Iklan

Sunday, 26 June 2016

BREXIT: Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada hari Jumaat sekitar jam 2 petang waktu Malaysia, keputusan undian Brexit (UK keluar daripada EU) vs Bremain (UK kekal bersama EU) telahpun secara rasminya diumumkan. Saya secara peribadi mengharapkan keputusan berpihak kepada Bremain kerana bagi saya kestabilan adalah penting untuk pasaran saham kekal positif. Namun apakan daya, majoriti pengundi memilih Brexit.

Kesan terhadap KLCI

KLCI 24.6.2016

KLCI mengalami penurunan sehingga ke paras 1611.88 sebelum ditutup pada 1634.05 (0.36%). Sekilas pandang, kesan Brexit tidak begitu ketara kepada KLCI. Walaubagaimanapun jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Ini kerana pada petang jumaat apabila KLCI ditutup, pasaran US masih belum dibuka dan reaksi pasaran US masih belum dapat dilihat. Perkara ini penting kerana KLCI kebiasaannya mempunyai correlation yang tinggi dengan pasaran US.

Lautan Merah di Seluruh Dunia

Index utama dunia selepas Brexit

Dow Jones turun sebanyak lebih 600 mata. Pasaran-pasaran lain juga kebanyakannya jatuh sekitar 3% dalam masa satu hari dagangan. Penurusan pasaran dunia dilihat jauh lebih tinggi berbanding KLCI yang turun sebanyak 0.36%. Esok (Isnin) adalah hari yang sangat penting untuk melihat kesan sebenar Brexit terhadap KLCI. 

Masa untuk Jual, Bertahan atau Beli?

Pada ketika ini saya ada memegang satu saham iaitu DUFU. Tujuan asal saya adalah melabur di dalam DUFU untuk jangka masa yang panjang. Namun kehadiran Brexit memerlukan saya untuk membuat strategi baru. Esok saya akan memerhatikan pergerakan DUFU secara fokus. Sekiranya berlaku sell down dengan volume yang tinggi, dan harga DUFU turun melepasi paras RM0.585 dan seterusnya RM0.560, saya akan menjual dahulu saham ini. Ini kerana saya tidak pasti sebesar masa kesan sebenar Brexit. Adakah ia bersifat sementara ataupun ianya menjadi punca kepada berlakunya market crash? Kelebihan buat saya kerana harga belian saya adalah RM0.525. Sekiranya harga kekal di atas paras support RM0.56 saya akan terus memegang saham ini.

DUFU 24.6.2016

Untuk pembelian saham baru, saya masih belum membuat keputusan. Pegangan yang saya ambil buat masa ini adalah tunggu dan lihat. Sekiranya benar market crash berlaku, sememangnya masa terbaik untuk membeli saham-saham yang memiliki fundamental yang kukuh pada harga diskaun. Saham-saham seperi SHH, HARTA dan ARANK berada dalam pemerhatian saya.




Saturday, 18 June 2016

Value Investing

Value Investing merupakan satu strategi memilih kaunter saham yang berada di dalam kategori undervalued, ataupun harga semasa saham tersebut lebih rendah daripada intrinsic value.

Ramai pelabur-pelabur baru yang salah faham dalam menilai mahal atau murahnya harga sesuatu saham. Kesilapan paling umum adalah dengan hanya melihat kepada harga saham tersebut. Sebagai contoh saham SYF yang berharga RM0.575 berbanding SHH yang berharga RM1.91, mana satu lebih 'murah'?

Harga vs Nilai

Sebagai pelabur kita tidak boleh melihat kepada harga semata-mata. Sebaliknya apa yang perlu kita ambil kira adalah nilai sebenar saham tersebut. Matlamat utama dalam value investing adalah mencari saham-saham yang mempunyai harga terkini jauh lebih rendah daripada nilai sebenar saham tersebut. Dan saham-saham inilah yang sebenarnya dikatakan 'murah'. Di sinilah perlunya sedikit ilmu mengenai Fundamental Analysis.

Dalam menentukan nilai sebenar sesuatu saham, banyak cara ataupun teknik yang boleh digunapakai. Antara cara yang terkenal adalah Discounted Cashflow Method (DCF) and Discounted Dividend Model (DDM).

Saya akui formula dan pengiraan untuk mementukan nilai sebenar saham melalui teknik-teknik yang disebutkan tadi agak kompleks. Namun sekarang kita tak perlu bersusah payah untuk melakukan kiraan sendiri, sudah ada pakar yang membuat coding berdasarkan fomula-formula tersebut, dan berkongsi hasil formula tersebut di laman web beliau.

iSaham Stock Screener



Saya cadangkan anda layari sendiri laman web iSaham.my. Yang paling saya suka mengenai iSaham adalah ranking  yang disusun mengikut keputusan analisis fundamental dan juga teknikal. Konsep ini sememangnya memudahkan pelabur untuk membuat pilihan saham mana yang sesuai dibeli mengikut selera masing-masing.

Khamis lepas saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Anas, pengasas laman web iSaham ini. Sempat juga kami berbincang mengenai cadangan saya supaya iSaham menambahkan ranking untuk undervalued warrant dan juga maklumat mengenai Enterprise Multiple (=Enterprise Value/EBITDA).

Berbalik kepada soalan mengenai SYF dan SHH tadi, di bawah ini saya kongsikan screenshot mengenai Fair Value untuk kedua-dua stock ini yang saya peroleh melalui iSaham.

SYF

SHH
Melalui perbandingan di atas, harga kedua-dua SYF dan SHH sememangnya lebih rendah daripada Fair Value masing-masing. RM0.575 vs RM0.645 dan RM1.91 vs RM2.70. Kedua-duanya masih 'murah'. Namun sekiranya saya perlu memilih antara dua, sedikit analisis tambahan diperlukan.

Fundamental Analisis Pilihan Saya

SYF SHH
Price 0.575 1.91
PE Ratio 9 6
Debt/Equity Ratio 0.79 0.21
Earning Yield 11.96% 15.35%
FCF Yield -10.85% 17.07%
ROE 14.42% 17.04%
ROIC 10.45% 17%

Sebenarnya banyak cara yang boleh digunapakai untuk menilai murah atau mahalnya sesuatu saham tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan melihat kepada PE Ratio ataupun Price/Earning ratio. Dalam kes ini, walaupun SHH kini berharga RM1.91, namun jika dibandingkan dengan pendapatan syarikat (menggunakan PE ratio), sebenarnya jauh lebih rendah berbanding SYF. 

Jadual di atas merupakan beberapa ratio yang saya gunakan untuk memilih saham-saham yang undervalued. Secara ringkasnya saya selalu melihat kepada saham-saham yang mempunyai
  • PE Ratio yang rendah (bawah 10)
  • Debt/Equity yang rendah (bawah 1.0)
  • Earning Yield yang tinggi
  • FCF Yield yang tinggi
  • Return of Equity, ROE yang tinggi
  • Return on Invested Capital, ROIC, ratio keuntungan yang tinggi
Teruskan belajar. Saya pasti anda juga akan memiliki teknik memilih kaunter saham tersendiri. 

Tuesday, 14 June 2016

Man vs Machine

Hari ini saya mungkin menyimpang sedikit daripada topik bursa saham. Minggu lepas saya buat keputusan untuk menyemak semula jumlah wang terkumpul dalam akaun 1 KWSP, niat dihati nak laburkan sedikit wang akaun 1 KWSP ke dalam unit trust. Kira punya kira alhamdulillah cukup. Tetapi saya tidak melakukan pelaburan melalui unit trust consultant. Saya melakukan pelaburan melalui Fundsupermart

Unit Trust Consultant vs Fundsupermart

Sebabnya hanya satu, jimat. Melalui Fundsupermart fees yang dikenakaan tidak lebih daripada 2%. Dan sebagai pelanggan baru, sekiranya saya melakukan apa-apa pelaburan dalam masa 30 hari selepas membuka akaun, fees yang dikenakan pada bulan tersebut hanyalah 1%. Ini jauh lebih rendah sekiranya saya melakukan pelaburan melalui unit trust consultant yang kebiasaannya mengenakan fees sehingga mencecah 6% (cash investment) dan 3% (KWSP). Perbezaan peratus mungkin kelihatan tidak begitu tinggi, namun saya berpendapat sebaliknya. 

1% setiap transaksi x 4 transaksi setahun x 20 tahun pengeluaran konsisten = 80% penjimatan

Bagi saya penjimatan yang hebat. Tambahan pula untuk pelaburan berisiko rendah dan potensi pulangan yang rendah seperti unit trust.

Selain berasa gembira dengan penjimatan yang bakal dilakukan, saya juga terfikir mengenai evolusi yang berlaku disekeling kita sejak akhir-akhir ini. Setiap kerja yang kita lakukan, tidak kiralah sehebat mana kita rasa diri ini, satu hari nanti mungkin akan digantikan oleh robot/machine/internet application.

Remisier vs Online Trading

Situasi yang sama juga telah lama berlaku untuk platform pelaburan saham. Dahulunya trading dilakukan melalui remisier dengan fees sekitar 0.42%, minimum RM28 kini digantikan dengan online trading yang mengenakan fees sekitar 0.05% - 1% , minimum RM8-RM12.


Robotrader?

Evolusi ini tidak akan terhenti di tahap Online Trading. Untuk pasaran saham luar negara sudah ada Robotrader yang boleh menggantikan manusia untuk membuat buy/sell call. Dalam bidang lain juga sudah wujud tanda-tanda bahawa machine akan menggantikan manusia dalam membuat keputusan yang lebih tepat, tanpa faktor human error. PillTracker yang dikatakan bakal menggugat kerjaya pharmacist, Ross oleh IBM yang berpotensi memberi nasihat guaman lebih tepat berbanding peguam, Google self driving car, Da Vinci Surgical System berkemungkinan menggantikan jurubedah merupakan antara contoh kemajuan teknologi yang telah berlaku. Terima kasih kepada Machine Learning, Artificial Intelligent dan Big Data Analytics. 

Nasihat saya kepada diri sendiri, change or you'll be changed






Saturday, 11 June 2016

Vivocom

Pagi tadi saya menghadiri Traders Travern (Spotting Bullish & Bearish Trading Opportunities in Ramadhan Month) @ Grand Hyatt Hotel anjuran MNS Global. Dalam sesi pertama Dato Dr. Nazri Khan (DDNK) telah berkongsi tema pasaran sempena Hari Raya iaitu consumer market. Kaunter saham seperti Padini, Kanger, Sernkou dilihat sebagai saham bertemakan konsumer yang menunjukkan pergerakan positif menjelang Hari Raya. Walaubagaimanapun dalam sesi tadi DDNK memberi lebih tumpuan kepada saham-saham luar negara.

Sesi kedua lebih menarik minat saya. Mr. Choo Seng Choon, Pengarah Eksekutif Vivocom Intl Holdings Bhd (Vivocom) telah menerangkan perancangan dan strategi syarikat Vivocom. 

Screenshot maklumat fundamental Vivocom daripada laman web isaham.my
Fundamental

Vivocom pada Jumaat lepas ditutup pada harga 0.285. Saham tersebut telah naik dengan cemerlang daripada 0.082 sehingga mencecah 0.37 sebelum turun sedikit ke harga sekarang. Jika dilihat dari sudut fundamental, PE Ratio Vivocom agak tinggi, 22.0. Walaubagaimanapun apabila ditanya mengenai PE Ratio yang tinggi kepada Mr. Seng Choon, jawapan yang diberikan saya boleh terima. PE Ratio tersebut adalah berdasarkan laporan kewangan 2015. Untuk tahun kewangan 2016, dijangka berlaku perubahan mendadak terhadap revenue Vivocom seperti dapat dilihat pada laporan kewangan Q1 baru-baru ini. Jika prestasi diukur mengikut Q1 lepas (revenue RM141.5 juta), PE Ratio Vivocom terkini berada pada sekitar 9.

Souvenir oleh Vivocom
Vivocom yang dahulunya dikenali sebagai Instacom bermula sebagai sebuah syarikat yang terlibat secara aktif dalam sektor insfrastruktur telekomunikasi seawal tahun 2002. Pada tahun 2013, berlaku perubahan dalam industri tersebut di mana syarikat-syarikat telekomunikasi mengurangkan Capital Expenditure sekaligus memberi impak negatif kepada syarikat-syarikat seperti Instacom. Apa yang menarik bagi saya, syarikat Instacom cepat bertindak dengan melakukan downsizing dan meluaskan skop perniagaan ke bidang construction. Instacom bermula dengan membeli saham syarikat Vivocom Enterprise dan telah mengambil alih sepenuhnya syarikat tersebut pada penghujung tahun 2015. Disebabkan pada masa hadapan punca pendapatan utama syarikat dijangkakan datang daripada sektor construction, Instacom juga telah melakukan rebranding kepada Vivocom Intl Holdings Bhd.

Prospek syarikat dilihat sangat positif. Setakat ini order book syarikat yang telah diumumkan mencecah RM 1.379 B. Bukan itu sahaja, terdapat juga RM3.798 B lagi order book yang masih belum diumumkan. Kerjasama dengan syarikat China Railway Construction Corp dan China Nuclear Huaxing menjadi kelebihan buat Vivocom. Vivocom juga dalam proses untuk disenaraikan di main market di bawah kategori construction

Dari segi perbelanjaaan syarikat, Vivocom lebih menumpukan ke arah projek-projek yang boleh meningkatkan nilai syarikat. Pemberian bonus dan dividen bukan keutamaan buat masa ini. 

Technical


Dari segi teknikal Vivocom kini berada pada kedudukan downtrend. Harga sekarang berada di bawah EMA 9, 20 dan 50. 

Kesimpulan 

Bagi saya, Vivocom adalah syarikat yang mempunyai potensi tinggi dari segi fundamental. Syarikat ini akan saya masukkan ke dalam watchlist saya. Namun saya tidak akan melakukan pembelian sekarang. Correction mungkin berterusan sehingga ke paras 0.26 - 0.27. Pada paras ini, Vivocom sememangnya memenuhi ciri-ciri saya untuk dimasukkan ke dalam portfolio saya untuk jangka masa panjang. 


Wednesday, 8 June 2016

Projek RM100K Dalam Masa 20 Bulan Melalui Pasaran Saham

Bagi memastikan saya terus serius dalam pelaburan di pasaran saham, saya bertekad untuk meletakkan satu sasaran yang mengiurkan untuk saya capai. RM100K dalam masa 20 bulan, ataupun sehingga penghujung tahun 2017 merupakan sasaran baru yang saya tetapkan. Memandangkan modal permulaan saya kecil dan saya juga tidak setuju dengan konsep meminjam untuk melabur, cara terbaik yang dapat saya fikirkan buat masa ini adalah dengan mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan saya untuk dilaburkan secara konsisten. 

Saya bermula dengan RM1,000 pada bulan pertama (penghujung bulan Mei lepas) dan setiap bulan berikutnya saya akan menambah pelaburan sebanyak RM1,500- RM3,500 setiap bulan secara konsisten.


Sekiranya saya hanya menyimpan dengan penuh disiplin mengikut perancangan di atas, sehingga penghujung 2017 saya akan dapat mengumpul simpanan sebanyak RM48,000 (column D). Untuk mencapai sasaran RM100K pada Disember 2017, portfolio pelaburan saya perlu berkembang sebanyak sekurang-kurangnya 8% setiap bulan. Sekiranya situasi ini berlaku, saya akan dapat mengumpul sebanyak RM104,034 dalam tempoh waktu yang sama (column E). Ya saya setuju. Sasaran 8% setiap bulan ini adalah sangat ambitious. Namun secara peribadi sasaran mengiurkan sebegini akan menjadikan saya lebih teruja untuk mencapainya. 

Column H saya sediakan khusus untuk menilai prestasi peribadi saya. Seandainya nilai portfolio semasa saya melebih ataupun sama dengan sasaran (column E), kotak tersebut akan berwarna hijau. Jika sebaliknya berlaku kotak tersebut akan berwarna merah.

Jumlah tambahan bulanan (column C) dibuat berdasarkan kira-kira kasar yang mampu saya asingkan untuk pelaburan sepanjang 20 bulan mendatang. Disebabkan situasi sebenar setiap bulan tidak dapat saya jangkakan, jumlah sebenar yang saya masukkan ke dalam trust account untuk dilaburkan akan saya rekodkan di column F. Sebagai contoh pada bulan pertama, sepatutnya saya masukkan RM1,000 tetapi saya mengelat sedikit dengan memasukkan lebih RM100 untuk memberi motivasi tambahan kepada diri.



Kaunter pertama saya beli untuk projek ini adalah Acostec pada harga 0.825 dan jual semula pada harga 0.805 pada hari yang sama, 27.5 dengan kerugian RM43.59. Kemudian saya membeli Dufu pada harga 0.525 pada 31.5 dan masih memegang saham tersebut sehingga hari ini (harga terkini 0.590).

Perjalanan masih jauh. Harapan saya semoga pasaran semakin cantik untuk tempoh yang mendatang. Best case scenario, saya akan berjaya mencapai sasaran RM100K. Dari segi risk tolerance pula, saya masih tersenyum seandainya pada penghujung 2017 saya masih dapat selamatkan sekitar 80% daripada jumlah capital yang dilaburkan. Memandangkan risk tolerance saya tidak begitu tinggi, strategi saya pastinya lebih berhati-hati. 



Tuesday, 7 June 2016

Setahun Berlalu

Saya ingin memohon maaf kepada pembaca yang mengunjungi blog ini sepanjang setahun yang lepas kerana blog ini bagaikan tidak bertuan yang dibiarkan begitu sahaja. Berhijrah kerana menerima tawaran kerja baharu dan menceburkan diri dengan hobi baharu antara sebab blog ini diabaikan. Maaf sekali lagi.

Baru-baru ini beberapa orang rakan menghubungi saya untuk bertanya mengenai pelaburan saham. Tujuan asal mereka adalah untuk memberikan saya sejumlah wang untuk saya laburkan bagi pihak mereka. Permintaan mereka saya tolak. Salah dari segi undang-undang kerana saya tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk laburkan duit orang lain. Namun saya memohon rakan-rakan tersebut datang berjumpa saya di sebuah kedai kopi. Tujuan saya cuma satu. Adalah lebih baik saya kongsi ilmu pelaburan supaya mereka boleh membina empayar kewangan dengan tangan mereka sendiri. Lalu blog ini saya buka semula sebagai rujukan. Tutorial, perbincangan dan soal-jawab berlaku di kedai kopi tersebut. Hasilnya rakan-rakan saya kini menjadi pelabur aktif di Bursa Malaysia.

Jangan Mudah Percaya

Sekadar ingatan. Jangan, jangan, dan jangan walau sekalipun mempercayai rakan, saudara-mara mahupun adik-beradik dengan menyerahkan wang anda untuk dilaburkan. Buka minda, rajinkan membaca dan laburlah sendiri. Kerana caranya sangat mudah.

Keratan akhbar hari ini mengenai syarikat menipu pelabur

Imbasan Selepas Setahun Berlalu: Roller Coaster

Supaya tidak berasa begitu bersalah setelah membiarkan blog ini selama setahun, mungkin ada baiknya jika dalam entri ini saya kongsikan recap ataupun imbasan mengenai apa yang berlaku terhadap beberapa indicator utama sepanjang setahun lepas.


FBMKLCI

Indeks utama negara mencecah paras 1504 sekitar Ogos 2015 namun kembali rebound ke paras 1600 - 1730 dan pada hari ini indeks ditutup di atas paras EMA 9, 20 dan 50 pada kedudukan 1660.62. Secara teknikal saya melihat indeks berada dalam trend yang positif untuk jangka masa terdekat.

FBMKLCI belum menunjukkan arah yang jelas untuk jangka masa panjang

Crude Oil

Crude Oil juga telah mencecah paras terendah sekitar USD 26.05 pada awal tahun ini. Kejatuhan harga minyak dunia dan pengukuhan USD antara punca memberi kesan terhadap prestasi FBMKLCI sepanjang setahun lepas. Jika melihat kepada carta Crude Oil di bawah, Trend menurun (downtrend) telahpun berganti dengan trend menaik (uptrend). Secara jangka pendek, outlook untuk Crude Oil juga dilihat positif. Pengesahan lebih jelas dapat dilihat sekiranya Crude Oil berjaya mengekalkan harga di atas paras USD 50.

Crude Oil perlu bertahan atas paras USD 50 untuk kekal positif

Secara peribadi saya melihat pasaran berada dalam keadaan positif untuk jangkamasa terdekat. Walaubagaimanapun langkah berhati-hati tetap saya ambil. Sejak kebelakangan ini, Fundamental Analysis lebih banyak mempengaruhi keputusan saya dalam memilih saham untuk dibeli, dan saya juga memegang saham dengan lebih lama berbanding tahun lepas. Kekangan masa untuk melihat carta dan melakukan Technical Analysis mungkin menjadi faktor utama membuatkan saya lebih cenderung ke arah Fundamental Analysis.

Tak kisah lah cara apa pun. Yang penting untung!