Wednesday 1 November 2017

IPO Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB): Nak Sauk Atau Hanya Tengok?

Sebuah syarikat electrical & mechanical engineering specialist, Kejuruteraan Asastera Berhad (KAB) melancarkan prospektus untuk IPO nya dua hari lepas. Harga IPO KAB ini adalah RM0.25. IPO ini boleh dibeli sehingga 7 November nanti. Seperti biasa persoalan utama adalah, nak sauk atau hanya tengok?



Servis kejuruteraan elektrikal adalah focus utama syarikat ini. KAB bercadang untuk menggunakan 58% daripada hasil IPO untuk working capital, 17% sebagai listing expenses dan 12.5% untuk capital expenditure


Prestasi IPO Terdahulu

No Nama Listing Date Harga IPO Harga 1/11/17 % Beza Dengan IPO Open Price on Listing % Beza Dengan IPO2 Principal Adviser
1 KAB 17-Nov-17 0.25 Mercury Securities
2 LCTITAN 11-Jul-17 6.5 5.24 -19% 6.50 0% Maybank Investment
3 ADVCON 10-Jul-17 0.63 1.2 90% 0.74 17% RHB Investment
4 INTA 25-May-17 0.25 0.375 50% 0.33 32% M&A Securities
5 CABNET 22-May-17 0.56 0.665 19% 0.68 21% TA Securities
6 ESAFE 26-Apr-17 0.36 0.38 6% 0.46 28% Mercury Securities
7 EWINT 03-Apr-17 1.2 1.04 -13% 1.31 9% CIMB Investment/Maybank Investment/Hong Leong Investment
8 SERBADK 08-Feb-17 1.5 2.65 77% 1.53 2% RHB Investment/Affin Hwang IB
9 KIPREIT 06-Feb-17 1 0.925 -8% 1.04 4% CIMB Investment
10 MATANG 17-Jan-17 0.13 0.11 -15% 0.14 8% M&A Securities
11 HLT 10-Jan-17 0.45 0.565 26% 0.55 22% KAF Investment
12 FPGROUP 29-Dec-16 0.54 0.8 48% 0.61 13% TA Securities
13 RHONEMA 19-Dec-16 0.75 1.01 35% 0.82 9% Public Investment

Berdasarkan dua IPO terkini yang disenaraikan pada Julai lepas, ADVCON terus cemerlang, dibuka pada 17% lebih tinggi  daripada harga IPO dan kini 90% lebih tinggi daripada harga IPO. LCTITAN pula tidak begitu, dibuka pada harga sama dengan IPO dan kini berada pada 19% lebih rendah daripada harga IPO RM6.50. 

Jika dilihat secara keseluruhan 12 IPO terdahulu, masih ada sinar harapan kepada pelabur yang ingin mendapatkan IPO dan berhasrat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan. 

Apakah cadangan anda untuk IPO ini, terus sauk atau hanya tengok?

7 comments:

  1. Bila Bitcoin akan IPO di Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bitcoin bukan saham dan takkan ada IPO. tapi kalau nak beli terus memang boleh, beli melalui Luno ataupun Localbitcoin

      Delete
  2. ipo best, senang2 je dpt ratus2 percent, tapi risiko tetap ada gak....
    KAB masa mula2 listed dia drop, tapi kejap je panjat baik, terbaik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. IPO paling sukar nak predict sebenarnya. cuma track record yg terbaru ni banyak yang ok

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete