YAB PM dan Jack Ma |
Sentimen positif ini ditambah lagi dengan berita pada hari Rabu lepas (22 Mac 2017) apabila Digital Free Trade Zone telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bukan itu sahaja, Alibaba turut mengumumkan akan membuka e-hub yang pertama di luar China dan pilihan nya adalah Malaysia. Berita ini mengejutkan banyak pihak dan dilihat sebagai perkembangan yang sangat positif untuk Malaysia.
Good news ke ni?
Namun bagi saya positif, hebat, besar, mega ataupun tidak sesuatu pengumuman itu, bergantung kepada siapa yang mendengarnya. Peniaga-peniaga online merasakan berita ini pasti bagus untuk mereka. Ye la Jack Ma buka perniagaan di Malaysia kot, takkan lah tak bagus. Disebabkan ini bukan kepakaran saya, saya tinggalkan sahaja perkara ini untuk difikir dan dibahaskan oleh rakan-rakan yang aktif dalam perniagaan secara online.
Sebagai pelabur saham, sepanjang minggu lepas pelbagai khabar angin keluar mengenai syarikat-syarikat yang akan mendapat faedah secara langsung melalui pengumuman ini. Saham-saham bertemakan teknologi, kurier dan logistik mendapat tumpuan yang hebat.
Kurier
Kerana berdasarkan logik akal sekiranya e-commerce berkembang pesat di Malaysia, syarikat kurier pasti tak menang tangan untuk menghantar barang-barang terus kepada pengguna dan semestinya meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat tersebut. Cuba lihat POS
Pos: Uptrend sejak setahun yang lepas |
Teknologi
Semakin rancak dunia e-commerce, semakin banyak juga transaksi atas talian dilakukan. Mungkin ada baiknya jika anda kaji syarikat-syarikat yang terlibat dengan sistem e-payment. GHLSYS misalnya.
GHLSYS |
Disebabkan e-commerce dan logistik hub ini akan dibina di Aeropolis Malaysia, juga menarik untuk kita kaji kesannya kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (non-shariah).
Airport |
Contoh-contoh yang saya berikan tadi bukanlah bermaksud ianya sebagai satu buy call untuk anda terus membeli saham-saham tersebut. Apa yang saya cuba sampaikan dalam entri kali ini adalah, pelaburan saham itu sebenarnya sangat mudah. Berdasarkan pemerhatian anda juga, boleh tahu industri atau syrikat mana yang akan berkembang dengan pesat.