Saturday 23 July 2016

Cara Scan Kaunter Saham Untuk Dibeli

Terdapat lebih 1700 kaunter saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sekiranya ingin membeli kesemua saham yang disenaraikan, memang hilang akal namanya. Bagaimana agaknya teknik ataupun cara yang boleh digunakan untuk memilih beberapa kaunter saham yang berpotensi memberikan keuntungan?



Sebenarnya terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk melakukan scan atau memilih kaunter saham untuk dibeli dalam waktu-waktu tertentu. Hari ini saya akan berkongsi cara saya melakukan scan. Memandangkan strategi saya buat masa ini adalah 50% invest dan 50% trading, saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk kedua-dua strategi tersebut.

1. Scan Kaunter Saham untuk Invest

Dalam memilih kaunter saham berkualiti untuk saya invest, saya menggunakan Fundamental Analysis sebagai panduan. Saya telah kongsikan teknik yang saya gunapakai dalam entri ku khianati diri sendiri, namun hari ini saya kongsikan semula secara step by step supaya lebih mudah dijadikan panduan oleh pelabur baru.

1.1 Buka laman web iSaham Stock Screener

1.2 Klik pada Screeners dan kemudian klik List all screeners

1.3 Buat masa ini, anda dapat lihat 13 jenis screener di bawah kategori Fundamental termasuklah Value Screeners dan Dividend Screeners.

1.4 iSaham telah memberikan score dan melakukan ranking terhadap kaunter saham berdasarkan formula berkaitan untuk setiap kategori. Kebiasannya saya akan lihat setiap kategori untuk memilih saham yang menarik untuk saya invest. Memang banyak masa saya luangkan untuk memilih saham terbaik untuk saya invest. Disebabkan saya berniat untuk invest bagi tempoh masa yang panjang, tidak salah untuk luangkan lebih masa melakukan analisis secara Fundamental seperti ini.

1.5 Seterusnya saya check sama ada saham yang saya 'jumpa' melalui screening iSaham memenuhi 8 kriteria Fundamental yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini Sebagai contoh kita ikuti analisis untuk kaunter Jaycorp.

    1.5.1 Harga saham Jaycorp RM1.05, Fair Value RM1.75, MOS = RM1.05/RM1.75 = 60% (kurang     daripada 2/3 ataupun 66.67%) OK
    1.5.2 PE Ratio 8 (kurang daripada 10) OK
    1.5.3 PEG 0.42 (kurang daripada 1) OK
    1.5.4 Harga saham RM1.05, NTA RM1.02 (harga saham melebihi NTA) NOT OK
    1.5.5 DE Ratio 0.39 (kurang daripada 1) OK
    1.5.6 Current Ratio 2.12 (lebih daripada 2) OK
    1.5.7 Dividend Yield 4.07% (lebih daripada 3%) OK
    1.5.8 EPS YOY 125.48% (tinggi berbanding tahun lepas) OK

1.6 Berdasarkan guideline di atas, Jarcorp memenuhi 7/8 kriteria, boleh ulang semula step tadi untuk mencari kaunter saham yang memenuhi 8/8 kriteria. Untuk contoh kali ini, kita teruskan ke langkah seterusnya. Secara peribadi 7/8 sudah cukup baik bagi saya.

Seterusnya saya akan buka ChartNexus dan lihat chart Jaycorp untuk membuat anggaran waktu terbaik untuk membeli saham ini


Jaycorp dilihat dalam keadaan sideways. Support pada RM1 dan resistance pada RM1.10. Dalam keadaan ini saya tidak perlu terburu-buru melakukan pembelian. Sekiranya harga Jaycop selepas ini turun, boleh tunggu di paras RM1 untuk lakukan pembelian. Pada harga ini juga, Jaycorp secara automatik akan memenuhi 8/8 kriteria yang disenaraikan tadi, kerana harga tersebut di bawah paras NTA iaitu RM1.02, maka kriteria 1.5.4 akan dipenuhi. Sekiranya Jaycorp terus menaik, harga di atas RM1.10 boleh dipertimbangkan.

1.7 Untuk menjual, terpulang kepada anda. Penjualan boleh dilakukan sekiranya harga saham tersebut mencecah paras keuntungan yang okay bagi anda. Bagi saya, saya gunakan Fair Price sebagai rujukan. Saya simpan saham telah dipilih sehingga saham tersebut bukan lagi dikategorikan sebagai undervalued.

2. Scan Kaunter Saham Untuk Trading

Teknik untuk scan kaunter saham untuk tujuan trading sangat banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Bergantung kepada selera masing-masing. Setakat ini, teknik yang bakal saya kongsikan adalah yang paling sesuai bagi diri saya buat masa ini.

2.1 Buka trading platform masing-masing. Pada paparan Live Quotes, susun semula senarai kaunter saham mengikut turutan volume paling tinggi berada di atas sekali. Tujuannya adalah untuk memilih kaunter saham mempunyai volume yang tinggi ataupun aktif sebagai filtering criteria yang pertama. Kaunter-kaunter ini kebiasannya lebih liquid, mudah untuk kita lakukan belian dan jualan. Sesuai untuk tujuan trading.

2.2 Filter out kaunter saham yang mempunyai harga di bawah paras risk tolerance masing-masing. Sebagai contoh, saham yang berharga RM0.10 setiap kali bergerak satu bid/tick (RM0.005), harga akan berubah sebanyak (RM0.005/RM0.10) 5% untuk setiap bid/tick, dua bid/tick dah 10%. Kalau jantung anda bagaikan nak tercabut melihat pelaburan anda bergerak dengan julat sebesar ini setiap saat, tetapkan harga saham paling sesuai dengan risk tolerance anda berdasarkan formula ringkas tadi. Untuk contoh kali ini, kita ignore saham di bawah harga RM0.30.

Filter out juga kaunter call dan put warrant. Ini kerana pergerakan call/put warrant tidak bergantung kepada prinsip supply and demand semata-mata, tetapi juga berdasarkan pergerakan underlying asset call/put warrant tersebut. Kaunter saham yang 3 huruf terakhir bermula dengan C adalah call warrant (contoh FGV-C11), dan H adalah put warrant (contoh HSI-H39).

Dalam contoh kali ini, setelah kita filter out ataupun ignore kaunter-kaunter berdasarkan kriteria tadi, kaunter yang disenarai pendek adalah

  • AAX (RM0.38)
  • KNM (RM0.405)
  • FGV (RM1.78)
  • MYEG (RM1.87)
  • ARMADA (RM0.76)
  • GADANG (RM2.48)
  • AIRASIA (RM2.85)
  • AWC (RM0.865)
2.3 Klik pada setiap saham tersebut. Filter out pula saham-saham yang mempunyai buy rate kurang daripada 60%. Tujuannya adalah untuk menyenarai pendek kaunter saham yang mempunyai buying interest yang tinggi. Secara teorinya apabila lebih banyak buyer yang sanggup membeli pada harga lebih tinggi daripada harga semasa berbanding seller yang sanggup menjual pada harga lebih rendah daripada harga semasa, kaunter tersebut mempunyai upside momentum yang lebih tinggi. 


Dalam contoh kali ini. Kaunter yang mempunyai buy rate 60% dan ke atas adalah 
  • MYEG (69%)
  • AWC (70%)
2.4 Buka ChartNexus untuk melihat technical chart MYEG dan AWC untuk menentukan Cut Loss/Stop Loss sekiranya kaunter ini tidak meneruskan trend menaik pada hari Isnin nanti. 



  • MYEG 
    • Current Price: RM1.87
    • Target Price 1: RM1.89 (1.1%)
    • Target Price 2: RM2.00 (6.9%)
    • Cut Loss: RM1.72 (-8%)
  • AWC
    • Current Price: RM0.865
    • Target Price 1: RM0.89 (2.8%)
    • Cut Loss: RM0.785 (-9%)
2.5 Boleh berhenti di langkah 2.4 ataupun tambah satu lagi kriteria untuk membuat keputusan. Langkah seterusnya adalah dengan menilai risk/reward ratio.
  • MYEG risk/reward = 8%/1.1% = 7.2, 8%/6.9%
  • AWC risk/reward = 9%/2.8% = 3.21
Dalam kes ini AWC dilihat lebih menarik kerana risiko yang perlu diambil adalah lebih rendah berbanding potensi keuntungan yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya anda yakin MYEG boleh menaik terus ke Target Price 2 iaitu RM2.00, risk/reward ratio untuk MYEG dalam kes ini adalah 8%/6.9% = 1.16. Menjadikan MYEG lebih attractive berbanding AWC.

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan, anda boleh terus melakukan scan untuk lebih banyak kaunter. Paling cantik sekiranya anda temui kaunter yang pempunyai risk/reward ratio kurang daripada 1. Bermaksud kaunter tersebut mempunyai potensi keuntungan lebih tinggi berbanding risiko yang perlu diambil.

Kesimpulan

Walaupun Fundamental Analysis dan Technical Analysis merupakan dua kaedah asas yang digunakan oleh investor mahupun trader, kebiasannya pada ketika pembelian nak dilakukan, tiba-tiba datang satu lagi analisis yang mengatasi kesemua analisis yang dilakukan sebelum ini. Analisis ini dinamakan GFA...ataupun Gut Feeling Analysis. Hasil analisis FA dan TA mengatakan tak sepatutnya beli, tiba-tiba GFA kata, boleh naik kot ni. Maka 'ter'beli lah kaunter tersebut. 

Bagi saya tidak menjadi masalah sama ada FA, TA mahupun GFA yang menjadi pilihan anda semua. Seperti yang saya nyatakan dalam entri sebelum ini, perkara paling penting adalah untuk menjadi pelabur yang bertanggungjawab. 

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini

Monday 18 July 2016

Telegram Messenger: Fenomena Baharu Perkongsian Tips Saham


Sejak kebelakangan ini saya banyak menyertai group perkongsian tips saham melalui aplikasi Telegram Messenger. Berbanding WhatsApp group, Telegram kini lebih popular kerana boleh memuatkan sehingga 5000 ahli berbanding hanya 256 untuk Whatsapp.



Antara group yang saya sertai adalah

  1. MATA Technical Division (https://telegram.me/matatechdiv)
  2. SMG @ Short-Medium-Growth (https://telegram.me/smgpub)
  3. Kyaputen (https://telegram.me/kyaputen)
  4. Itchy Itchy Trader Club (https://telegram.me/itchyitchytraderclub)
  5. Anonymous TRADERS (https://telegram.me/AnonymousTRADERS)
Kebanyakan stock picks ataupun tips yang dikongsikan melalui Telegram group ini kebiasannya menyertakan 
  • Nama Saham 
  • Entry Price (harga sesuai untuk dibeli) 
  • Target Price (harga sesuai untuk dijual) 
  • CL/Cut Loss/SL/Stop Loss (harga sesuai untuk dijual sekiranya stock pick tidak menjadi)
Positif
  • Perkongsian yang diberikan dalam Telegram group ini dapat dijadikan sebagai trading idea kepada pelabur. 
  • Perkongsian berlaku dengan pantas dan secara live
Negatif
  • Ada stock pick yang tidak genuine. Stock pick dilakukan untuk mewujudkan buying interest supaya penyebar tips dapat menjual saham tersebut yang kemungkinan telah dibeli lebih awal dengan harga yang jauh lebih rendah
  • Tips disebarkan berdasarkan maklumat palsu untuk memerangkap pelabur

Jadilah Pelabur Bertanggungjawab

Saya secara peribadi menerima dengan positif kewujudan telegram group ini. Cuma nasihat saya, jangan bergantung 100% terhadap stock pick yang diberikan. Cukup sekadar menjadikannya sebagai trading idea untuk kita masukkan ke dalam personal watchlist. Sebelum pembelian/jualan dilakukan, pastikan kita lakukan analisis sendiri. Mengikut cara sendiri. Tidak kiralah Fundamental Analysis mahupun Technical Analysis. Dan lakukan pembelian/jualan atas keputusan kita sendiri. 

Selepas pembelian/jualan dilakukan, paling penting adalah bertanggungjawab dengan keputusan yang telah dilakukan. Ada 50% kemungkinan anda betul dan ada 50% kemungkinan anda salah. Sekiranya anda betul, tahniah (untung itu milik anda), jika sebaliknya berlaku, tahniah (anda telah pelajari sesuatu yang baru). 

OKA dan Chinwel

Dalam entri sebelum ini saya kongsikan 9 kaunter saham yang saya lihat sebagai saham yang mempunyai Fundamental yang baik. OKA masih saya simpan (setelah berperang dengan emosi ketika harga jatuh ke RM1.12). Hari ini OKA ditutup pada RM1.19.

Nampak ok. Support 1.15. Masih uptrend.
Sekitar jam 4 petang tadi koleksi dengan membeli Chinwel pada harga RM1.41. Dengan bergaya Chinwel ditutup pada harga RM1.44.

Downtrend. Saya beli sebab FA bagus. Mungkin ada sinar untuk trend reversal
Niatnya memang nak simpan lama OKA dan Chinwel ni. Tengoklah selama mana saya boleh bertahan.

Bornoil-wc

Pada 11.7 lepas saya membeli Bornoil-wc dengan harga RM0.11. Ya betul bornoil bukanlah satu saham yang mempunyai fundamental yang bagus. Saya beli dengan tujuan trading. Justifikasi yang saya buat pada waktu itu, bornoil memiliki gold inventory lebih 600kg. Saya jangkakan harga emas akan meneruskan trend menaik (ketika itu USD1370), dan sekiranya jangkaan saya tepat, bornoil juga berkemungkinan akan terus naik. Tetapi sayangnya saya silap. Harga terus menurun ke USD1331 hingga ke hari ini. Dan saya ambil keputusan untuk menjual bornoil-wc dengan harga RM0.105 dan beralih ke Chinwel.


p/s: Dapatkan akses kepada screener premium iSaham secara percuma beserta support group telegram percuma dengan membuka akaun CDS Mplus bersama iSaham di sini

Tuesday 5 July 2016

Ku Khianati Diri Sendiri

Kesalahan Pertama

Entri sebelum ini saya telah nyatakan strategi saya dalam menghadapi Brexit. Berkenaan Dufu, telah saya nyatakan bahawa saya tidak akan menjual selagi Dufu tidak jatuh melepasi paras RM0.585.
Walaubagaimanapun pada petang 27 Jun terlintas ketakutan dalam diri setelah melihat Dow Jones jatuh lagi sebanyak lebih 300 mata. Lantas saya pun menjual Dufu pada harga RM0.595 walaupun tiada tanda-tanda massive selling berlaku pada Dufu mahupun KLCI. Keesokan harinya pada 28 Jun, Dufu akhirnya melepasi resistance RM0.615 dan terus ditutup pada harga RM0.63 pada hari tersebut. Maka pengajaran yang berharga buat diri saya. Walaupun masih untung sekitar 13% (saya beli pada harga RM0.525), tetapi saya sendiri telah menghalang diri ini untuk mendapat keuntungan yang lebih. Saya telah mengkhianati analisis yang saya lakukan sendiri. Saham yang pada awalnya saya beli untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang, saya jual dengan sebab yang tidak munasabah.

Kesalahan Kedua

Pada petang 2 Julai pula, saya dengan tergesa-gesa telah membeli OKA pada harga RM1.15. Support berada pada paras RM1.12, manakala resistance pada paras RM1.15 dan seterusnya RM1.20. Namun kesilapan ini mungkin tidak begitu besar. Setelah dikaji semula, OKA juga memiliki fundamental yang agak baik. Fair Price berada pada sekitar RM1.32. Masih terdapat potential upside dalam 15%. OKA juga akan memberikan dividend tidak lama lagi (telah diumumkan namun masih memerlukan kelulusan di AGM).

Value Investing Bahagian 2

Saya baru selesai khatam buku The Intelligent Investor oleh Benjamin Graham. Buku ini boleh dikatakan 'kitab' yang menjadi rujukan kepada pelabur-pelabur jangka masa panjang. Tambahan pula pelabur terkenal seperti Warren Buffett juga menjadikan buku ini sebagai rujukan. Sejujurnya agak sukar untuk saya fahami kerana contoh-contoh yang diberikan kesemuanya berkaitan pasaran di USA termasuklah bond. Walaubagaimanapun message yang saya dapat tetap jelas. Value investing adalah konsep pelaburan yang terbukti berkesan untuk jangka masa panjang. Boring tetapi berkesan.



Berikut adalah 8 kriteria yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk membuat screening saham-saham yang berpotensi dijadikan lubuk untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang.

1. Harga saham tidak lebih daripada 2/3 nilai saham (MOS - Margin of Safety)
2. PE Ratio rendah berbanding PE Ratio purata industri (saya mengunakan PE Ratio bawah 10)
3. PEG bawah 1
4. Harga saham tidak melebihi tangible book value (saya hanya peroleh maklumat NTA, jadi saya gunakan harga saham tidak melebihi NTA)
5. DE Ratio bawah 1
6. Current ratio lebih 2
7. Dividend Yield tinggi (bagi saya sekitar 3% ke atas sudah ok, lebih baik daripada simpanan di bank)
8. Compounded earning growth melebihi 7% setahun (sukar saya peroleh, saya menggunakan maklumat EPS YOY sebagai ganti)

Saya merujuk kepada laman web http://www.isaham.my/ dan http://www.malaysiastock.biz untuk mendapatkan maklumat mengenai ratio disebutkan tadi.

Hasil kajian singkat, berikut adalah saham-saham pilihan yang saya senarai pendek untuk melakukan pelaburan jangka masa panjang


Chinwel, Suria, Dufu memiliki dividend policy yang akan membayar dividend setiap tahun kepada pelabur. UMS dan OKA tiada dividend policy, namun telah memberi dividend setiap tahun kepada pelabur.

Berurusniaga dengan Mr. Market

Menurut Benjamin Graham, setelah anda mengenalpasti saham-saham yang mempunyai fundamental yang kukuh, berurusniaga lah dengan Mr. Market (pasaran saham). Sekiranya berlaku panic selling, Mr. Market akan menawarkan harga diskaun kepada anda, itulah waktu terbaik untuk membeli. Sekiranya pasaran saham terlebih bullish, ada potensi harga-harga saham anda melepasi paras intrinsic/fair value, itulah waktu terbaik untuk menjual saham anda kepada Mr. Market.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Iklan: Dapatkan akses Premium Screener iSaham secara percuma dengan membuka akaun CDS Malacca Securities melalui iSaham. Klik sini