Saturday 14 March 2015

KLCI vs Dow Jones

Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Pun Terasa Juga
 
FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index atau FBMKLCI ataupun KLCI adalah index yang digunakan untuk mengetahui status pasaran saham di Malaysia sihat ataupun tidak. Jika berlaku kenaikan pada KLCI, menunjukkan pasaran semakin baik, jika sebaliknya berlaku menunjukkan pasaran kurang baik. Walaupun KLCI tidak mewakili keseluruhan 1700 lebih kaunter saham di Bursa Malaysia, ia adalah index yang paling jelas boleh digunakan sebagai rujukan kerana KLCI mewakili 30 kaunter syarikat terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
 
Untuk contoh yang lebih praktikal, kalau kita tonton Buletin Utama TV3 misalnya, pembaca berita sering menyebut ayat-ayat berikut:
 
"KLCI ditutup tinggi, menokok XXX mata": Maksudnya KLCI naik pada hari tersebut.
 
"KLCI ditutup rendah, turun YYY mata": Maksudnya KLCI turun pada hari tersebut.
 
"Pasaran ditutup bercampur-campur...XXX kaunter saham naik, YYY kaunter saham turun, ZZZ kaunter saham tidak diniagakan": Menunjukkan jumlah kaunter saham yang naik, turun, dan tidak berlaku sebarang urusniaga pada hari tersebut.
 
Dow Jones Industrial Average atau DJIA atau Dow Jones pula mewakili 30 syarikat terbesar yang disenaraikan di USA. Seperti KLCI di Malaysia, Dow Jones juga sering digunakan sebagai tanda aras untuk mengetahui status pasaran saham di USA.
 
Disebabkan wujud perbezaan waktu antara Malaysia dan USA, pelabur di Malaysia selalunya akan mengetahui prestasi pasaran di USA dengan melihat Dow Jones ditutup pada paras berapa. Pasaran USA ditutup pada 5:30 am ataupun 6:30 am waktu Malaysia (bergantung kepada Daylight Saving Time). Tapi kenapa?
 
Kebiasaannya, naik ataupun turunnya KLCI pada hari berikutnya bergantung kepada prestasi Dow Jones pada hari sebelumnya. Ada bebera kemungkinan perkara ini berlaku. Antaranya kerana sentimen pelabur kebiasaannya bersifat reaktif. Bukan sahaja di Malaysia, prestasi di negara-negara lain juga sering bergantung kepada prestasi Dow Jones. USA masih dianggap kuasa utama ekonomi dunia.

Correlation antara KLCI dan Dow Jones
 

5 years correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)
Kalau kita lihat carta di atas, pergerakan KLCI dan Dow Jones sepanjang 5 tahun yang lepas bergerak selari. Cuma bermula pada tahun 2013, perbezaan sedikit diverge (mencapah), namun pattern naik-turun masih lagi sama.

  
1 year correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)

Untuk tempoh setahun yang lepas, pergerakan masih selari sehingga bulan November, diverge selepas itu namun naik-turun masih tidak banyak perbezaan.
 
 
3 months correlation KLCI vs Dow Jones (source: The Wall Street Journal)
Sepanjang 3 bulan lepas, pergerakan agak selari. Sentimen di USA dan Malaysia agak konsisten.

Kesimpulannya, untuk menjangka prestasi KLCI tidaklah begitu sukar, setiap pagi lihat prestasi Dow Jones, anda akan mendapat gambaran KLCI pada hari tersebut akan ditutup tinggi ataupun sebaliknya. Seperti kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.

4 comments:

  1. Terima kasih. Tak sangka correlation antara 2 indeks sangat tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 tuan. saya percaya market lain juga terikut sama. bukan hanya Malaysia

      Delete