Tuesday 10 March 2015

Apple Watch Satu Keperluan?

 
Beberapa jam tadi Tim Cook, CEO Apple telahpun mengumumkan maklumat lebih terperinci mengenai Apple Watch termasuklah tarikh pelancarannya. Ketika ini pasti tidak ramai yang ingin ambil tahu mengenai perkara ini. Ada juga yang mungkin mengatakan dengan yakin, saya tidak perlukan Apple Watch, jam tangan sudah ada, smartphone juga sudah ada, kenapa perlu Apple Watch? Saya cadangkan anda berhati-hati dengan kenyataan anda. Ini kerana Apple sememangnya terkenal dengan kehebatan memastikan setiap produk keluaran mereka menjadi satu keperluan. 

Harga: USD 349 - USD 17,000

Terdapat tiga edisi Apple Watch yang akan dilancarkan

Apple Watch Sport - Bermula dengan USD 349
Apple Watch - Bermula dengan USD 549
Apple Watch Edition (18-karat Gold) - Bermula dengan USD 10,000

 Aplikasi yang cool
 
Dijangkakan Apple Watch juga akan memiliki aplikasi yang menarik untuk pengguna. Dikatakan akan ada aplikasi yang memberi amaran jika anda duduk terlalu lama. Boleh start enjin kereta, buka kunci pintu hotel, buka kunci pagar dan pastinya banyak lagi.

Tarikh Jualan: 24 April 2015

Apple Watch akan mula dijual pada 24 April di USA, Australia, Canada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun dan UK. Masih belum ada tarikh jualan untuk Malaysia.

So What?
 
Saya bukanlah kaki gajet. Namun saya perlu ambil tahu tentang apa saja maklumat terkini berkaitan dengan Apple. Percaya atau tidak, kuasa Apple sangat besar sehingga boleh menentukan arah trend pasaran saham USA, termasuklah Malaysia. Mulai hari ini dijangkakan pasaran akan kembali kepada bullish momentum sehingga 24 April. Apa saja yang berlaku pada 24 April sangat penting, sekiranya ada sebarang setback, jumlah jualan Apple Watch tidak seperti dijangkakan misalnya akan mempengaruhi sentimen pasaran saham. Betul atau tidak? Sama-sama kita nantikan.




No comments:

Post a Comment