Tuesday 7 June 2016

Setahun Berlalu

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca yang mengunjungi blog ini sepanjang setahun yang lepas kerana blog ini bagaikan tidak bertuan yang dibiarkan begitu sahaja. Berhijrah kerana menerima tawaran kerja baharu dan menceburkan diri dengan hobi baharu antara sebab blog ini diabaikan. Maaf sekali lagi.

Baru-baru ini beberapa orang rakan menghubungi saya untuk bertanya mengenai pelaburan saham. Tujuan asal mereka adalah untuk memberikan saya sejumlah wang untuk saya laburkan bagi pihak mereka. Permintaan mereka saya tolak. Salah dari segi undang-undang kerana saya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk laburkan duit orang lain. Namun saya memohon rakan-rakan tersebut datang berjumpa saya di sebuah kedai kopi. Tujuan saya cuma satu. Adalah lebih baik saya kongsi ilmu pelaburan supaya mereka boleh membina empayar kewangan dengan tangan mereka sendiri. Lalu blog ini saya buka semula sebagai rujukan. Tutorial, perbincangan dan soal-jawab berlaku di kedai kopi tersebut. Hasilnya rakan-rakan saya kini menjadi pelabur aktif di Bursa Malaysia.

Jangan Mudah Percaya

Sekadar ingatan. Jangan, jangan, dan jangan walau sekalipun mempercayai rakan, saudara-mara mahupun adik-beradik dengan menyerahkan wang anda untuk dilaburkan. Buka minda, rajinkan membaca dan laburlah sendiri. Kerana caranya sangat mudah.

Keratan akhbar hari ini mengenai syarikat menipu pelabur

Imbasan Selepas Setahun Berlalu: Roller Coaster

Supaya tidak berasa begitu bersalah setelah membiarkan blog ini selama setahun, mungkin ada baiknya jika dalam entri ini saya kongsikan recap ataupun imbasan mengenai apa yang berlaku terhadap beberapa indicator utama sepanjang setahun lepas.


FBMKLCI

Indeks utama negara mencecah paras 1504 sekitar Ogos 2015 namun kembali rebound ke paras 1600 - 1730 dan pada hari ini indeks ditutup di atas paras EMA 9, 20 dan 50 pada kedudukan 1660.62. Secara teknikal saya melihat indeks berada dalam trend yang positif untuk jangka masa terdekat.

FBMKLCI belum menunjukkan arah yang jelas untuk jangka masa panjang

Crude Oil

Crude Oil juga telah mencecah paras terendah sekitar USD 26.05 pada awal tahun ini. Kejatuhan harga minyak dunia dan pengukuhan USD antara punca memberi kesan terhadap prestasi FBMKLCI sepanjang setahun lepas. Jika melihat kepada carta Crude Oil di bawah, Trend menurun (downtrend) telahpun berganti dengan trend menaik (uptrend). Secara jangka pendek, outlook untuk Crude Oil juga dilihat positif. Pengesahan lebih jelas dapat dilihat sekiranya Crude Oil berjaya mengekalkan harga di atas paras USD 50.

Crude Oil perlu bertahan atas paras USD 50 untuk kekal positif

Secara peribadi saya melihat pasaran berada dalam keadaan positif untuk jangkamasa terdekat. Walaubagaimanapun langkah berhati-hati tetap saya ambil. Sejak kebelakangan ini, Fundamental Analysis lebih banyak mempengaruhi keputusan saya dalam memilih saham untuk dibeli, dan saya juga memegang saham dengan lebih lama berbanding tahun lepas. Kekangan masa untuk melihat carta dan melakukan Technical Analysis mungkin menjadi faktor utama membuatkan saya lebih cenderung ke arah Fundamental Analysis.

Tak kisah lah cara apa pun. Yang penting untung!



No comments:

Post a Comment