Sunday 8 March 2015

Lembu Jantan atau Beruang?

Sejak kembali aktif dalam dunia pelaburan, saya sering mengikuti seminar ataupun talk disekitar Lembah Klang mengenai Market Outlook, Sector Highlight, Kelas Analisa Teknikal dan sebagainya. Daripada pemerhatian saya, penyertaan golongan Bumiputera masih lagi kurang, walaupun ada sedikit peningkatan berbanding 7 tahun lepas. Atas sebab inilah blog ini ditulis dalam Bahasa Malaysia, dengan harapan lebih ramai golongan Bumiputera  peka dan sedar, industri ini sebenarnya mudah difahami dan boleh dijadikan alternatif untuk anda mencapai apa saja matlamat kewangan jangka pendek mahupun jangka panjang.
 
Perlu ada Degree in Finance ke nak faham saham ni?
 
Tidak perlu. Apa yang diperlukan hanyalah minat dan kesungguhan untuk memahami. Memang betul dalam pelaburan ada terminologi yang kurang biasa kita dengar. Jangan risau, dari semasa ke semasa saya akan berkongi dengan anda cara mudah untuk memahami maksud terminologi yang sering digunakan dalam pelaburan saham
 
Bullish dan Bearish
 
Bagaikan pusingan roda kehidupan, pasaran saham juga ada naik dan turun. Dua perkataan ini sering digunakan untuk menggambarkan keadaan pasaran saham, sama ada dalam trend menaik atau menurun.
 
Bullish: Diambil daripada perkataan Bull (Lembu Jantan). Bullish menggambarkan pasaran sedang mencanak naik. Lembu Jantan waktu menyerang akan menyodok dan melambungkan lawannya ke atas.
 
Bearish: Diambil daripada perkataan Bear (Beruang). Bearish pula menggambarkan pasaran sedang merudum. Beruang waktu menyerang akan menjatuhkan lawannya ke bawah. Beruang juga sering dikaitkan dengan sifat perlahan dan mungkin juga malas.
 
Sideways: Selain daripada Bullish dan Bearish, ada juga kemungkinan pasaran bergerak dalam keadaan mendatar ataupun sideway.


 
Bagi pelabur, pastinya Bullish adalah situasi paling digemari. Untuk tahun 2015, analis berbeza pendapat mengenai halatuju pasaran saham pada tahun ini. Ini kerana pasaran saham sudah berada dalam keadaan Bullish sejak tahun 2009. Dalam banyak-banyak pendapat yang saya baca dan dengar, saya lebih cenderung kepada Bullish namun tetap mengambil langkah berhati-hati. Sebabnya? Akan saya kongsi dalam entry seterusnya.  

1 comment: