Saturday 25 March 2017

Digital Free Trade Zone dan Jack Ma: Takkan nak tengok je?

YAB PM dan Jack Ma
Sepanjang minggu lepas pasaran saham Bursa Malaysia begitu aktif dengan pelibatan dana pelaburan asing. Pelabur asing telah menjadi net buyer sepanjang 6 minggu berturut-turut dan mencatat jumlah tertinggi pada 17 Mac lepas dengan dana melebihi RM5 bilion.


Sentimen positif ini ditambah lagi dengan berita pada hari Rabu lepas (22 Mac 2017) apabila Digital Free Trade Zone telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bukan itu sahaja, Alibaba turut mengumumkan akan membuka e-hub yang pertama di luar China dan pilihan nya adalah Malaysia. Berita ini mengejutkan banyak pihak dan dilihat sebagai perkembangan yang sangat positif untuk Malaysia.

Good news ke ni?

Namun bagi saya positif, hebat, besar, mega ataupun tidak sesuatu pengumuman itu, bergantung kepada siapa yang mendengarnya. Peniaga-peniaga online merasakan berita ini pasti bagus untuk mereka. Ye la Jack Ma buka perniagaan di Malaysia kot, takkan lah tak bagus. Disebabkan ini bukan kepakaran saya, saya tinggalkan sahaja perkara ini untuk difikir dan dibahaskan oleh rakan-rakan yang aktif dalam perniagaan secara online.

Sebagai pelabur saham, sepanjang minggu lepas pelbagai khabar angin keluar mengenai syarikat-syarikat yang akan mendapat faedah secara langsung melalui pengumuman ini. Saham-saham bertemakan teknologi, kurier dan logistik mendapat tumpuan yang hebat.

Kurier

Kerana berdasarkan logik akal sekiranya e-commerce berkembang pesat di Malaysia, syarikat kurier pasti tak menang tangan untuk menghantar barang-barang terus kepada pengguna dan semestinya meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat tersebut. Cuba lihat POS

Pos: Uptrend sejak setahun yang lepas

Teknologi

Semakin rancak dunia e-commerce, semakin banyak juga transaksi atas talian dilakukan. Mungkin ada baiknya jika anda kaji syarikat-syarikat yang terlibat dengan sistem e-payment. GHLSYS misalnya.

GHLSYS
Logistik

Disebabkan e-commerce dan logistik hub ini akan dibina di Aeropolis Malaysia, juga menarik untuk kita kaji kesannya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (non-shariah).

Airport

Contoh-contoh yang saya berikan tadi bukanlah bermaksud ianya sebagai satu buy call untuk anda terus membeli saham-saham tersebut. Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, pelaburan saham itu sebenarnya sangat mudah. Berdasarkan pemerhatian anda juga, boleh tahu industri atau syrikat mana yang akan berkembang dengan pesat.

10 comments:

  1. bagus blog ni. keep posting boss

    ReplyDelete
  2. hi tuan.

    terima kasih untuk blog ini dan knowledge tuan di sini ttg saham..tapi...boleh besarkan sedikit font yang digunakan di sai ka? supaya senang sikit mau baca bah hehe

    thanks a lot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yeke. Okay saya tukar setting font besar sikit ya. Ikut template blogspot je ni. Terima kasih bagi feedback

      Delete
  3. wow menarik stock yg patut dilihat skrg. ni mesti akan bullish semua ni time nk PRU...tuan..persoalan diminda saya..adakah akan terjadi rebound utk market2 ni ketika market crash?mksudnya adakh akan rancak semula digital free trade zone ni stelah crash?

    boleh tuan beri tunjuk ajar brdasarkn ilmu n pgtahuan n pglman tuan. saya brminat utk tahu pglaman tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan peribadi saya, kaunter2 saham yang mempunyai fundamental yang kukuh kebiasannya lebih mudah untuk rebound selepas crash berlaku. Berkenaan ecommerce, pandangan saya tiada perubahan kepada fundamental perniagaan seperti ini seandainya crash berlaku

      Delete
  4. artikel tuan sgt menarik n mudah dfahami krana diberikan contoh market .. truskn artikel sbgini tuan meliputi definisi artikek, contoh2 dan pengalaman tuan. saya sokong artikel begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan. insyaAllah saya akan terus berkongsi berdasarkan pemahaman saya.

      Delete