Monday 12 March 2018

Boleh Untung Ke Beli IPO?

Dalam Kelas Asas Saham semalam sempat juga bersembang sedikit sebanyak mengenai IPO. Saya juga ada kongsikan analisa ringkas yang telah saya buat mengenai prestasi beberapa IPO yang terkini dan salah seorang peserta memohon untuk saya kongsikan analisa tersebut.

Alang-alang blog pun dah bersawang, mungkin ada baiknya saya kongsikan analisa tersebut di sini. Sedikit disclaimer, analisa ini mungkin tidak boleh dipanggil sabagai analisa pun, kerana tidak melibatkan kajian dari segi fundamental dan sebagainya. Tetapi hanya melihat kepada trend prestasi beberapa IPO yang terdahulu.

Apa Itu IPO

Sedikit penerangan pada yang tak tahu mengenai IPO. IPO sebenarnya ringkasan kepada Initial Public Offering. Bagi sesebuah syarikat yang berminat menerbitkan saham dan menjualnya kepada pelabur lain, terbitan pertama tersebut digelarkan sebagai IPO.

Untuk membeli IPO, sama seperti membeli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia anda perlu membuka CDS akaun dengan mana-mana broker yang berlesen di Malaysia. Pembelian IPO pula boleh dilakukan secara online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain, ataupun juga melalui ATM.

Untung Ke Tak Untung Beli IPO Ni?

Walaupun setiap individu melabur dalam saham dengan niat untuk membuat untung, kita perlu terima hakikat tidak ada jaminan keuntungan dalam pelaburan saham. Itu adalah perkara asas yang tidak boleh kita nafikan. Untuk membuat prediction untung atau rugi sesuatu pelaburan, penilaian yang boleh dilakukan adalah dengan melihat trend prestasi terdahulu sesuatu saham tersebut. Walaupun prestasi terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang, sekurang-kurangnya takde la main tembak je kan.

Prestasi IPO Terdahulu


Prestasi IPO

Jadual di atas saya kemaskini pada hari Jumaat lepas (9 Mac 2018). Jika dilihat pada 16 IPO yang terdahulu, kebetulan 50% daripada IPO tersebut berada pada kedudukan lebih baik dan separuh lagi berada pada kedudukan lebih rendah berbanding harga IPO. SERBADK sebagai contoh paling cemerlang yang berada pada paras 119% berbanding harga IPO. Jika anda berminat untuk membeli IPO dan terus memegang saham tersebut pada jangka masa yang panjang, memang boleh untung dan kadangkala boleh pula rugi.

Apa yang lebih menarik minat saya adalah kebetulan kesemua 16 IPO ini, disenaraikan pada harga lebih tinggi pada detik pertama ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Maksudnya adalah, jika anda membeli IPO dan terus menjual pada pukul 9 pagi hari pertama IPO tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia, peluang untuk anda mendapat keuntungan adalah tinggi.

Berdasarkan 16 IPO terdahulu ni, prestasi yang paling buruk pada detik pertama disenaraikan adalah LCTITAN yang dibuka pada harga RM6.50, sama seperti harga IPO. Ya betul tu, paling buruk pun tak untung dan tak rugi (ok rugi sikit la yuran transaksi). Malah 9 daripada 16 IPO tersebut mencatat keuntungan lebih daripada 10% jika dijual pada detik pertama ia disenaraikan. Seperti INTA, 32% tu.

Jom Melabur

Pelaburan ni sebenarnya sangat mudah. Sesuai untuk semua orang. Hukum alam dalam pelaburan masih kekal. High Risk, High Return. Sekali lagi ingin saya ingatkan, prestasi terdahulu tidak menjamin keuntungan akan datang. Risiko juga memang tetap akan wujud. Cuma risiko ini boleh diuruskan. Uruskan dengan apa? Pastinya dengan ilmu. Jadi rajin-rajinlah belajar.

p/s: Kalau minat nak hadir Kelas Asas Saham yang seterusnya, rajin-rajinlah lawat facebook iSaham ataupun Suddin Salleh supaya tak terlepas kapal. Kelas kitorang setakat ni yang termurah di alaf ini. Waktu artikel ini ditulis Kelas Asas Saham masih lagi pada harga RM39 seorang, dan RM30 seorang jika daftar berdua atau lebih.


Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini


15 comments:

  1. penerangan yg jelas dan membakar semangat pelabur mentah seperti saya. Tahniah and keep it up !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan selamat datang ke dunia pelaburan

      Delete
  2. Eerrr bila anjur kursus yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh like/follow facebook page saya di facebook.com/suddinpage

      Ada maklumat kursus di sana ye

      Delete
  3. Hai ada apa2 fee ke untuk pembelian ipo. Contoh belian ipo kita tak terpilih, ada apa2 jumlah kerugian bakal kita tanggung, sbg contoh processing fee? Kebiasaan nye kira mcm mana ya processing fee tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ada fees yang dikenakan bergantung kepada eBank mana yang digunakan. Sebagai contoh Maybank2u RM1, CIMBClicks RM2/2.50

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Boleh follow Facebook page saya di https://www.facebook.com/SuddinPage

      Saya ada maklumkan mengenai kelas di sana

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete