Iklan

Wednesday, 5 July 2017

IPO Advancecon dan Lotte Chemical Titan: Nak Jual ke Simpan?

Semalam keputusan IPO Advancecon telah diumumkan. IPO berharga RM0.63 ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga lebih daripada 10.28 kali ganda berbanding jumlah saham yang ditawarkan. Saya sendiri hanya berjaya mendapat 45% daripada jumlah yang saya pohon. Secara peribadi saya masih berpuas hati kerana ramai juga rakan-rakan lain langsung tidak berjaya memiliki saham ini.

Lain pula ceritanya dengan Lotte Chemical Titan. IPO yang pada asalnya dijual pada harga RM8, terpaksa dikurangkan ke RM6.50 kerana kurangnya permintaan daripada pelabur retail. Bukan itu sahaja, jumlah saham yang ditawarkan terpaksa dikurangkan hampir 25% daripada jumlah asal (740.5 juta saham). Saya juga ada membeli IPO ini, melihat kepada situasi ini kemungkinan besar saya akan dapat keseluruhan jumlah yang dibeli.



Percaya atau tidak, ini adalah pengalaman pertama saya membeli saham waktu IPO. Selama ini saya hanya membeli saham-saham yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak disangka pengalaman pertama mendapatkan IPO, terus dapat kedua-duanya sekali. Diibaratkan seperti hidup bujang terlalu lama, tiba-tiba kahwin sekali dua (abaikan jika hambar).

Nak Simpan atau Terus Jual?

Kedua-dua saham ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 dan 11 Julai. Disebabkan saya sudah tahu jumlah saham yang saya peroleh, sekarang timbul pula soalan yang lebih penting perlu saya jawab. Nak simpan atau terus jual saham-saham ini pada hari pertama disenaraikan nanti?

Sebenarnya tujuan asal saya membeli kedua-dua IPO ini adalah untuk menjadi pelabur jangka panjang di kedua-dua syarikat ini. Berikut adalah perkara-perkara yang membuatkan saya berfikir sebegitu

Advancecon
  1. Lebih 50% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk capital expenditure (nak beli mesin dan peralatan yang berkapasiti lebih tinggi)
  2. Order book yang tinggi  (RM572.5 juta) dan aktif dalam membida projek baharu (20 projek bernilai RM496.4 juta)
  3. Profit margin yang agak baik, sekitar 10-12%
  4. Bercadang untuk memberi dividend sekitar 20% daripada keuntungan

Lotte Chemical Titan
  1. Lebih 90% daripada hasil jualan IPO akan digunakan untuk membiayai pembinaan integrated petrochemical facility di Indonesia, polypropylene plant di Johor dan naiktaraf naptha cracker sedia ada
  2. Berada di dalam industri hiliran minyak dan gas yang mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak
  3. Diminati (oversubsribed oleh institusi pelaburan seperti PNB dan syarikat unit trust lain
  4. Bercadang untuk memberi dividend sekitar 50% daripada keuntungan

Prestasi 10 IPO Terdahulu

No Stock Listing Date Harga IPO Harga 5/7/17 % Beza Dengan IPO Open Price on Listing % Beza Dengan IPO2 Candle Listing Day
1
INTA
25-May-17 0.25 0.315 26% 0.33 8% black
2
CABNET
22-May-17 0.56 0.645 15% 0.68 12% white
3
ESAFE
26-Apr-17 0.36 0.41 14% 0.46 10% black
4
EWINT
3-Apr-17 1.2 1.12 -7% 1.31 11% black
5
SERBADK
8-Feb-17 1.5 1.99 33% 1.53 3% black
6
KIPREIT
6-Feb-17 1 0.92 -8% 1.04 4% black
7
MATANG
17-Jan-17 0.13 0.105 -19% 0.14 1% -
8
HLT
10-Jan-17 0.45 0.435 -3% 0.55 10% black
9
FPGROUP
29-Dec-16 0.54 0.875 62% 0.61 7% white
10
RHONEMA
19-Dec-16 0.75 1.28 71% 0.82 7% white

Berikut adalah pemerhatian saya berdasarkan prestasi 10 IPO yang terdahulu
  1. 6/10 saham berada pada kedudukan lebih baik pada hari ini (5 Julai) berbanding harga IPO. Jika saya berniat untuk memegang kedua-dua IPO yang saya beli, kemungkinan untuk terus kekal untung tidak begitu meyakinkan. Malah ada IPO yang berada pada harga -19% berbanding harga IPO. Walaubagaimanapun, ada juga yang berada pada kedudukan 71% lebih tinggi berbanding harga IPO.
  2. 10/10 saham dibuka pada harga lebih tinggi berbanding IPO. Jika dilihat kepada situasi ini, tidak hairanlah ramai juga rakan-rakan yang berebut-rebut membeli IPO dan berniat untuk terus menjual sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan. 'Pelaburan' hanya sekitar 2 minggu, terus boleh dapat untung sekitar 1%-12%.
  3. 6/10 saham tersebut ditutup pada harga lebih rendah berbanding harga pembukaan pada hari pertama disenaraikan (black candle on listing day). Andaikata pemegang saham terus menjual sewaktu saham disenaraikan, dan berniat untuk membeli semula saham yang sama pada harga lebih rendah pada hari tersebut, ada juga peluang untuk pemegang saham tersebut mendapat keuntungan secara contra. Ala-ala shortsell. Walaubagaimanapun, ada 3/10 saham yang ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan (white candle on listing day). Pelabur yang berniat nak beli semula saham yang dijual waktu opening, berkemungkinan juga terpaksa gigit jari. 
Kesimpulannya, memang sukar untuk membuat keputusan. Setakat ini saya lebih berat untuk terus menjual kedua-dua IPO pada pukul pada pukul 9 pagi 10 dan 11 julai ini sambal mengintai peluang untuk membeli semula kedua-dua saham tersebut pada harga yang lebih rendah pada hari yang sama untuk meneruskan niat asal saya menyimpan kedua-dua saham ini sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Kalau anda pula bagaimana?


5 comments:

  1. Tn. Nk tanya, sa dpt ipo utk advancecon & lotte.. tp chck dlm trding platform mybnk blm ada lg.. sbb ada kwn2 yg dh dpt buka d cds dlm tding pltform.. plan nk jual je nt klu mrket open nx monday time listing...

    ReplyDelete
  2. Tn. Nk tanya, sa dpt ipo utk advancecon & lotte.. tp chck dlm trding platform mybnk blm ada lg.. sbb ada kwn2 yg dh dpt buka d cds dlm tding pltform.. plan nk jual je nt klu mrket open nx monday time listing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling lewat patutnya 830am isnin ni dah ada advancecon (ADVBHD). Saya dah ada dalam cds (mplusonline). Mohon tuan check lagi. Lotte memang saya pun belum ada lagi.

      Delete
  3. Banyak info bermanfaat dalam blog tuan ni. Saya pun baru je terfikir nak intai peluang saham IPO plak lepas ni. Thanks for sharing ya...

    ReplyDelete