Sunday 22 March 2015

Common Sense Investing: Keluar Poket Kiri, Masuk Poket Kanan

Entri kali ini tiada kaitan dengan buku Little Book of Common Sense Investing by John C. Bogle. Kali ini saya ingin berkongsi tips mudah pemilihan kaunter saham. Mungkin lebih bermanfaat kepada pelabur jangka panjang. Entri kali ini boleh juga dianggap sambungan kepada entri Double Hedging: Kepala Makan, Ekor Pun Makan Fokus kali ini lebih kepada kaunter saham yang berkait rapat dengan barang kegunaan harian kebanyakan rakyat Malaysia. Secara ringkas, sekiranya kita sering membelanjakan wang terhadap sesuatu barang, terutama sekali pembelian ulangan,, adalah lebih baik kita miliki sebahagian daripada saham syarikat tersebut. Tujuannya satu, supaya duit yang keluar dari poket kiri, akan masuk semula ke poket kanan. Eh?

Image from Getty Images
Smartphone
 
Berapa kerapkah anda menukar smartphone / tab anda? Setahun sekali? Enam bulan sekali? Sebulan sekali? Sudah menjadi kebiasaan generasi muda kebanyakannya berebut-rebut mendapatkan smartphone terkini. Harga untuk sebuah smartphone juga tidaklah begitu murah. Bagaimana untuk mengelakkan kita terus menerus menghabiskan wang mendapatkan smartphone terkini, tanpa mendapat sebarang keuntungan (selain pujian tidak begitu ikhlas daripada rakan-rakan)? Caranya mudah, beli saja saham yang berkait rapat dengan pengeluar kegemaran kita. Ya betul, saham syarikat Apple dan Samsung tidak disenaraikan di Bursa Malaysia. Tapi tahukah anda, ada beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang mendapat manfaat daripada peningkatan jualan produk Apple ataupun Samsung?

Inari Amertron Berhad (0166)

The Star 6 September 2014
Saya telah menggunakan Ipad Mini selama lebih kurang 2 tahun. Ipad Mini ini dahulunya saya beli  dengan harga sekitar RM1,300. Pada 21/3/2013, harga satu unit saham Inari adalah RM0.285. Ya, hanya 28.5 sen seunit. Pada 20/3/2015 (Jumaat lepas), harga satu unit saham Inari adalah RM3.33
 
(RM3.33 - RM0.285) / RM0.285 x 100% = 1068%
 
Harga saham Inari telahpun meningkat sebanyak 1068% dalam masa 2 tahun. Sekiranya jumlah yang sama seperti harga sebuah Ipad Mini saya laburkan pada saham Inari pada 20/3/2015,
 
RM1,300 + (RM1,300 x 1068%) = RM15,184
 
pegangan saham saya pada hari ini meningkat kepada RM15,184

Inari (0166)
Bil Telefon / Internet
 
Setiap bulan kita membelanjakan sejumlah wang untuk membayar bil telefon dan juga internet. Untuk memastikan setiap duit yang kita belanjakan tidak hangus begitu sahaja, baik juga kita melabur dalam syarikat Telco yang kita gunakan. Saham Telco di Malaysia lebih bersikap defensive. Kemungkinan untuk mendapat capital gain tinggi seperti Inari agak tipis, namun kebanyakan saham syarikat Telco di Malaysia menawarkan dividend yield  menarik.
 
Maxis (6012): 5.56%
Digi (6947): 4.11%
Axiata (6888): 3.13%

Elektrik

Begitu juga dengan bil elektrik. Konsep keluar poket kiri, masuk poket kanan masih boleh digunapakai. Anda mungkin boleh mempertimbangkan saham Tenaga (5347), YTLPowr (6742), ataupun Petgas (6033)
 
Jika nak disenaraikan semua, memang terlalu banyak. Boleh dikatakan kesemua syarikat yang disenaraikan ada kaitannya secara langsung dengan kehidupan harian kita semua. Persoalannya, sampai bila kita ingin terus menjadi pengguna dan hanya mengeluarkan wang setiap masa? Mari sama-sama kita asah ilmu pelaburan, naiktaraf status kita daripada pengguna kepada pemegang saham. Lagi banyak duit keluar dari poket kiri, banyak lagi yang akan masuk ke poket kanan. I Like.

2 comments: