Tuesday 3 March 2015

Double Hedging: Kepala Makan, Ekor Pun Makan

Cara Mudah Nak Pilih Saham

Apabila berbicara tentang saham, ramai yang takut nak ceburi. Antara alasan paling popular yang diberikan adalah
1. Takut takut takut, mesti rugi
2. Saham permainan orang ada-ada (kaya)
3. Tak pandai nak pilih saham, boleh bankrap nanti
 
Hari ini saya ingin menyentuh tentang perkara ketiga. Tokoh terkenal dalam pelaburan saham seperti Warren Buffet mula melabur ketika berusia 11 tahun. Jesse L Livermore, stock operator terkenal pula bermula ketika berusia 15 tahun. Bagaimana agaknya mereka boleh 'pandai' ketika masih berstatus kanak-kanak? Sebenarnya melabur di pasaran saham sangat mudah. Hanya berdasarkan pemerhatian, kita boleh buat pilihan kaunter saham mana yang ingin dibeli. Secara tidak langsung, cara yang bakal saya cadangkan ini membolehkan anda memilih Kepala dan Ekor serentak ketika syiling dibaling ke udara. Eh?

Kepala atau Ekor?

Senario 1: Harga Minyak Naik
 
Bermula 1 Disember 2014, Malaysia melaksanakan sistem apungan tersurus bahan api untuk menentukan harga bahan api seperti petrol (minyak). Secara ringkasnya harga pada 1 Disember ditetapkan berdasarkan purata harga minyak dunia sepanjang bulan sebelumnya (November). Harga pada 1 Januari pula ditentukan berdasarkan purata harga minyak dunia sepanjang bulan Disember dan begitulah seterusnya. Beberapa hari lepas kenaikan harga petrol sudahpun dijangka kerana harga minyak dunia sepanjang bulan Februari mengalami kenaikan. Ramai yang mengeluh kerana nikmat harga petrol murah terlalu singkat untuk dirasai.
 


Dalam keadaan sekarang, ada kemungkinan harga minyak dunia semakin stabil. Maksudnya ada kemungkinan juga harga petrol di Malaysia akan meningkat. Konsep Double Hedging ataupun pilih kepala dan ekor boleh digunakan sekiranya anda melabur di kaunter saham yang berasaskan industri minyak dan gas. Sebagai contoh UMW Oil & Gas (UMWOG), Perisai Petroleum Teknologi (PERISAI), Sapura Kencana Petroleum (SKPETRO), Scomi Energy Oilfield Services (SCOMIES) dan banyak lagi. Kepada pemegang saham kaunter-kaunter berasaskan minyak, pasti melonjak gembira dan sering berdoa harga minyak dunia akan terus naik dan naik supaya saham pegangan mereka juga turut naik dan naik. Nampak tak permainan nya di situ?
 
Senario 2: G to the S to the T, GST
 
Kurang sebulan daripada sekarang, GST akan dilaksanakan di Malaysia. Sekali lagi rakyat jelata mengeluh kerana kemungkinan besar kuasa membeli semakin kecil apabila cukai barang dan perkhidmatan mula dikenakan. Syarikat-syarikat yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM500,000 setahun wajib mendaftarkan perniagaan mereka. Malah yang berpendapatan kurang daripada jumlah tersebut jugak digalakkan untuk mendaftar. Ini bermaksud, sepanjang beberapa bulan sebelum perlaksanaan GST, syarikat perisian yang layak membekalkan perakaunan GST sememangnya tidak menang tangan, dan sememangnya pendapatan syarikat tersebut juga melimpah ruah disebabkan proses pendaftaran tersebut bukanlah percuma. Sebagai contoh IFCA MSC, Nova MSC, Century Software dan banyak lagi. Pelabur yang bijak memilih peluang, sekali lagi melonjak gembira. Berita mengenai GST adalah peluang untuk membuat untung.

IFCAMSC meningkat sebanyak 205% dalam masa 5 bulan
 
Senario 3: Kejatuhan RM berbanding USD
 
Dalam situasi begini, ramai juga yang mengeluh terutama sekali kaki travel ke luar negara. Lebih banyak duit RM diperlukan ketika berkunjung ke pengurup wang berbanding sebelum ini. Sekiranya anda seorang pelabur, syarikat eksport yang memperoleh pendapatan dalam USD boleh diberi tumpuan. Syarikat seperti KOSSAN, HOMERIZ, SYF, UNISEM dan banyak lagi mendapat manfaat daripada kejatuhan nilai RM. Sekali lagi konsep Kepala dan Ekor boleh digunapakai.
 
Secara tidak langsung, konsep Double Hedging telahpun anda praktikkan. Mudah bukan? Yes or Yes?


2 comments: