Tuesday 17 March 2015

Insider Trading

Untung Yang Pasti
 
"The most valuable commodity I know of...is information". Itu adalah petikan kata-kata yang diucapkan oleh Gordon Gekko kepada Bud Fox dalam filem Wall Street. Tidak. Saya tidak maksudkan filem Wolf of Wall Street, tetapi saya merujuk kepada filem Wall Street yang dikeluarkan pada tahun 1987. Filem ini saya tonton berkali-kali tanpa jemu. Merupakan salah satu sebab yang menambahkan minat saya terhadap pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia.
 
Daripada pemerhatian saya, cara paling mudah dan pasti untuk membuat keuntungan adalah melalui insider trading, ataupun menggunakan maklumat daripada 'orang dalam'. Dengan cara tersebut, Gordon Gekko telah diiktiraf sebagai karakter filem yang ke-empat terkaya oleh Forbes pada tahun 2008.
 


"If you're not inside..you're outside" - Gordon Gekko
 
Insider Trading: Jualan atau belian sesuatu kaunter saham dilakukan oleh individu yang memiliki maklumat non-public material yang memberi kesan kepada harga sesuatu kaunter saham sekiranya maklumat tersebut diketahui umum
 
Aktiviti insider trading sebenarnya merupakan suatu kesalahan di USA dan juga di Malaysia. Di bawah seksyen 188 (Capital Markets and Services Act 2007), sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.
 
Sebagai contoh, syarikat A bakal dianugerahkan kontrak berjumlah RM100 juta pada 17 Mac 2015. Individu X yang memiliki maklumat mengenari perkara tersebut (mungkin yang menguruskan tender) membeli saham syarikat A pada pagi 17 Mac 2015 sebelum berita diumumkan. Apabila berita mengenai kontrak tersebut diumumkan pada 18 Mac 2015 misalnya, saham tersebut naik 20% dan individu X menjual saham yang dibeli lebih awal tadi dengan keuntungan 20%.
 
Walaupun ia merupakan satu kesalahan, terdapat segelintir pelabur di Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maklumat daripada orang dalam untuk mendapat keuntungan yang mudah dan pasti.
 
Bagi pelabur retail yang tidak mempunyai akses kepada maklumat seperti itu, cara kedua terbaik adalah melalui Technical Analysis. Dengan melihat kepada pergerakan chart, kadangkala pergerakan insider trader dapat dilihat. Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan Technical Analysis. Buat masa ini hanya belajar sendiri melalui internet, buku, dan e-book. Pada yang berminat, mungkin anda boleh mula dengan membaca buku Charting Made Easy by John J. Murphy. Sebagai individu yang tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang pelaburan, perbankan mahupun kewangan, saya berpendapat Technical Analysis tidaklah begitu kompleks untuk difahami. Sekali lagi ingin saya tekankan, asalkan ada minat dan kesungguhan, perkara yang sukar boleh menjadi mudah. Technical Analysis is damn easy to learn. Yes or yes?
 
 

2 comments: