Monday 2 March 2015

How to make a million?

 Keinginan untuk menceburi bidang pelaburan bermula lebih kurang 7 tahun yang lepas. Dalam majalah Personal Money keluaran November 2008, beberapa jutawan telah ditemuduga. Hanya satu soalan diajukan: Bagaimana anda mendapat RM 1 juta yang pertama? Dalam edisi tersebut, majoriti jutawan yang ditemuduga memperoleh RM 1 juta pertama mereka melalui pasaran saham.
 
Tanpa sebarang pengalaman, ilmu, pengetahuan dalam bidang saham, saya terus menceburkan diri. Kaunter saham pertama yang dibeli adalah Bank Islam. Keputusan membeli dibuat hanya berdasarkan gerak hati yang mengatakan saham ini ada masa depan yang cerah. Antara saham yang pernah dibeli adalah AirAsia, IOI dan Myeg. Namun penglibatan dalam pasaran saham tidak lama, cuma beberapa bulan dan sebabnya hanya satu, semua pegangan saham dijual untuk deposit sebuah kereta! Tidak dinafikan, ini merupakan tindakan paling kurang bijak yang pernah saya lakukan.
 
Tujuan blog ini diwujudkan untuk berkongsi dengan pembaca mengenai perjalanan dunia pelaburan saya. Jangan risau, saya juga baru ingin bermula semula. Cuma kali ini sedikit berbeza. Kali ini pelaburan dilakukan bukan dengan hanya gerak hati, tetapi dengan ilmu, tools, teknik dan maklumat pasaran yang melimpah ruah di hujung jari kita semua.
 
Sekiranya anda juga mempunyai keinginan mendapatkan RM 1 juta pertama, teruskan membaca dan susuri perjalanan ini bersama dengan saya.
 
 
 
 
 

2 comments: