Sunday 1 March 2015

Asas Pelaburan Saham: Apa, Kenapa, Siapa, Di Mana, Bagaimana, Bila?

Apa?

Pelaburan saham adalah salah satu medium untuk menjana atau menggandakan pendapatan. Merujuk kepada ESBI Cashflow Quadrant oleh Robert T Kiyosaki, terdapat empat kategori menjana pendapatan iaitu Employee (pekerja/makan gaji), Self Employed (bekerja sendiri), Business Owner (pemilik perniagaan) dan Investor (pelabur). 

Terdapat pelbagai jenis pelaburan di Malaysia, antaranya
1. Saham atau Ekuiti (melabur terus di Bursa Malaysia)
2. Bond / Sukuk
3. Komoditi (emas, sawit)
4. Amanah Saham (ASB, CWA, Public Mutual)
4. Hartanah 
6. Dan lain-lain

Pelaburan saham merupakan aktiviti membeli sebahagian daripada saham/ekuiti syarikat-syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia. 

Kenapa?

Tujuan utama melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan. Dua jenis keuntungan yang berpotensi diperoleh adalah
1. Capital Gain (untung apabila jual semula saham pada harga lebih tinggi daripada harga beli)
2. Dividend (sebahagian syarikat memberi dividen kepada pemegang saham)

Sebagai contoh, sekiranya anda ada membeli saham Nexgram pada 17/02/15 dengan harga RM0.075 dan menjual semula pada 27/02/15 dengan harga RM0.10, anda telahpun memperoleh keuntungan Capital Gain sebanyak 33.33% dalam masa 10 hari!

Siapa?

Sesiapa sahaja dibenarkan melabur di Bursa Malaysia. Anda hanya perlu membuka akaun Central Depository System (CDS) melalui broker yang sah di Malaysia. Sangat mudah, semudah membuka akaun bank dengan mana-mana bank di Malaysia. Apa yang diperlukan hanyalah salinan Mykad, buku bank ataupun penyata akaun yang disahkan oleh bank, bayaran RM10 (ada juga broker yang tolong bayarkan untuk anda...percuma!). Anda juga dibenarkan membuka lebih daripada satu akaun CDS. 

Di Mana?

Anda boleh rujuk senarai broker di http://www.bursamalaysia.com. Boleh juga buat kajian sendiri untuk menilai broker terbaik untuk anda. Antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah
1. Fees ataupun yuran jualan/pembelian yang rendah
2. Trading Platform yang menarik 
3. Menyediakan kelas asas ataupun sesi Market Outlook percuma 

Buat masa ini saya memilih Malacca Securities kerana fees yang dikenakan hanyalah 0.08% untuk setiap transaksi di bawah RM10,000. Paling murah yang saya jumpa setakat ini.

Bagaimana?

Setakat ini terdapat 1,734 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Terdapat pelbagai strategi ataupun kaedah untuk memilih kaunter saham yang bagus untuk dibeli. Strategi pemilihan selalunya bergantung kepada profil risiko pelabur tersebut. Terdapat 2 kategori utama iaitu

1. Investor (pelabur)
Kebiasannya golongan ini membuat pemilihan berdasarkan Fundamental Analysis dengan melihat kepada kekukuhan kewangan dan model perniagaan sesebuah syarikat. Kaunter seperti ini biasanya lebih stabil, risiko mengalami kerugian agak rendah dan menawarkan dividen kepada pelabur. Namun potensi mendapatkan keuntungan yang tinggi melalui Capital Gain agak terbatas. Saham biasanya dibeli dan disimpan untuk jangkamasa panjang.

2. Trader/Speculator (pedagang/spekulator)
Golongan ini pula lebih cenderung membuat pemilihan berdasarkan Technical Analysis ataupun dengan melihat kepada pergerakan trend, purata naik turun harga, momentum jualan dan belian, volume ataupun jumlah unit diniagakan. Pemilihan juga dibuat berdasarkan khabar angin ataupun berita yang berkaitan. Kenaikan dan penurunan harga kaunter seperti ini biasanya lebih agresif, potensi untung/rugi lebih tinggi, harga saham per unit selalunya lebih rendah. Saham biasanya dibeli dan dijual semula dalam jangkamasa singkat. Sesingkat setengah minit!

Bila?

Pasaran saham dibuka pada 9:00 pagi sehingga 5:00 petang Isnin hingga Jumaat. Pasaran ditutup untuk rehat pada 12:30 tengahari hingga 2:30 petang. Pasaran tutup pada hari cuti umum.

Bila pula waktu terbaik untuk memulakan pelaburan? Waktu terbaik adalah 20 tahun lepas, waktu kedua terbaik pula adalah hari ini :)

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini

8 comments:

  1. maaf tuan..sy nk tnya...adakah pelabur yang gain profit melalui capital gain dikira sbg spekulator..sy confuse ..sebab dia jual smula bila saham naik kan? slalunya investor yg gain profit melalui capital gain ni ambil masa brp lama utk jual saham dyrg?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... adakah umur kena cukup 21

    ReplyDelete
  3. amirul fitri pelabur kedua-dua kategori pelabur mensasarkan keuntungan melalui capital gain. target price yang ditetapkan oleh investor selalunya bergantung kepada instrinsic value saham tersebut. sebagai contoh melalui hasil fundamental analysis investor tersebut saham DUFU sepatutnya bernilai 0.77 tetapi harga semasa adalah 0.55. Investor hanya akan menjual semula setelah harga 0.77 dicapai. Selain itu ada juga investor yang membuat pelaburan berdasarkan halatuju perniagaan syarikat tersebut. selagi hatatuju masih jelas dan dilihat menguntungkan, investor tidak akan menjual pegangan saham walaupun sudah untuk berkali ganda.

    ReplyDelete
  4. Muhammad Faiz: Waalaikumussalam. umur minimum untuk membuka CDS account adalah 18 tahun.

    M Hezrie Salim: Sama2

    ReplyDelete
  5. assalam tuan.ape beza buka akaun cds melalui broker dan daftar sbg local participant(LP) dgn bursa malaysia?atau adakah perkara yg sama shj?

    ReplyDelete
  6. assalam.ape beza buka akaun cds melalui broker dgn daftar sbg local participant(LP) melalui bursa msia tuan?atau bnda yg sama shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Setahu saya local participant diperlukan untuk trade derivatives seperti futures (fcpo-futures crude palm oil). cds untuk trade saham/stock.

      Delete