Secara keseluruhan saya melihat bajet kali ini masih lagi investor friendly walaupun highlight utama yang diberi perhatian umum adalah perkara yang memberi impak terus kepada individu tertentu seperti Bayaran Khas RM1,500 untuk penjawat awam, penghapusan tol Sg Rasau dan Batu 3, cuti bersalin 60 dinaikkan ke 90 hari dan pengurangan cukai pendapatan sebanyak 2% bagi individu berpendapatan RM20k-RM70k setahun.
Untuk coretan kali ini, saya ingin mengambil peluang untuk berkogsi pandangan peribadi mengenai beberapa sektor yang menarik minat saya berdasarkan bajet yang baru diumumkan.
1. Construction/Building Materials
Sektor pembinaan dilihat menerima manfaat yang besar daripada RM46B belanja pembangunan yang diperuntukkan. Projek-projek seperti
- ECRL
- MRT2
- High Speed Rail
- Central Spine Road
- Naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Langkawi
- 14 kompleks sukan
- Lebuhraya Pan Borneo
- 10,000 unit PPA1M PDRM
- Bina semula dan naik tafar 2,000 sekolah daif
Saham-saham seperti GAMUDA, IJM, SUNCON mungkin menjadi perhatian. Saya pula secara peribadi lebih berminat untuk melihat saham-saham yang bukan secara terus berpotensi menerima projek-projek ini, tetapi berpotensi untuk melakukan kerja-kerja ataupun menyediakan bahan untuk projek di atas.
ECONBHD misalnya menyediakan khidmat piling dan foundation, manakala OKA menyediakan pre-cast dan readymixed concrete.
Sektor perubatan juga boleh diberi perhatian. Saham seperti KPJ dan IHH berpotensi menerima manfaat daripada Flagship Medical Tourism yang diumumkan. Selain daripada itu RM500j yang diumumkan bagi tujuan pembangunan dan promosi pelancongan, mungkin juga memberi manfaat tidak langsung dalam mengetengahkan Malaysia sebagai Negara pilihan untuk menjalankan rawatan perubatan.
3. Technology/IoT
Dua pengumuman yang boleh diberi perhatian adalah projek menaik taraf sistem ICT dan 1PRDMnet serta sistem komunikasi, RM270j dan RM245j geran sepadan bagi menaik taraf kemudahan smart manufacturing. Manfaat dari segi keuntungan yang diperoleh daripada perubahan ke smart manufacturing mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh jangka masa panjang. Syarikat yang dijangka dapat manfaat secara terus adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Saya juga masih mencari-cari syarikat tersebut.
4. Logistics
RM100j diumumkan untuk program eRezeki, eUsahawan dan eLadang bakal meneruskan lagi kemeriahan bidang ecommerce di Malaysia. Seperti biasa syarikat yang menyediakan perkhidmatan epayment mahupun kurier perlu diberi perhatian.