Kesalahan Pertama
Entri sebelum ini saya telah nyatakan strategi saya dalam menghadapi Brexit. Berkenaan Dufu, telah saya nyatakan bahawa saya tidak akan menjual selagi Dufu tidak jatuh melepasi paras RM0.585.
Walaubagaimanapun pada petang 27 Jun terlintas ketakutan dalam diri setelah melihat Dow Jones jatuh lagi sebanyak lebih 300 mata. Lantas saya pun menjual Dufu pada harga RM0.595 walaupun tiada tanda-tanda massive selling berlaku pada Dufu mahupun KLCI. Keesokan harinya pada 28 Jun, Dufu akhirnya melepasi resistance RM0.615 dan terus ditutup pada harga RM0.63 pada hari tersebut. Maka pengajaran yang berharga buat diri saya. Walaupun masih untung sekitar 13% (saya beli pada harga RM0.525), tetapi saya sendiri telah menghalang diri ini untuk mendapat keuntungan yang lebih. Saya telah mengkhianati analisis yang saya lakukan sendiri. Saham yang pada awalnya saya beli untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang, saya jual dengan sebab yang tidak munasabah.
Kesalahan Kedua
Pada petang 2 Julai pula, saya dengan tergesa-gesa telah membeli OKA pada harga RM1.15. Support berada pada paras RM1.12, manakala resistance pada paras RM1.15 dan seterusnya RM1.20. Namun kesilapan ini mungkin tidak begitu besar. Setelah dikaji semula, OKA juga memiliki fundamental yang agak baik. Fair Price berada pada sekitar RM1.32. Masih terdapat potential upside dalam 15%. OKA juga akan memberikan dividend tidak lama lagi (telah diumumkan namun masih memerlukan kelulusan di AGM).
Value Investing Bahagian 2
Saya baru selesai khatam buku The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham. Buku ini boleh dikatakan 'kitab' yang menjadi rujukan kepada pelabur-pelabur jangka masa panjang. Tambahan pula pelabur terkenal seperti Warren Buffett juga menjadikan buku ini sebagai rujukan. Sejujurnya agak sukar untuk saya fahami kerana contoh-contoh yang diberikan kesemuanya berkaitan pasaran di USA termasuklah bond. Walaubagaimanapun message yang saya dapat tetap jelas. Value investing adalah konsep pelaburan yang terbukti berkesan untuk jangka masa panjang. Boring tetapi berkesan.
Berikut adalah 8 kriteria yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat screening saham-saham yang berpotensi dijadikan lubuk untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang.
1. Harga saham tidak lebih daripada 2/3 nilai saham (MOS - Margin of Safety)
2. PE Ratio rendah berbanding PE Ratio purata industri (saya mengunakan PE Ratio bawah 10)
3. PEG bawah 1
4. Harga saham tidak melebihi tangible book value (saya hanya peroleh maklumat NTA, jadi saya gunakan harga saham tidak melebihi NTA)
5. DE Ratio bawah 1
6. Current ratio lebih 2
7. Dividend Yield tinggi (bagi saya sekitar 3% ke atas sudah ok, lebih baik daripada simpanan di bank)
8. Compounded earning growth melebihi 7% setahun (sukar saya peroleh, saya menggunakan maklumat EPS YOY sebagai ganti)
Saya merujuk kepada laman web http://www.isaham.my/ dan http://www.malaysiastock.biz untuk mendapatkan maklumat mengenai ratio disebutkan tadi.
Hasil kajian singkat, berikut adalah saham-saham pilihan yang saya senarai pendek untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang
Chinwel, Suria, Dufu memiliki dividend policy yang akan membayar dividend setiap tahun kepada pelabur. UMS dan OKA tiada dividend policy, namun telah memberi dividend setiap tahun kepada pelabur.
Berurusniaga dengan Mr. Market
Menurut Benjamin Graham, setelah anda mengenalpasti saham-saham yang mempunyai fundamental yang kukuh, berurusniaga lah dengan Mr. Market (pasaran saham). Sekiranya berlaku panic selling, Mr. Market akan menawarkan harga diskaun kepada anda, itulah waktu terbaik untuk membeli. Sekiranya pasaran saham terlebih bullish, ada potensi harga-harga saham anda melepasi paras intrinsic/fair value, itulah waktu terbaik untuk menjual saham anda kepada Mr. Market.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin
Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini
Macamana nk kira Fair Price tu tuan?
ReplyDeleteUntuk menentukan Fair Price, ada beberapa formula yang boleh digunakan. Untuk lebih mudah, boleh rujuk ke website isaham.my. Dalam website tu ada menyatakan Fair Price untuk setiap stock mengikut formula2 tertentu
DeleteFair price tu apadia ya tuan? Harga yg ssuai utk dibeli ke?
ReplyDeleteFair price kadang2 juga dipanggil intrinsic value sesuatu saham. maksudnya sekiranya dinilai berdasarkan beberapa faktor (bergantung kepada formula) seperti keuntungan syarikat, nilai aset, unjuran revenue/profit dan sebagainya, saham itu sepatutnya bernilai pada fair price atau intrinsic value. Sebagai contoh saham x berharga RM1 di pasaran, tetapi berdasarkan formula sepatutnya saham tersebut berharga RM2. Value investor kebiasaannya berminat dengan saham seperti ini kerana saham tersebut dikira undervalue.
DeleteTuan, bagaimana nak dapatkan NTA saham?
ReplyDeleteUntuk mendapatkan maklumat mengenai NTA, saya sering buat rujukan di http://www.malaysiastock.biz
DeleteSearch nama stock yg anda berminat dan boleh dapat info tentang NTA saham tersebut di situ
terima kasih tuan...saya pun mula mcm tuan buat...
ReplyDeleteSama2. Semoga Berjaya untuk kita
DeleteTerima kasoh tuan. Saya pun mahu jadi value investor.
ReplyDeletesama2 tuan. lebih tenang begitu :)
Deletetuan ada peram dufu tak?? dengan kesm.. perghh harga dufu dah naik 400% dari tarikh tuan post ni
ReplyDeletesayangnya saya tidak peram. pengalaman yang sangat berharga. waktu tu jual pegangan untuk mulakan bisnes
Delete