash berlaku, sememangnya masa terbaik untuk membeli saham-saham yang memiliki fundamental yang kukuh pada harga diskaun. Saham-saham seperi SHH, HARTA dan ARANK berada dalam pemerhatian saya.




No comments:

Post a Comment