Wednesday 1 November 2017

IPO Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB): Nak Sauk Atau Hanya Tengok?

Sebuah syarikat electrical & mechanical engineering specialist, Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) melancarkan prospektus untuk IPO nya dua hari lepas. Harga IPO KAB ini adalah RM0.25. IPO ini boleh dibeli sehingga 7 November nanti. Seperti biasa persoalan utama adalah, nak sauk atau hanya tengok?



Servis kejuruteraan elektrikal adalah focus utama syarikat ini. KAB bercadang untuk menggunakan 58% daripada hasil IPO untuk working capital, 17% sebagai listing expenses dan 12.5% untuk capital expenditure


Prestasi IPO Terdahulu

No Nama Listing Date Harga IPO Harga 1/11/17 % Beza Dengan IPO Open Price on Listing % Beza Dengan IPO2 Principal Adviser
1 KAB 17-Nov-17 0.25 Mercury Securities
2 LCTITAN 11-Jul-17 6.5 5.24 -19% 6.50 0% Maybank Investment
3 ADVCON 10-Jul-17 0.63 1.2 90% 0.74 17% RHB Investment
4 INTA 25-May-17 0.25 0.375 50% 0.33 32% M&A Securities
5 CABNET 22-May-17 0.56 0.665 19% 0.68 21% TA Securities
6 ESAFE 26-Apr-17 0.36 0.38 6% 0.46 28% Mercury Securities
7 EWINT 03-Apr-17 1.2 1.04 -13% 1.31 9% CIMB Investment/Maybank Investment/Hong Leong Investment
8 SERBADK 08-Feb-17 1.5 2.65 77% 1.53 2% RHB Investment/Affin Hwang IB
9 KIPREIT 06-Feb-17 1 0.925 -8% 1.04 4% CIMB Investment
10 MATANG 17-Jan-17 0.13 0.11 -15% 0.14 8% M&A Securities
11 HLT 10-Jan-17 0.45 0.565 26% 0.55 22% KAF Investment
12 FPGROUP 29-Dec-16 0.54 0.8 48% 0.61 13% TA Securities
13 RHONEMA 19-Dec-16 0.75 1.01 35% 0.82 9% Public Investment

Berdasarkan dua IPO terkini yang disenaraikan pada Julai lepas, ADVCON terus cemerlang, dibuka pada 17% lebih tinggi  daripada harga IPO dan kini 90% lebih tinggi daripada harga IPO. LCTITAN pula tidak begitu, dibuka pada harga sama dengan IPO dan kini berada pada 19% lebih rendah daripada harga IPO RM6.50. 

Jika dilihat secara keseluruhan 12 IPO terdahulu, masih ada sinar harapan kepada pelabur yang ingin mendapatkan IPO dan berhasrat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan. 

Apakah cadangan anda untuk IPO ini, terus sauk atau hanya tengok?

Sunday 29 October 2017

Bajet 2018: Intai-intai Peluang Pelaburan

Bajet 2018 yang bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50" telah selamat dibentangkan pada 27 Oktober lepas. Sebagai pelabur di Bursa Malaysia, insyaAllah masih ada ruang dan peluang untuk menjana sedikit wang. Paling penting masih tiada lagi Capital Gains Tax dikenakan kepada keuntungan penjualan ekuiti/saham di Malaysia. Segala keuntungan, masih lagi sepenuhnya menjadi milik anda.


Secara keseluruhan saya melihat bajet kali ini masih lagi investor friendly walaupun highlight utama yang diberi perhatian umum adalah perkara yang memberi impak terus kepada individu tertentu seperti Bayaran Khas RM1,500 untuk penjawat awam, penghapusan tol Sg Rasau dan Batu 3, cuti bersalin 60 dinaikkan ke 90 hari dan pengurangan cukai pendapatan sebanyak 2% bagi individu berpendapatan RM20k-RM70k setahun.

Untuk coretan kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkogsi pandangan peribadi mengenai  beberapa sektor yang menarik minat saya berdasarkan bajet yang baru diumumkan.

1. Construction/Building Materials

Sektor pembinaan dilihat menerima manfaat yang besar daripada RM46B belanja pembangunan yang diperuntukkan. Projek-projek seperti
  • ECRL
  • MRT2
  • High Speed Rail
  • Central Spine Road
  • Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi
  • 14 kompleks sukan
  • Lebuhraya Pan Borneo
  • 10,000 unit PPA1M PDRM
  • Bina semula dan naik tafar 2,000 sekolah daif
Saham-saham seperti GAMUDA, IJM, SUNCON mungkin menjadi perhatian. Saya pula secara peribadi lebih berminat untuk melihat saham-saham yang bukan secara terus berpotensi menerima projek-projek ini, tetapi berpotensi untuk melakukan kerja-kerja ataupun menyediakan bahan untuk projek di atas.

ECONBHD misalnya menyediakan khidmat piling dan foundation, manakala OKA menyediakan pre-cast dan readymixed concrete



2. Healthcare

Sektor perubatan juga boleh diberi perhatian. Saham seperti KPJ dan IHH berpotensi menerima manfaat daripada Flagship Medical Tourism yang diumumkan. Selain daripada itu RM500j yang diumumkan bagi tujuan pembangunan dan promosi pelancongan, mungkin juga memberi manfaat tidak langsung dalam mengetengahkan Malaysia sebagai Negara pilihan untuk menjalankan rawatan perubatan.


3. Technology/IoT

Dua pengumuman yang boleh diberi perhatian adalah projek menaik taraf sistem ICT dan 1PRDMnet serta sistem komunikasi, RM270j dan RM245j geran sepadan bagi menaik taraf kemudahan smart manufacturing. Manfaat dari segi keuntungan yang diperoleh daripada perubahan ke smart manufacturing mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh jangka masa panjang. Syarikat yang dijangka dapat manfaat secara terus adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Saya juga masih mencari-cari syarikat tersebut.

4. Logistics

RM100j diumumkan untuk program eRezeki, eUsahawan dan eLadang bakal meneruskan lagi kemeriahan bidang ecommerce di Malaysia. Seperti biasa syarikat yang menyediakan perkhidmatan epayment mahupun kurier perlu diberi perhatian.


Kongikan juga pandangan anda beserta saham pilihan anda berdasarkan pengumuman Bajet 2018 di ruangan komen

Wednesday 5 July 2017

IPO Advancecon dan Lotte Chemical Titan: Nak Jual ke Simpan?

Semalam keputusan IPO Advancecon telah diumumkan. IPO berharga RM0.63 ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga lebih daripada 10.28 kali ganda berbanding jumlah saham yang ditawarkan. Saya sendiri hanya berjaya mendapat 45% daripada jumlah yang saya pohon. Secara peribadi saya masih berpuas hati kerana ramai juga rakan-rakan lain langsung tidak berjaya memiliki saham ini.

Lain pula ceritanya dengan Lotte Chemical Titan. IPO yang pada asalnya dijual pada harga RM8, terpaksa dikurangkan ke RM6.50 kerana kurangnya permintaan daripada pelabur retail. Bukan itu sahaja, jumlah saham yang ditawarkan terpaksa dikurangkan hampir 25% daripada jumlah asal (740.5 juta saham). Saya juga ada membeli IPO ini, melihat kepada situasi ini kemungkinan besar saya akan dapat keseluruhan jumlah yang dibeli.



Percaya atau tidak, ini adalah pengalaman pertama saya membeli saham waktu IPO. Selama ini saya hanya membeli saham-saham yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak disangka pengalaman pertama mendapatkan IPO, terus dapat kedua-duanya sekali. Diibaratkan seperti hidup bujang terlalu lama, tiba-tiba kahwin sekali dua (abaikan jika hambar).

Nak Simpan atau Terus Jual?

Kedua-dua saham ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 dan 11 Julai. Disebabkan saya sudah tahu jumlah saham yang saya peroleh, sekarang timbul pula soalan yang lebih penting perlu saya jawab. Nak simpan atau terus jual saham-saham ini pada hari pertama disenaraikan nanti?

Sebenarnya tujuan asal saya membeli kedua-dua IPO ini adalah untuk menjadi pelabur jangka panjang di kedua-dua syarikat ini. Berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan saya berfikir sebegitu

Advancecon
  1. Lebih 50% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk capital expenditure (nak beli mesin dan peralatan yang berkapasiti lebih tinggi)
  2. Order book yang tinggi  (RM572.5 juta) dan aktif dalam membida projek baharu (20 projek bernilai RM496.4 juta)
  3. Profit margin yang agak baik, sekitar 10-12%
  4. Bercadang untuk memberi dividend sekitar 20% daripada keuntungan

Lotte Chemical Titan
  1. Lebih 90% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk membiayai pembinaan integrated petrochemical facility di Indonesia, polypropylene plant di Johor dan naiktaraf naptha cracker sedia ada
  2. Berada di dalam industri hiliran minyak dan gas yang mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak
  3. Diminati (oversubsribed oleh institusi pelaburan seperti PNB dan syarikat unit trust lain
  4. Bercadang untuk memberi dividend sekitar 50% daripada keuntungan

Prestasi 10 IPO Terdahulu

No Stock Listing Date Harga IPO Harga 5/7/17 % Beza Dengan IPO Open Price on Listing % Beza Dengan IPO2 Candle Listing Day
1
INTA
25-May-17 0.25 0.315 26% 0.33 8% black
2
CABNET
22-May-17 0.56 0.645 15% 0.68 12% white
3
ESAFE
26-Apr-17 0.36 0.41 14% 0.46 10% black
4
EWINT
3-Apr-17 1.2 1.12 -7% 1.31 11% black
5
SERBADK
8-Feb-17 1.5 1.99 33% 1.53 3% black
6
KIPREIT
6-Feb-17 1 0.92 -8% 1.04 4% black
7
MATANG
17-Jan-17 0.13 0.105 -19% 0.14 1% -
8
HLT
10-Jan-17 0.45 0.435 -3% 0.55 10% black
9
FPGROUP
29-Dec-16 0.54 0.875 62% 0.61 7% white
10
RHONEMA
19-Dec-16 0.75 1.28 71% 0.82 7% white

Berikut adalah pemerhatian saya berdasarkan prestasi 10 IPO yang terdahulu
  1. 6/10 saham berada pada kedudukan lebih baik pada hari ini (5 Julai) berbanding harga IPO. Jika saya berniat untuk memegang kedua-dua IPO yang saya beli, kemungkinan untuk terus kekal untung tidak begitu meyakinkan. Malah ada IPO yang berada pada harga -19% berbanding harga IPO. Walaubagaimanapun, ada juga yang berada pada kedudukan 71% lebih tinggi berbanding harga IPO.
  2. 10/10 saham dibuka pada harga lebih tinggi berbanding IPO. Jika dilihat kepada situasi ini, tidak hairanlah ramai juga rakan-rakan yang berebut-rebut membeli IPO dan berniat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan. 'Pelaburan' hanya sekitar 2 minggu, terus boleh dapat untung sekitar 1%-12%.
  3. 6/10 saham tersebut ditutup pada harga lebih rendah berbanding harga pembukaan pada hari pertama disenaraikan (black candle on listing day). Andaikata pemegang saham terus menjual sewaktu saham disenaraikan, dan berniat untuk membeli semula saham yang sama pada harga lebih rendah pada hari tersebut, ada juga peluang untuk pemegang saham tersebut mendapat keuntungan secara contra. Ala-ala shortsell. Walaubagaimanapun, ada 3/10 saham yang ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan (white candle on listing day). Pelabur yang berniat nak beli semula saham yang dijual waktu opening, berkemungkinan juga terpaksa gigit jari. 
Kesimpulannya, memang sukar untuk membuat keputusan. Setakat ini saya lebih berat untuk terus menjual kedua-dua IPO pada pukul pada pukul 9 pagi 10 dan 11 julai ini sambal mengintai peluang untuk membeli semula kedua-dua saham tersebut pada harga yang lebih rendah pada hari yang sama untuk meneruskan niat asal saya menyimpan kedua-dua saham ini sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Kalau anda pula bagaimana?


Monday 12 June 2017

Video: Paper Trade dengan Portfolio Investing.com

Sejak akhir-akhir ini saya sering diajukan soalan mengenai apakah platform terbaik untuk pelabur baharu melakukan Paper Trade ataupun simulasi jual beli saham tanpa menggunakan duit sebenar. Secara peribadi saya suka dengan platform Investing.com. Saksikan video ringkas ini mengenai cara-cara untuk melakukan paper trade menggunakan Investing.com


Thursday 8 June 2017

Pengurusan Porftfolio Percuma di Investing.com

Bagaimanakah cara anda menilai prestasi pelaburan anda?

Kebanyakan platform pelaburan hanya menunjukkan prestasi semasa pelaburan. Portfolio di platform pelaburan saham juga kebiasannya hanya membandingkan prestasi harga saham semasa dan harga belian. Selepas saham itu dijual dan tiada dalam portfolio, maka hilanglah rekod tersebut dari pandangan.

Bagaimana pula jika kita ingin melihat prestasi pelaburan kita terdahulu?

Baru-baru ini saya telah mencuba fungsi Portfolio tracking di Investing.com sekaligus menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Namun ianya memerlukan sedikit kerja tambahan kerana anda perlu memasukkan maklumat seperti nama saham, tarikh belian, jumlah unit belian, harga belian dan sebagainya (add position). Maklumat yang sama juga perlu dilakukan selepas saham tersebut dijual (close position).

Kelebihan

Selepas maklumat-maklumat tersebut dimasukkan, apa yang menariknya adalah anda dapat melihat prestasi semasa pelaburan anda seperti Market Value, Open P/L (Open Positions) dan juga prestasi pelaburan anda setelah saham-saham tersebut dijual seperti Closed P/L dan Total P/L (Closed Positions).

Investing.com dapat digunakan untuk saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Cuma ketika melakukan carian, anda mungkin perlu mengetahui nama penuh syarikat tersebut.

Anda boleh terus melihat technical chart dan juga technical indicator saham dalam portfolio anda secara terus.


Apabila anda click ke butang Technical, anda akan dipaparkan prestasi secara teknikal saham tersebut. Boleh pilih untuk melihat prestasi 5 mins hinggalah monthly

Kekurangan

Bagaimanapun ada sedikit kekangan untuk kita pelabur di Malaysia. Kekangan yang pertama adalah data ini bukan live, tetapi ada sedikit delay. Bagi pelabur yang membuat penilaian secara harian atau mingguan mungkin tiada masalah. Contra trader mungkin merasakan ini sebagai masalah utama.

Sekiranya anda sering atau berminat untuk membeli warrant, sayang seribu kali sayang warrant tidak ada di Investing.com. Alternatif kepada masalah ini adalah selepas saham itu dijual, masukkan rekod belian dan jualan dengan menggunakan mother share (open and close position) selepas penjualan dilakukan. Sebagai contoh sekiranya anda membeli Gadang-Wb, daftarkan rekod dengan nama Gadang. Namun pastkan anda daftarkan selepas penjualan dilakukan, kalau tidak, rekod portfolio semasa anda tidak akan tepat. 

Secara peribadi, walaupun terdapat kekangan untuk kita pelabur di Malaysia, namun kelebihan-kelebihan yang ada di Investing.com jauh lebih baik. Tambahan pula kesemua fungsi yang ada di Investing.com disediakan percuma untuk anda.

Monday 1 May 2017

Video: Konsep Asas Pelaburan Saham

Penyampaian alternatif untuk entri pertama blog ini mengenai konsep asas pelaburan saham. Mungkin lebih mudah difahami berbanding penyampaian dalam bentuk penulisan.

Tuesday 11 April 2017

Real Steel: Keluli Malaysia vs Keluli China

Atom of Real Steel
Walaupun movie Real Steel ni memang best, tetapi hari ini saya tidak berniat untuk bercerita tentang movie tersebut. Apa yang lebih menarik minat saya adalah  berkenaan lambakan keluli dari China yang menyebabkan ketidakseimbangan harga keluli di negara-negara lain termasuklah di Malaysia..

Ketajuhan teruk pada tahun 2015 menyebabkan beberapa negara seperti India dan USA mengambil langkah menetapkan duti import untuk keluli bagi menangani masalah ini.


Sekitar September 2016, Malaysia juga mengambil langkah yang serupa. Pada 26 September 2016, "preliminary safeguard duties" telah dilaksanakan dan sekaligus memberikan impak positif kepada saham syarikat-syarikat berkaitan keluli di Malaysia. Walaubagaimanapun, "preliminary safeguard duties" ini hanya valid untuk tempoh 200 hari dan sepatutnya berakhir pada 10 April (semalam).


The Star 28 Mac 2017

Sehingga hari ini, masih tiada keputusan diumumkan sama ada safeguard duties ini akan diteruskan ataupun tdihentikan. Seandainya diteruskan, kemungkinan ada kesan positif kepada saham-saham berkaitan, seandainya dihentikan, sebaliknya pula mungkin berlaku.

Bersempena dengan tema ini, mungkin menarik jika saya kongsikan dua kaunter saham berkaitan keluli yang menarik minat saya.

MASTEEL (5098)


Masteel dilihat berada di posisi yang agak baik. Long term trend masih lagi uptrend, walaupun short term dilihat agak sideways. Harga hari ini ditutup pada 0.795. Support dilihat pada paras 0.76 (-4.4%) dan resistance pertama pada 0.825 (+3.8%). Sekiranya breakout berlaku, resistance seterusnya adalah pada paras 0.91 (14.5%).

Masteel: Fundamental yang baik (info from iSaham)


LIONIND (4275)


Lionind pula mempunyai paras support yang lebih rendah berbanding harga terikini, 0.665 (-8.9%) berbanding harga tutup hari ini 0.73. Namun begitu, resistance pula agak tinggi pada paras 0.86 (17.8%)

Lionind: Fundamental kurang cantik (info from iSaham)

Kaunter mana agaknya yang betul-betul kental macam Atom Real Steel?