Belajar Saham Bursa Malaysia
Bullish Bursa: A Player, or Nothing. Blog asas pelaburan saham di Bursa Malaysia. Perkongsian dibuat untuk tujuan pendidikan dan juga menggalakkan lebih ramai pelabur retail di Bursa Malaysia.
Monday, 10 July 2023
Lyndung Referral Code
Friday, 14 April 2023
Medical Card Murah Bawah RM100 Dengan Lyndung: Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan
"Ada tak medical card yang murah, kalau boleh bawah RM100"
"Tau bagus, tapi tu la, tak mampu ni"
Ini adalah antara pandangan yang sering saya terima sewaktu menjalankan tugas sebagai perunding Takaful sekitar tahun 2015 hingga 2021 dahulu. Pada waktu itu, sebenarnya rasa agak buntu. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk membantu insan di sekeliling saya. Secara peribadi saya faham betapa pentingnya aspek perlindungan dalam perancangan kewangan yang menyeluruh. Rasa agak tertekan apabila tidak dapat membantu lebih ramai untuk sama-sama memahami kepentingan ini.
Sebagai seorang individu yang memiliki sijil Islamic Financial Planner, terasa pedih apabila ada ahli keluarga sendiri pun tidak mampu untuk memiliki apa jenis perlindungan pun. Kalau diikutkan ingin saja saya menaja atau sponsor ahli keluarga yang kurang berkemampuan, namun jumlah ratusan ringit untuk seorang setiap bulan, ataupun ribuan ringgit untuk seorang setiap tahun merupakan satu jumlah yang diluar keupayaan saya juga.
Bagaimana Lyndung Bermula?
Situasi ini menjadi pencetus kepada pelibatan saya secara serius dalam membangunkan Lyndung sejak penghujung tahun 2021 dahulu. Konsep yang berbeza dengan Insurans dan Takaful, Lyndung mengangkat model perkongsian komuniti sepenuhnya, bahagi sama rata yang lebih hampir dengan konsep khairat, seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita di kampung-kampung satu masa dahulu.
Hasil daripada R&D yang menyeluruh dan libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan, akhirnya Lyndung Sdn Bhd ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Namun ini hanya lah langkah permulaan. Banyak perkara yang harus diperhalusi sebelum Lyndung boleh dilancarkan kepada umum.
Setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Alhamdulillah Lyndung berjaya dilancarkan pada 28 Februari 2023. Lyndung hadir sebagai sebuah program yang paling mampu milik di Malaysia. Berhasrat untuk membantu kira-kira 78% daripada rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki apa-apa jenis perlindungan, terutama sekali sekitar 43% daripada mereka yang menyatakan tidak mampu untuk melanggan perlindungan kesihatan.
Bagaimana Lyndung Berfungsi?
Lyndung bukan insurans ataupun takaful. Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan.
Untuk menyertai Komuniti Lyndung, kita hanya perlu membayar yuran keahlian (wakalah) sebanyak RM10 sebulan ataupun RM120 setahun. Yuran keahlian ini adalah yang termurah di pasaran. Dari awal perancangan, memang ini lah tujuan utama. Apabila kita ingin menyelesaikan masalah ketidakmampuan di kalangan masyarakat, penyelesaiannya mestilah mampu milik.
Setelah menyertai Lyndung, antara manfaat yang boleh ahli perolehi adalah, sekiranya ada antara ahli komuniti yang sakit, bil perubatannya akan dibahagi sama rata dengan kesemua ahli. Mirip dengan konsep khairat yang kita bincangkan tadi.
Sebagai contoh jika bil perubatan adalah RM5,000 dan bilangan ahli adalah 1,000 orang, maka setiap seorang hanya perlu menyumbangkan RM5 sahaja pada bulan tersebut.
Sekiranya tiada siapa-siapa yang sakit pula, maka tiada perkongsian yang diperlukan pada bulan tersebut. Ya perkongsian pada bulan tersebut adalah RM0!.
Berkongsi Secara Sama-Rata |
Bagaimana Jika Nilai Perkongsian Tinggi?
Sekiranya bil bulan tersebut tinggi, sebagai contoh bil RM150,000 dan ahli ada 1,000 orang, maka setiap ahli perlu sumbangkan RM150. Dalam kes sebegini, pada bulan tersebut setiap ahli hanya perlu sumbangkan RM50. Baki RM100 itu pula akan di bawa ke bulan-bulan seterusnya. Supaya aliran tunai setiap ahli tidak terganggu. Maksimum perkongsian bulanan dihadkan kepada RM50 sahaja.
Berapa Bayaran Ketika Pendaftaran
Lyndung ada dua jenis keahlian.
1. Tahunan: RM120 setahun
2. Bulanan: RM10 sebulan
Sewaktu pendaftaran, jika anda memilih jenis keahlian Tahunan, jumlah yang perlu di bayar adalah seperti berikut
1. Yuran Keahlian Tahunan: RM120
2. Sumbangan Perkongsian Awal: RM100
3. Payment Gateway Fees: sekitar RM3-RM5.50
Sumbangan Perkongsian Awal berjumlah RM100 tersebut, boleh dianggap seperti kredit ataupun prepaid. Jika pada bulan seterunya setiap ahli perlu berkongsi RM5 seorang, RM5 ini akan ditolak daripada RM100 ini, dan baki akan menjadi RM95.
Demi menjaga ketelusan program, Sumbangan Perkongsian Awal ini tidak disimpan oleh Lyndung Sdn. Bhd., tetapi dijaga oleh Syarikat Amanah (Trustee) Islam iaitu Amanah Warisan Berhad (AWARIS).
Yuran Keahlian Lyndung Adalah Yang Termurah di Malaysia |
Apakah Manfaat Yang Layak Dikongsi?
Antara manfaat utama Lyndung adalah
- Perkongsian Bil Perubatan sehingga RM1,000,000 setahun
- Khairat kematian RM5,000
- Rawatan pesakit luar kanser dan dialisis buah pinggang sehingga RM200,000 sepanjang hayat
- Bilik rawatan hospital sehigga RM150 sehari
- Ambulans untuk kecemasan sehingga RM250
Ringkasan Manfaat Program Lyndung |
Manfaat penuh yang layak dikongsi dan perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi ada di dalam perkara 7 hingga 8 di dalam Manual Ahli Lyndung.
Siapa Yang Layak Untuk Menyertai Lyndung
Setakat ini, Lyndung terbuka kepada Warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan tiada penyakit sedia ada. Ini hanya syarat sewaktu pendaftaran sahaja. Setelah menjadi ahli dan selagi kita aktif berkongsi, manfaat perkongsian masih boleh dinikmati walaupun umur melebihi 40 tahun.
Syarat Penyertaan Lyndung |
Mendemokrasikan Industri Penjagaan Kesihatan di Malaysia
Pelaburan wang, masa dan tenaga yang saya laburkan di Lyndung Sdn. Bhd. ini, tidak sama seperti pelaburan-pelaburan saham lain yang pernah saya lakukan. Kajian fundamental tentang perniagaan ini mengambil masa bertahun sebelum ia boleh dilaksanakan. Pelibatan saya pula sememangnya secara aktif.
Ini kerana pelaburan kali ini, bukan ingin mencapai keuntungan dalam bentuk wang ringgit. Tetapi ingin mencapai perkara yang lebih besar, menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada ramai orang. Usaha ini dilakukan untuk mendemokrasikan industri penjagaan kesihatan di Malaysia.
Mari sertai usaha murni ini dengan menyertai Komuniti Lyndung. Jika tidak melepasi syarat penyertaan, kongsikan tentang Lyndung kepada mereka yang memerlukan. Layari laman web Lyndung di lyndung.my
Friday, 14 August 2020
Cara Menggunakan BTST Screener iSaham untuk Teknik Buy Today Sell Tomorrow
Sejak blog ini mula ditulis sekitar 5 tahun lepas, entri yang mendapat bacaan tertinggi masih lagi entri bertajuk Cara Scan Kaunter Saham untuk Dibeli. Dalam entri tersebut ada saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk mencari saham-saham yang berpotensi untuk meneruskan momentum kenaikan pada hari berikutnya.
Namun pada ketika ini, saya tidak lagi menggunakan cara manual tersebut. Sekiranya saya berminat untuk menggunakan strategi Buy Today Sell Tomorrow, atau lebih dikenali sebagai BTST, saya terus menggunakan BTST Screener yang ada di iSaham.my.
BTST seperti namanya dianggap sebagai satu teknik yang pantas. Beli hari ni (petang) jual esok (pagi). Sepenuhnya melihat kriteria teknikal, tidak mengambil kira fundamental syarikat. Teknik pantas seperti ini semestinya risiko kerugian juga pantas seandainya pada waktu penggunaan ianya tidak menjadi.
Cara Menggunakan BTST Screener
Cara menggunakannya screener ini sebenarnya sangat mudah
1. Buka BTST Screener sekitar jam 4 petang.
2. Boleh pilih saham yang mempunyai track record BTST yang baik i.e. Previous Accuracy yang tertinggi
3. EntryPrice (EP) atau beli 1 bid di bawah intraday high, atau jangan lebih daripada harga Max Entry
5. Target Price (TP) atau jual 2 bid lebih tinggi daripada EP, ataupun sekitar 2.5% lebih tinggi daripada EP.
6. Sekiranya tidak menjadi Cut Loss pada 2 bid lebih rendah daripada EP, ataupun 2.5% lebih rendah daripada EP
Senario Tambahan
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku beberapa senario tambahan seperti berikut
1. Lepas beli guna BTST, saham tersebut terus hilang daripada screener.
Boleh terus ikut rule asal BTST untuk jual pada hari esoknya, atau cut loss sekiranya jatuh lebih 2.5% daripada EP
2. Theoretical Open (TO) price esok harga terus gap up lebih daripada TP (2.5%)
Boleh set Stop Limit pada harga TO, dan terus ride kenaikan sekiranya saham tersebut terus terbang tinggi. Dalam situasi saham terbang tinggi, boleh sekiranya kita ingin tukar strategi daripada Super Short Term kepada Short Term atau Mid Term.
3. Harga tak bergerak naik melepasi TP, dan tak juga turun melepasi CL
Ini juga dianggap tidak berapa menjadi, boleh tunggu hingga sekitar 10:30 pagi, dan lepaskan pegangan pada harga pada waktu itu. Sekiranya strategi tak menjadi, jangan sekali-kali kita ubah strategi daripada Super Short Term kepada Mid Term. Tukar strategi hanya ketika kita berada dalam keuntungan.
BTST merupakan screener premium iSaham. Jangan risau walaupun premium, anda masih boleh mendapat akses kepada premium screener ini secara percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham. Boleh buka akaun tersebut dengan klik link ini.
Jom tonton video tutorial di bawah untuk mendengar penearangan lanjut mengenai screener ini... dan jangan lupa Subscribe ya.