Wednesday 22 July 2020

Apa Nak Buat Kalau Saham Yang Pernah Dibeli Jatuh Banyak Sangat?

Baru-baru ada kawan yang bertanya, dia pernah beli saham SAPNRG dulu, tapi sekarang dah rugi 90%. Walaupun jumlah yang dibeli tidak terlalu banyak, pedihnya masih terasa kerana sehingga kini beliau sekali-sekala termenung tengok satu-satunya saham yang dipegang. Tak tahu apa nak buat.

Janganlah kita tanya kenapa jadi macamtu, kenapa tak cut loss dulu?, kenapa simpan lagi?. Mungkin semakin kita tanya semakin pedih ulu hati beliau mengenangkan apa yang telah terjadi. Mungkin pembelian dahulu dilakukan tanpa mengikut apa-apa strategi saham. Mungkin pembelian dilakukan berpandukan khabar angin yang indah-indah. Mungkin beliau tak pernah tahu tentang Cut Loss. Mungkin beliau percaya saham ini pasti akan kembali bangkit satu hari nanti, mungkin lagi setahun, mungkin lagi 10 tahun, ataupun 100 tahun lagi.

Persoalan yang lebih penting untuk kita bincangkan adalah 

Soalan 1. Apa yang kita boleh buat sekarang? 
Soalan 2. Bagaimana untuk elakkan sejarah seperti ini berulang kembali?


Untuk menjawab soalan pertama, ada 3 cadangan yang boleh dipertimbangkan.

Cadangan 1. Jual dan Mulakan Hidup Baharu

Cadangan ni memang susah untuk dilaksanakan. Tak ramai orang boleh akui kesilapan dan terima kekalahan walaupun silapnya mungkin disebabkan oleh diri sendiri. Bagi yang boleh terima kekalahan, cadangan ini boleh dipertimbangkan.

Cadangan 2: Gunakan Technical Analysis untuk Jual Pada Harga Lebih Baik

Untuk jual dengan keuntungan mungkin hampir mustahil untuk contoh saham yang sedang kita bincangkan. Namun bagi mereka yang telah belajar sedikit ilmu Technical Analysis, boleh aplikasikan ilmu tersebut untuk menjual saham ini pada harga yang lebih baik daripada harga sekarang. Boleh pertimbangkan untuk lakukan penjualan apabila saham ini rebound ke paras resistance terhampir. Ataupun simpan sahaja selagi saham ini tidak pecah menembusi harga support semasa.

Cadangan 3: Cari Modal Tambahan Dan Bina Portfolio Baharu Dengan Strategi Yang Betul

Yang dulu biarlah berlalu, sediakan sedikit modal lain untuk bina portfolio yang baharu. Kali ini lakukan pembelian saham dengan strategi yang betul. Selain daripada membeli dengan strategi yang betul, paling penting adalah untuk kita kawal risiko kerugian dengan menetapkan cut loss yang boleh kita terima sebelum pembelian dilakukan. Seandainya masih lagi tersilap pilih, kita masih ada modal yang baik untuk lakukan pembelian yang lain. Dalam saham memang niat kita untuk mencari keuntungan, namun sebenarnya ada perkara yang jauh lebih penting daripada itu, protect modal kita dengan disiplin menjaga cut loss. Gunakan langkah ini untuk elakkan sejarah buruk seperti ini berulang kembali.






No comments:

Post a Comment